Dec 31, 2010

Mood Aku Terganggu (2)

Jam 8.30 malam tadi aku kembali dari kampung. Menziarahi kakak-kakak yang sudah berusia. Petang itu berlalu begitu sahaja dengan pelbagai cerita.



Singgah sebentar di R&R Seremban. Merentas lorong pejalan kaki berbumbung ke deretan kedai makan. Melalui tiga orang budak remaja dalam usia 12 hingga 14 tahun. Dua lelaki dan seorang budak perempuan.



"Pak Cik dermalah untuk anak yatim. Sesekali dermalah pakcik".



Mengutip derma untuk anak yatim itu bagus. Tapi siapa di belakang mereka ini. Kenapa dibiarkan anak-anak ini meminta derma dalam usia muda dan sudah malam pulak tu.


Pernah saya jumpa seorang gadis sunti mungkin berusia 15 tahun yang melilau di stesyen minyak. Waktu dah hampir maghrib tetapi dia masih lagi menjual kalender. Saya tanya mana 'ustaz'nya. Dia kata akan datang.


Petang itu saya jadi geram. "Bila ustaz awak nak datang. Kan ni dah waktu hampir maghrib. Awak pula perempuan.. Bla. Bla. Bla...... .


Bimbang saya memikirkan hal sebegini yang diambil mudah. Teringat saya kepada iklan 'budak perempuan hilang' berusia 14 tahun di setiap laluan tol 'Lekas' petang tadi. Apa akan jadi kepada budak tersebut kalau ada yang mengambil kesempatan.
Nota:
Lekas : Lebuhraya Kajang - Seremban

4 comments:

nohas said...

Salam Pok Li,

Kadang2 kesian juga tengok budak2 jual kalender ni, dulu dah ada kes accident melibatkan budak2 mcm ni..nampaknya takde pemantauan..

Pok Li said...

nohas
Kalau terjadi sesuatu baru ada tindakan. Lepas tu bebas lepas macam dulu jugak. Tu le kata orang Terengganu

ikan emas said...

banyak yg menggunakan pendekatan agama, anak yatim dan serban utk mempergunakan budak-budak ni..kesian mereka..

kita kena selidik lebih ni!!

Pok Li said...

ikan emas
Kena pantau bersama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails