Oct 24, 2009

Ujian Allah

Posting terdahulu saya telah menulis mengenai ujian masa. Tentulah ceritanya berlainan dengan posting kali ini yang berjudul 'Ujian Allah'. Saya pilih cerita ini kerana ada kaitan dengan sambutan Eid Fitri. Tambahan pula sambutan dan Rumah Terbuka masih ada 'wi' lagi walaupun bulan Syawal sudah pun berganti bulan. Mungkin sehari dua lagi berhentilah agaknya.

Tahun 1998, mengingatkan saya kepada kelahiran sekelompok jutawan. Peneroka Felda Labu Johnson telah menjadi kaya raya dengan sekelip mata. Kebetulan 'durian runtuh' itu berlaku ketika menjelangnya sambutan Eid Fitri. Apa lagi 'berjujai' jutawan itu mendatangi bank untuk mengeluarkan duit raya. Ada yang hendak membaiki rumah. Ada yang nak membeli kereta. Ada yang nak membeli perabot baru. Ada juga yang hendak beraya sakan. Ada juga hendak menikah lagi satu ........ he he he.

Bank Bumiputera di Jalan Dato' Bandar Tunggal Seremban masa itu belum lagi guna sistem nombor. Betul-betul sesak. Kerana hendak menunaikan cek terpaksa jugalah saya 'berkesot' menunggu giliran. Ketika menghampiri kaunter, dua orang 'jutawan' baru sahaja selesai berurusan. Ketika dia melintas di depan kami dia 'menasihatkan' rakan jutawannya yang berbaris di hadapan saya;

"Bai, wek apo kau beratur ni. Apo yang kau bodoh bonar, kau bagi yo kek kerani tu RM1,000. Lopeh tu kau tunggulah dia panggil". Tengok den nia, kojap yo".

Hebat betul pemikiran 'OKB' itu. Mereka betul-betul 'tahu' menggunakan duit mereka. Terfikir juga, kalau saya menjadi kerani bank waktu itu sudah tentu 'kocek' saya juga turut kembung. Silap-silap saya yang raya sakan lebih daripada mereka.

Itu cerita 10 atau 11 tahun dahulu. Kini cerita itu sudah menjadi sejarah. Ramai juga yang masih senang lenang dan menjadi model kepada kehidupan seorang 'jutawan segera'. Tidak kurang juga yang sudah jatuh miskin, hutang keliling pinggang, keluarga terabai dan bercerai berai. Jika berniaga pula terpaksa 'tutup kedai' kerana tiada pengalaman. Tak kurang juga yang lebih susah dari kehidupan peneroka dahulu. Itulah ujian Allah. Ramai yang berjaya mengharungi 'ujian kesusahan' tetapi belum tentu 'lulus' bila didatangkan dengan 'ujian kesenangan'.

Kerana itu saya berpesan pada diri saya sendiri dan tuan-tuan (macam khutbah Jumaat pulak). Bersyukurlah kepada apa yang kita miliki. Janganlah kita marah-marah, kecewa dan putus asa, kalau kita belum dinaikkan pangkat, tidak tercapai cita-cita, belum lagi diberi rezeki yang melimpah ruah. Kerana takut-takut ia sebagai ujian Allah yang tetap menghitung segala nikmat yang diberikannya ke atas kita.
Nota:
wi - pusingan gasing yang hampir mati
berjujai -beratur panjang atau keadaan barisan yang tidak putus-putus
OKB - Orang Kaya Baru

18 comments:

Tirana said...

Bila kaya jangan sampai lupa diri dan bila jatuh miskin jangan sampai bunuh diri..Ketika kaya..sabar menahan nafsu, ketika miskin sabar menahan lapar. Miskin dan kaya, dua-dua merupakan rahmat dan nikmat dari Allah jadi berlapang dada dan bersyukur adalah sebaik-baik perbuatan.

Brahim Nyior said...

Makaseh bagi peringatan ni, Pokli.

Saya suka sekali dengan nasihat seperti ini, sebab saya yakin masih ada rasa sayang pada insan yang suka menasihati insan lain.
Pokli adalah seorang daripadanya.

Saya tak kaya dengan wang ringgit, tapi pada saya, kekayaan yang lebih penting ialah budi dan akhlak yang tinggi.

Terlalu miskin pun tak baik juga, sebab ia membawa kekufuran.

