Jan 1, 2011

Mood Aku Terganggu (3)

Selamat Tahun Baru diucapkan buat yang singgah dan membaca blog Biso Bonar ini. Tarikh 1.1.11 adalah sepasang nombor kembar yang cukup cantik. Entah berapa ramai yang membida nombor tersebut untuk pendaftaran kenderaan mereka. Mungkin habis juga bertaruh beribu-ribu ringgit. Tapi tentunya jauh lebih murah daripada MCA1 yang dibida dengan nilai RM300,100. Kata bidalan 'mahal rantai daripada beruk'.

Ramai juga yang melangsungkan perkahwinan hari ini, Ddiucapkan tahniah semoga kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Adakah mungkin pasangan pengantin tersebut bercita-cita juga untuk mendapatkan 11 orang anak. Saya fikir dalam keadaan sekarang tak ramai yang berhasrat begitu.

Di pagi tahun baru ini juga saya ke Melaka sekali lagi. Sebelum bertolak saya melihat seimbas lalu cukai jalan kereta. Tarikh tamat tempoh 15 Januari 2011. Tak berapa hari lagi tu. Kena semak ada saman ke tidak. Sambil memanaskan enjin saya taip mesej sms POLIS SAMAN WNY**** dan 'send' ke 15888. Mak ai. dah ada dua saman bernilai RM600. Taip pula nombor kereta satu lagi. Mak aiiii... ada 9 saman..... .

Di pagi tahun baru ini betul-betul menganggu mood saya. Alahai saman ekor......

8 comments:

nohas said...

Nampaknya banyak sangat yg mengganggu mood Pok Li...take a deep breath..

Tapi banyaknya saman ekor..memang menggangu fikiran dan budget..sgt benci bayar saman, bukan senang nak dapat duit..berhati-hati di jalan raya..

Pok Li said...

nohas
Permulaan yang kurang baik. Harap tahun ini saya macam cerita pasdukan bola Malaysia. Kalah dulu, menang kemudian.

sharamli said...

selamat tahun baru p0k li..
asyik terganggu je em0si tu

Pok Li said...

sharamli
Lepas ni ok kot.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum pok li..ari tue ada diskaun 50%, pok li tak grab ke???

Pok Li said...

sahromnasrudin
Dah lepas tarikh ke. Hu Hu Hu

sis_fazi said...

salam blogwalking... ahaks
saman ekor saya sudah selesai dgn cara paling berhemah. cuma fobianya masih membelenggu sampai bila2 kots......

Pok Li said...

sis_fazi
Saya juga akan membayar dalam waktu terdekat, ketika saman dikurangkan 50 peratus bagi kesalahan yang berlaku sebelum 30 November 2011. Saya dah mula memandu 100kmj di lebuhraya. Ha ha hak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails