Nov 19, 2009

Gulong Ng Palad

Dua tiga minggu ini saya kerap terjaga pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Merimaskan. Pusing kiri, pusing kanan mata tetap terkebil-kebil juga. Mungkin juga kerana jadual tidur saya yang sudah berubah. Sekarang pukul 9.00 atau 10.00 malam sudah pun berdengkur. Tidur nyenyak tanpa mimpi.

Daripada ‘menggelisah’ dan menggangu tidur isteri lebih baik bangun. Kini saya sudah menjadi penonton setia kepada siri drama Filipina berjudul Gulong Ng Palad di Tv2 jam 4.30 pagi itu. Drama masyarakat, mengenai perkahwinan yang tidak sekufu, Luisa yang miskin dan Carding anak seorang tokoh politik kaya yang sombong. Saya tidak mengikuti cerita ini dari awal, tapi sebahagiannya memaparkan tentang kisah masyarakat yang memilukan, cinta suci terpisah kerana fitnah, putar belit politik, rasuah untuk mendapatkan kedudukan dan kuasa, permainan kotor perempuan hanya untuk mendapatkan cinta lelaki. Drama yang padat dengan pelbagai insiden yang menyentuh perasaan. Kehidupan kaya yang tidak kekal, kehidupan miskin yang tak selamanya malang, cukup sesuai dengan judul Bahasa Melayunya, Roda Nasib.

Saya tetap rindu untuk menyaksikan drama-drama yang bermutu seperti Nur Kasih yang sedang ditayangkan sekarang. Drama bersiri yang banyak juga pengajarannya, lebih jauh baiknya daripada cerita-cerita lawak dan seram yang tak banyak faedahnya itu. Seingat saya, semasa Tan Sri Mohamad Rahmat jadi Menteri Penerangan dulu, dia melarang tayang filem seram dalam tv. Dato Seri Rais macam mana pula…… kerana kementerian itu pun sudah semakin besar dan luas juga kuasanya.

Cuma saya berharap cerita Gulung Ng Palad itu dapat disiarkan awal. RTM pun tak rugi rasanya kerana banyak iklan yang akan menaja. Sebab saya tak larat dah nak menonton tv pagi-pagi buta…….

Nota:
Gulong ng Palad (Roda Nasib) ialah drama bersiri Radio Fillipina tahun 50an dan drama tv yang mendapat sambutan pada tahun 1980an. Tahun 2006 drama ini kembali diterbitkan di bawah arahan Eric Salud dan Jerome Pobocan.

21 comments:

yang miskin lagi hina... said...

cantik waktu Pokli terbangun... ayuh.. bertahajjud wahai saudaraku...!

ikan emas said...

suker citer Siam..

Memula dulu suker jg nk ikut siri Cinta Balqis lelama mula meluat bila ada jg watak demdam hasad kesumat...melankolik drama Melayu!

Unknown said...

Saya kira masyarakat kini sudah celik menilai filem/drama sama ada lelaki mahupun wanita. Dulu orang kata drama hanya ditonton wanita, tetapi kini rata-rata Nur Kasih ditonton lelaki termasuklah saya. Saya rasalah, orang lelaki suka menonton kisah yang ada kualiti.

Tirana said...

Pok Li boleh masuk gang saya sebab tidur awal, selalunya lepas solat 'isya dan tidur dan banguk bawal, pukul tiga empat pagi. Saya selalunya membaca waktu ini. Tenang dan damai..senang nak masuk dalam kepala..hehehe

fahana_ann said...

huhu..crita filipina selalunya kisah cinta yng miskin dgn yang kaya..konflik lebih kurang sama..tapi saya pun dah lame tak tengok..huhu

Pok Li said...

yang miskin lagi hina
Moga-moga kita sama-sama bertahajud dan solat-solat sunat. Insya Allah.

ikan emas
Saya suka apa cerita. Selagi tak membawa kepada stress.

Anuar Manshor
Ya setuju. Selalu juga tonton filem P.Ramlee


Tirana
Sejak akhir-akhir ini saya cepat mengantuk. Bangun awal pun bagus menghirup udara pagi yang bersih.

fahana_ann
Setiap drama dan filem asing mempunyai nilai mereka sendiri. Mungkin kita boleh mengenali adat dan budaya kaum melalui filem mereka.

pB said...

pB tengok dulu , masa dia tayang jam 1 tengah hari tapi tak sampai ending ...

nanti Pok Li , tulih deh gapo hok jadi kor Cading dan Luisa tu

Rahimin Idris said...

pergh..tak sanggup nak bangun saya..

Pok Li said...

pB
Insya Allah kalau terjaga lagi.

Rahimin Idris
Tidur memang sedap.... zzzzzz

nohas said...

Ingatkan kuih gulung dan salad tadii..

Drama2 berkualiti ni terasa puas minda menontonnya..drama low-class kadang2 layan juga tapi lebih byk mengundang umpatan & menyesakkan minda shj..letih..

Pok Li said...

nohas
Ada ketika saya suka melihat filem Tamil. Skripnya mengujakan. Walaupun banyak adegan bertumbuk. Dush dush....

zino said...

boleh tahajjud setiap malam..

Pok Li said...

Zino
Insya Allah. Tapi tidak le setiap malam.

sha said...

drama nih jangan mula nengok...tak boleh nak tinggal..

Pok Li said...

sha
ada juga lihat separuh jalan. Makin lama makin mengarut

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, Salam ziarah...

Ateh Nour said...

Sedaknye dapat tido awal, mesti bangun pagi segar bugar, dapat plak buat sembahayang Tahajud...

Don Balon said...

Pokli..
koi anti-Filipina dan segala yang sewaktu dengannya..kuikui

Di kompeni lama koi ada beratus2 puok demeh tu..
perangai mengalahkan Iblis..
yang koi pelik rakyat malaysia bercambah2 takde keje, kompeni koi pulok tersorong-sorong ambik demeh tu keje..

hai said...

salam,
kadang2 layan cerita korea pun best gak...baru2 ni saya menonton citer 6 children...mengisahkan kehidupan seorang ibu membesarkan anaknya seramai 6 org setelah kematian suami..berkisar sekitar tahun 60 an..dan kepayahan hidup masyarakat pada zaman tu!!

Pok Li said...

Lipis Lady
Salam. Terima kasih kerana bertamu ke blog ini.

Don Balon
Bimbang pendatang yang sudah menguasai serba-serbi

hai
Cerita Korea memang mengasyikkan. Banyak filemnya yang menarik untuk ditonton.

jaka firmansyah said...

Pok Li boleh masuk gang saya sebab tidur awal, selalunya lepas solat 'isya dan tidur dan banguk bawal, pukul tiga empat pagi. Saya selalunya membaca waktu ini. Tenang dan damai..senang nak masuk dalam kepala..hehehe