Yang terbaik, sederhana dalam apa juga keadaan.

Salam.

sha said...

yeap...hidup ini bagai roda..

Ahmad Belia said...

tuan, memang benar nasihat tuan itu. terima kasih atas peringatan.

sharamli said...

bt0l p0kli...
allah xkan uji kita kal0 kita xmmpu...
mungkin xsampai lagik rezeki kita...

Abu Aiman said...

A good reminder to all.
Bersyukurlah!

zino said...

kekayaan itu juga sebenar nya satu ujian dari Allah... kita perlu bersyukur dengan apa yg kita ada..

Pok Li said...

Tirana
Bila kaya jangan sampai lupa diri dan bila jatuh miskin jangan sampai bunuh diri. Saya suka ayat ini.

Brahimnyior
Terima kasih. Saya hanya berpesan. Nak nasihat rasanya saya tak layak. Sebab dah ramai yang cerdik pandai.

sha
Roda hidup. Masih lagi berputar.

Ammosham
Kata perbidalan. Lama hidup banyak dirasa. Jauh perjalanan luas pandangan. Kerana itu saya suka duduk jauh dari kampung he he he

sharamli
Mudahan-mudahan doa kita dimakbulkan. Bukan sebagai ujian tetapi sebagai rahmatnya.

Abu Aiman
Mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang bersyukur.

zino
Miskin pun bersyukur apatah lagi kalau diberikan rezeki yang lebih. Insya Allah.

Don Balon said...

Pokli..
memang ujian Allah itu getir..
namun cara kita menerima itu lebih penting..
terutama apabila terkena atas diri sendiri..
koi bermula sabtu ini rasmilah menjadi Penanam Anggur tanpa kebun.. kuikui

Pok Li said...

Don Balon
Kenapa jadi gitu. Nak berniaga pulak ke

SIS said...

bila Allah cepat kabulkan doamu..maka Dia menyayangimu..

bila Dia lambat makbulkan doamu..maka Dia ingin mengujimu..

bila dia tidak makbulkan doamu..maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..

Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah kerana dalam apa jua keadaan pun..kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya...

bersyukur dgn apa yang kita ada..semuanya ada nikmat dan hikmahnya..

Anonymous said...

biasenye kalau duit datang selepuk depan mata memang boleh jadi kelabu. anak kemana, bini kemana. akhirnya dapat buluh kasap. sini hilang sana lesap.

ikan emas said...

Salam,
moga berita-berita baik yg diterima disyukuri dan ia diringi dgn rahmat walau mungkin ia akan dtg bersama UJIAN ALLAH!

kisah OKB LBJ wajar dijadikan pengajaran...kisah benar. Berapa ramai yg masih kekal diulit kesenangan, berapa ramai pula keluarga yg porak peranda dek harta

al-lavendari said...

nasihat yang sangat bagus dan sentiasa relevan. biarlah kita 'berkesot' asalkan sampai.

zara aluwi said...

Melatih diri untuk bersih hati adalah kejayaan di dunia dan akhirat.

Ramai orang kata, bila dah kaya akan lupa diri. Tapi, bila orang yang tidak lupa diri, mendadak kaya tentu membuat dia ingat saat hidup susah dan lebih banyak beramal membantu yang masih susah.

nohas said...

Ujian Allah itu dtg dlm pelbagai bentuk, kepayahan & kesenangan..org mukmin apabila menerima nikmat, dia bersyukur, ditimpa musibah, dia bersabar.

Angkuh benar percakapan OKB tu..berusaha utk kaya di akhirat..

Sidratul Muntaha said...

lama tak menyinggah
salam
hmm..
sebab duit boleh gduh,sbb duit boleh berbunuh..
no komen
sbb dah terbiasa idup susah
kdg2 merasa gak senang sesekali tpi alhamdulillah masih lagi sedar diri
sbb thu betapa susahnya membesarkan ank (sbb tgk mak n abah )n thu mcmna susahnya mencari sesuap nasi..
kita mmg diuji Allah dgn bermcm cara
apepun..yg DIA nak..baik time senang or susah..kena ingt pada dia selalu.
good entry!

Pok Li said...

Kepada yang mencatat diruangan ini sepanjang bulan ini diucapkan terima kasih. Sudah lama saya tidak menyentuh blog ini. Rehat panjang sesekali soodaap juga bang.....