Apr 11, 2010

Dato' Oh Dato'

Minggu lepas. Bukan. Tiga minggu lepas saya mengikuti sambutan Maulidur Rasul di Rantau. Pekan yang penuh nostalgia. Saya tercari-cari kawan-kawan lama 'kok' ada. Maklum sahaja meninggalkan sekolah menengah tahun 1977. Kalau berjumpa pun mungkin kepala mereka sudah botak. Kalau berambut pun mungkin sudah beruban penuh. Kalau perempuan, mungkin sudah berisi atau kurus macam dulu jugak. Yang meninggal jangan ceritalah. Ramai sudah.

Akhirnya saya singgah di sebuah meja. Ada tiga orang yang nampak lebih 'senior' daripada saya.

'Tuan boleh saya tumpang duduk', saya berbahasa.
'Boleh, boleh, sila...sila, kata mereka serentak.

'Tuan dari mana' kata saya memulakan perbualan kepada seorang 'senior' yang nampak lebih segak.

Tiba-tiba sahaja dia merenung dalam ke muka saya, sambil meluahkan perasaan tak puas hatinya, "Kau tak kenal aku, hairan.... hairan. Aku Dato A kau tak kenal..... hairan.

'Memang saya tak kenal tuan, saya dah keluar dari kampung tahun 1978, lama tuuu'.

'Tak kan tak kenal, masa tu.... I'm still around' getusnya

Wah dia nak perang dengan saya ni. 'Minta maaf tuan, memang saya tak kenal tuan. Kalau balik pun balik kampung saya aje. Tuan pulak kenal ke saya". Saya menerjah soalan yang sama pada 'Dato' yang 'hebat'ini.

Cerita seterusnya tidak payahlah saya cerita. Cuma saya turut juga berarak dan berselawat dari padang SK Dato Akhir Zaman itu sehingga ke Petronas Jalan Rantau Linsum. Saya pun tak lama juga di majlis tersebut. Habis berarak terus sahaja balik ke Kuala Lumpur. Tak sempat nak dengar ceramah sahabat saya Ustaz Nor Azamir, Timbalan Mufti Negeri Sembilan itu.

Cuma dalam perjalanan pulang saya terfikir, kenapa 'Dato' sorang ini aje yang 'kureng' sikit. Sedangkan dua adiknya yang bergelar 'Dato', tak kisah pun orang kenal ke tidak. (Adik-adiknya saya kenal kerana satu sekolah). Lalu saya teringat pepatah Melayu "Lain Padang Lain Belalang, Lain Orang Lain Ragamnya'.

Nota:

Kok = Kalau

18 comments:

sha said...

Riak kot...

sahromnasrudin said...

hahahah..itu biasa tuan..kekadang ada sesetengah org rasa sakit hati biler tak dikenali..tapi saya rasa suka biler org tak kenal kiter..bebas buat apa shj huhuhuh...

Pok Li said...

sha
Sedih kot. Orang kampung tak kenal dia. Sedang hampir satu Malaysia kenal. Ha ha ha

sahromnasrudin
Saya sampai sekarang orang kenal Pok Li aje. He he he

Tirana said...

hehehe...Tak semestinya ada gelaran dato' tu semua orang akan kenal... Ada orang suka dipanggil dengan gelaran itu tapi ada juga yang merendah diri lebih2 lagi di kalangan kawan-kawan lama.

nohas said...

Ramai manusia mcm tu. Sambut maulidur rasul tapi tak ambil ikhtibar peribadi Rasulullah SAW yg tawadduk, merendah diri..hai, dunia, dunia.

sharamli said...

macam2 perangai manusia ni...hu3

Abu Aiman said...

good job Pok Li, sekurang2nya pok li dah sedarkan dia yang dia tak lah seglamer yang disangka, ekeke.
Datoo' datoo'

Pok Li said...

Tirana
Betul tu. Takkan lah sekampung pun nak berdatuk-datuk juga. He he he.

nohas
Manusia ini kadang-kadang sukar belajar.

sharamli
Suka perhati ragam manusia. Memang pelik-pelik.

Abu Aiman
Harap-harap begitulah.

ikan emas said...

anak sape ler yer??

dato' oh dato'

Pok Li said...

Ikan Emas
Mesti kenal. Anak Pak Hassan

RY said...

assalamualaikum dato' pok li...



hehe

Pok Li said...

Salam
Wasallam. Menanti Dato Fitrah

tunbegia said...

salamm jumaat, pokli tak kenal saya takpe, ;-)

Pok Li said...

tun begia
Tun pun tak kenal saya jugak. Hak hak hak

Don Balon said...

Kuangkuang..
tak payah layan pokli orang gitu..
baru dato', kalau jadi raja mahu dipijaknya kepala kita..

Corrupted Gang of 13 said...

Don Balon
Melayu memang mudah lupa

kasihibu said...

biasolah tu
berharap moga di panggil dgn gelaran tu

boleh sya memfolow pok li?
sya pun n9 jugak
hehehe..tp jgn tanyo pasal adat,suku ke baupak ke sbb sya tak berapa pandai menjawab.

Pok Li said...

sayangsayang ibu

No problem.