Oct 21, 2009

Ujian Masa

Minggu lepas selepas menguruskan beberapa hal-hal peribadi di bandar Kuala Terengganu saya singgah disebuah gerai yang cukup terkenal di Kuala Ibai. Oleh kerana tidak kemana-mana saya hanya duduk santai menanti pelayan datang mengambil pesanan. Pelanggannya tidaklah berapa ramai. Tapi mereka macam tak perasan saya duduk tercokoh di meja hadapan sekali. Saya bagi mereka masa sehingga lima minit. "Kalau tak datang .........". Ketika masa melepasi lima minit, baru pelayan itu datang bertanya. Sambil bangun saya berkata kepadanya, "Sudah terlewat awang, masa yang saya beri sudah tamat". Mungkin dia tidak faham, kerana saya nampak mukanya semacam 'bengong'.


Saya memandu lagi, singgah di kedai 'masakan panas' di Kg Rhu Muda. Mejanya sahaja melebihi 10 buah. Pelanggannya tidak sampai pun 10 orang. Saya mengambil meja yang paling hujung. Duduk sambil menonton TV 24" yang tergantung dihadapan kaunter bayaran. Tanpa isyarat dan reaksi untuk minum saya terus menunggu. Saya beri lagi masa selama lima minit. Nampaknya bukan sahaja lambat, kelibat pelayannya pun tak ada. Saya agak kalau 10 minit pun pasti tak ada pelayan yang datang menyapa. Lebih baik beredar sahaja dari sakit hati.


Saya memandu lagi. kali ini saya singgah di Esplanade, Pantai Kelulut. Pelanggannya agak sesak. Baru sahaja 30 saat saya meletakkan punggung, pelayannya sudah berdiri di tepi meja.


"Sup tulang se"
"Kopi O kurang manis se"


Nampaknya layanannya 'amat memuaskan' hati saya. Cepat dan pantas. Tak sampai 10 minit semua pesanan sudah terhidang di atas meja. Ujian masa saya sudah berjaya. Cuma sedikit malang .... petang itu saya betul-betul makan tulang. Dagingnya ciput...... :(
Nota:
se = satu

14 comments:

Prasert Chaipradit said...

Layanan yang lambat ketika kita tersangat lapar bisa mendidihkan darah.

Satu hal yang saya tak suka apabila kita hulurkan duit RM50.00 untuk bayar, dia tanya tak ada duit kecil ke? Nak berapa kecil lagi. Sekarang ni duit RM50.00 bukannya besar. Kalau kedai di pedalaman boleh dimaafkan, tapi kalau di Medan Selera, di Alamanda, Putrajaya entah apa nak dikata. Budaya niaga kampung.

zara aluwi said...

Dah namanya pun sup tulang, maka tulang la yang dapat... huhu tak patut buat macam tu. Kita bayar. Biarlah berbaloi dengan apa yg dibayar. Nak sup tulang ada isi datang makan di medan makan Tasek Permaisuri. Berbaloi-baloi dan murah juga.

al-lavendari said...

kenapa tak ketuk kepala tokeh kedai dengan tulang tu?

lain kali minta sup tulang dengan daging se.

Tirana said...

hehehe..sup tulang memang tulang aje la yang dapat..tapi sedap menghirup kuah sup..

sha said...

penah dengar sup daging??...yg gi oder sup tulang tu apasal...hihihih

sharamli said...

camna la nak maju kal0 cmtu...

sian p0k li...kena makan tulang je kan....hu3

fahana_ann said...

HEHE, betul2 sup tulang ye pok li..
customer is always right..alau peniaga tak pegang prinsip ni susahlah, mahu lingkup restoran..

kakyang .. said...

tetttttttttt .. masa dah tamat.
mmg betui lah Pok Li xsuka menunggu.

huhuhuh ..

annie said...

Dah namo eh sup tulang, lopeh ni kito cubo ckp cmni, nak sup tulang berdaging..tgk dio bagi apo. Baco komen zara ulawi, ingat makan sup meletup kek Tasek Permaisuri..memang sodappp...best gilaaa...

Pok Li said...

Prasert E.C
Tapi saya selalu lambat jawab komen. Sori le banng.....

zara aluwi
Wah ada lagi tempat makan. Mewahnya Malaysia. Kat sini ada Bandar Permaisuri di Setiu.

al-lavendari
Sudah diketuk. Baru tambah daging. Apa punya tokey...

Tirana
Tak sedap macam sup arwah mak saya buat. Masakan ibu selalu No. 1

sha
Selalu sup tulang ada daging. Macam mana tah kedai tu......

sharamli
Tak apa tulang pun sodap...

kakyang
Suka tunggu gaji he he he.

annie
kalau ada dua orang yang kata sup Tasek Permaisuri tu sodap. Memang sah sodap. Nantikan kedatangan saya ha ha ha

fahana_ann
Saya selalu cuba kedai makan yang baru. Kalau sedap saya akan selalu datang. Kalau tidak sekali tu je lah.

Abu Aiman said...

Salam Pok Li,

Orang selalu kata kalau kedai yang lengang tu selalunya tak sedap, yang ramai pulak maknanya lembab.

Tapi ujian pok li membuktikan hypothesis itu tidak selalu benar kan...

Pok Li said...

Orang kata juga kedai ramai tu selalunya sedap. Saya tak pasti. Kata orang Terengganu " Nak kata pun tak kena".

ikan emas said...

PokLi,
bila nak makan sate tulang kek pilah?

Pok Li said...

ikan emas
Ado ko.Nak cari la pulak..