Mar 24, 2010

Dari Studio ke Studio

Minggu lepas saya tidak kembali ke Terengganu. Sepanjang minggu ini asyik terkejar-kejar ke hulu ke hilir. Mengejar program yang tak kunjung sudah. Hari Jumaat lepas ke Kuala Lipis lagi. Bermalam semalaman. Sabtunya balik ke KL. Terlupa lagi membeli sambal hitam, menu istimewa dari Bandar Lipis itu.

Pagi Ahad saya sudah berada di Media Prima menemani VIP ke Slot Nasi Lemak Kopi O, TV 9. Ketika VIP ditemubual, saya belasah aje nasi lemak dan kopi O di luar studio. Ha ha ha.

Kehidupan bujang di KL ini membosankan. Kerana bosan petangnya saya melangkah ke Rancangan Aiminnal di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Melihat peserta India dan Cina menyanyi lagu Melayu. Boleh tahan jugaklah untuk menghilangkan bosan dan kantuk.

Isninnya saya ke Angkasapuri lagi. Tapi kali ini bukan studio tv tapi studio radio. Bertemu kawan lama. Mahat anak China. Orang Asli. Dulu tinggal di Bukit Lanjan. Bila penempatan itu dibangunkan ia berpindah ke Damansara Perdana. Seorang yang 'simple'. Banyak menulis cerita-cerita rakyat Orang Asli. Terbaru dia telah selesai menulis kisah kehidupan masyarakat Orang Asli. Novelnya berjudul 'Hamba'. Terbit nanti ingin saya membelinya. Memahami nilai dan budaya masyarakat misteri itu.

Cuma saya tertawa mendengar pantunnya:

Anak cicak di atas batu
Entah bergolek entah tidak
Bila terpacak di kedai samsu
entah balik entah tidak

13 comments:

Tirana said...

Hidup di KL ni memang selalu terkejar-kejar..tapi tak tahu apa benda yang dikejar.

Seronok Pok Li hidup bujang.. tapi malam-malam tentu kesunyian..hehehe

nohas said...

Hidup bujang memang seronok terkejar-kejar...masa & fikiran sentiasa terisi..

sha said...

Pok Li...saya pun x minat tinggal di KL...theres no soul there..

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, Pok Li, dah sampai ke Lipis mengapatak cari saya, boleh saya bekalkan dengan sambal itam...

Pok Li said...

Tirana
Itulah, saya baru kembali menyesuaikan diri.

Malam-malam saya mencari kedai makan sebelum tidur. He he he

nohas
Kadang-kadang jadi tepu. Kerana banyak yang perlu dingat dan diselesaikan.

sha
Cuma saya suka tengok KLCC malam-malam. Cantik.

LipisLady
Salam, saya suka dengar orang Pahang sebut Lipis tu Lepaih.

Unknown said...

padat jadual pok li skang ye...


angkasapuri da dekat je ngan tmpat sy keje...hehehhehe

sahromnasrudin said...

kay hell..tempat yang macek dan penuh dgn titik2 noda huhuhu..ayat tak hingat...zaman muda sesuai la kat kl..dah tua2 nie tak larat rasanya nak mengadap trafic jem yg maha teruk tue...

Pok Li said...

~o~
Tiba-tiba sahaja bila bertukar di KL ni dah jadi padat pulak. Nasib le

sahromnasrudin
Rasa nak naik motor. He he he

ikan emas said...

wah PokLi ni..
memori tempat lama yer ..cuma agaknya kena tukar longhat kot..
..oooo patut la

...nak bagi ingat kat PokLi,jgn jeling-jeling kat awek studio tu pulak...

Anonymous said...

bujang best kan pcik

nikmati puas2


=)

Abu Aiman said...

ai lama lagi ke nak 'membujang' ni pok li...
Kalau pok li pulak kena interview kat studio jgn lupa war2kan kat sini ;-)

Pok Li said...

ikan emas
Dah lama tak jeling-jeling

jane
Bujang sebulan bolehlah. Lama-lama tidak tahannnnn.

Abu Aiman
Dulu selalu interview orang. Ha ha ha.

Mak Su said...

pantun yg lucu, tapi tentu ada benarnya ;)