Jan 4, 2011

Di sini Tiada Duit

'Di sini Tiada Duit' adalah tajuk posting sebuah blog politik. Ia menceritakan 'kebimbangan' seorang lelaki yang takut kehilangan wang lalu menanamnya dalam sebuah lubang yang digalinya di pinggir hutan. Selepas menimbus lubang tersebut ia memacakkan paparan, "Di sini tiada duit'.

Cerita ini dikiaskan kepada seorang ahli politik yang menolak sebarang andaian terdapat usaha damai antara dua parti Melayu semata-mata kerana beliau hadir di suatu majlis yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti seterunya. Secara mudah, kenapa harus bimbang tentang andaian itu jika memang isu itu memang tiada.

Saya tidak berminat untuk mengulas cerita-cerita politik tersebut. Pertama kerana saya bukan orang politik. Kedua saya akan menentukan pilihan apabila sampai masanya nanti. Cuma saya ingin menambah cerita yang tidak tamat. itu.

Cerita itu telah saya baca ketika berumur tujuh atau lapan tahun. Ia dipetik daripada sebuah buku himpunan cerita-cerita teladan kanak-kanak. Buku cerita itu pun telah hilang (dibakar?) ketika rumah kami dibesarkan lagi.

Penghujung ceritanya, seorang lelaki lain bernama Abu Tausi telah memerhati kejadian tersebut dengan asyiknya. Sebaik sahaja lelaki yang empunya wang itu beredar, ia bersegera pula menggali lubang tersebut dan mengambil wang yang ada.

Namun tindakannya lebih 'bodoh' dari lelaki yang pertama tadi, kerana ia memacak pula paparan yang tertulis, "BUKAN ABU TAUSI YANG MENCURINYA'

Kalau ia hendak dikiaskan juga kepada ahli politik, siapakah agaknya .....

2 comments:

sahromnasrudin said...

" bukan saya yang hadiri perjumpaan itu" mungkin itu alasan logik dr ahli politik kot huhuhuh

Pok Li said...

sahromnasrudin
jangan takut pada bayang-bayang. Kerana anjing yang takut bayang-bayang telah kehilangan tulang. He He He