Nov 17, 2009

Pensil, Pen Dan ........

Gambar di sebelah adalah sebahagian daripada ratusan pen yang saya perolehi dari pelbagai bengkel, seminar, kursus dan majlis-majlis yang saya hadiri. Pelbagai bentuk dan pelbagai warna, hitam, putih, merah, kuning dan biru. Kadang-kadang ia terbiar dan tersimpan bersama-sama beg-beg dan juga kotak-kotak cenderamata itu.

Semasa bersekolah rendah dahulu, keinginan menulis menggunakan pen cukup tinggi. Maklum sahaja di sekolah rendah dari Darjah Satu hingga Darjah Enam hanya boleh menggunakan pensil. Penggunaan pen tidak dibenarkan sama sekali. Mata pensil pula sering patah dan tumpul. Pensil diasah menggunakan pengasah kecil bulat yang ada cermin di belakangnya. Kalau tidak pun menggunakan pisau lipat kecil dan menghiris batang pensil itu sehingga seinci panjang, karbon pensil dibiarkan panjang terjojol sebelum dihiris tajam. kadang-kadang kedua-dua hujung pensil diasah supaya mudah menukarnya jika mata pensil kembali tumpul. Hari ini anak-anak lebih selesa dengan pensil yang lebih maju ciptaannya. Mereka tak perlu lagi mengasah, hanya beli sahaja karbonnya dengan ukuran yang pelbagai. Apatah lagi kalau di Terengganu, Tahun Lima pun dah pakai e-book.

Kini saya bukan sahaja sudah mampu memiliki pen yang cantik dan berharga, tetapi juga memiliki ratusan pen ‘percuma’ yang suatu waktu dahulu cukup saya dambakan. Cuma saya terfikir adakah saya berpeluang untuk menggunakan semua pen itu.? Walaupun masih rajin menulis, tetapi realitinya saya hanya lebih banyak ‘menaip’. Ha ha ha.

18 comments:

Mak Su said...

Pok Li, salam ziarah... saya oghang Rembau :), saya suka tulis-tulis, tapi yang benarnya, taip-taip :)

gondangmas said...

Salam Pra Eid Adha Pok Li...
Dalam byk2 pen tu..pen yg mana pok li suka??//yg warna biru atau hijau??dan beg seminar lak..yg kulit ke atau yg plastik??//pun begitulah...kita ni ada byk peluang yg ada tapi berlalu begitu saja....Marang,Rembau, Bukit Beruntung atau Putrajaya?...sime darby pun tersedia.

Pok Li said...

Mak Su
Ese orang Rantau, sebolah menyebolah yo tu. Wa ka ka.

Gondangmas
Salam kembali. Saya suka pen hijau dakwat biru. Ha ha ha.

Unknown said...

byk btol pen tue???

best btol....

Pok Li said...

~O~
Pen percuma, gitu le..

FARYN said...

ayah saya pun suka sangat kumpul pen2 percuma ni..sampai kami adik-bradik pernah cakap,bley jual blk ni...hehehe

wanita mutalib said...

betul....time sekolah rendah sibuk nak pakai pen..

dah dapat pakai pen, susah lak padam kalu wat salah..

time keje lak asik menaip ajer..sampe catit minit pun dah pakai netbook, tak pakai kertas dan pen dah hehehehe..

Tirana said...

Suami saya pun banyak dapat pen percuma. Macam2 warna dan bentuk.. Kadang2 dah lama simpan, dakwatnya kering..

ikan emas said...

walaupun laa ni org lebih cekap taip-taip tp bila tak dapat pen percuma boleh jd gaduh jg...

sha said...

teringat satu cerita.."Aku sebatang Pen"..he2

Don Balon said...

Pokli..
sebab tu la budak2 sekarang bermasalah menulis.. di eropah pun sama.. mereka lebih banyak menaip..

Pokli orang rantau? sekampung dengan Atuk Ujang lah yo.. :)

adnieyl achan said...

zaman berteknologi moden, camtu ler, pok li.
tapi kami generasi baru nih, kekadang, rindu gak nak tulis pakai pen kilometrico yang harganya cume 80sen je dulu....

fahana_ann said...

hehehe..betullah pok li..asal dari minat menulis tapi sekarang masih minat menulis diterjemahkan dengan menaip..teknologi katakan..tp feel menulis dan menaip pada saya ada bezanye..menulis kekadang lebih telus..

Pok Li said...

Faryn
kalau rajin boleh jadikan hobi. macam kumpul kotak mancis juga. Masa akan datang mungkin bernilai.

Wanita itu
Kemajuan membawa kepada kemahiran baru. Kemahiran lama mungkin sedikit demi sedikit terhakis. Akhirnya akan hanya ada sedikit segolongan yang menguasainya. Semacam buat kuih le, dulu ramai yang mampu buat sekarang dah ramai yang lebih suka membeli.

Tirana
Kalau tak berdakwat buang aje. Tapi kalau cantik simpan juga buat kenangan. Kadang-kadang ia mampu mengembalikan semula nostalgia lama.

Ikan emas
Orang memang suka pen. Terutama kalau pen itu hadiah pertukaran atau hari lahir. Benda free pun nak gaduh juga ke?. Wa ka ka

sha
Ceritalah.....

Don Balon
Atuk Ujang mano pulak tu Don. Aku Budak Minang tu ke. Saya suka cerita tu, tapi kerap terlepas...

adnieyl chan
Saya membesar bersama pen jenama Bic, batangnya warna kuning dengan tudung warana biru. sekarang ada lagi ke......

fahana ann
Zaman dah berubah. Idea lebih banyak dengan menaip pulak dah sekarang ni... :)

sis_fazi said...

apa kata pen yang banyak itu diberi kepada budak2 yang dekat2 nak ambil periksa PMR@SPM. kadang2 bebudak tu terutamanya yang x begitu peduli peralatan peperiksaan (sebab belajar pun berapa hendak)... saya cuba memberi pen percuma kepada mereka, senyum juga budak2 tu...

sis_fazi said...

saya suka benar memberikan pen percuma yang dikutip sepanjang berkursus merata-rata kepada budak2 PMR dan SPM yang masuk dewan peperiksaan kadang2 membawa dirinya sahaja. kalau tidak berebut pen dengan kawan sebelah mejanya, dia menulis karangan pakai pensel sahaja :)

sis_fazi said...

saya suka benar memberikan pen-pen percuma begitu kepada budak yg nak ambik PMR@SPM. kalau tidak berebut pen dgn kawannya di meja sebelah, dia akan menulis esei menggunakan pensel. alahai...

sis_fazi said...

ups, saya tulis berkali2 sebab ingatkan komen akan publish automatik... dan tertanya2 kenapa x publish pulak. sorry sebb tidak baca mesejnya. ahaks.... malunya!!!!