Dec 31, 2010

Mood Aku Terganggu

Pagi tadi selepas balik dari UKM, Bangi singgah sekejap di medan selera berhampiran rumah. Menemankan isteri yang tiba-tiba sahaja berselera untuk makan selepas pagi tidak bersarapan kecuali minum air milo segelas.

Saya menumpang sekaki dengan makan lempeng pisang yang masih panas berbalut daun pisang. Baunya wangi. Mengasyikkan. Minum pula dengan teh o Lycee sambil membaca suratkhabar yang masih penuh dengan cerita Malaysia Juara Bola.

Tapi mood saya terganggu bila juru jual datang. Jual 'perfume'. Datang lagi jual alat hiasan. Saya fikir tak ada tempat lain ke nak jual. Itu belum lagi datang yang hulur tisu atau buku dan minta kita beli.

Bukan tak boleh tapi saya fikir tak kena. Tempat makan, jual makanan sahaja lah.

8 comments:

ikan emas said...

cuba perhatikan yg buat berjualan itu siapa ?


IE pernah dlm situasi begini tanya kat sorang gadis ( yg sdg memimpin seorg lelaki berusia ala-ala OKU n sakit..) apa hubungannya dgn lelaki tu ??..

...sah mereka bukan org tempatan
..bimbang terkantoi cepat-cepat mereka cabutttt

Abu Aiman said...

yang lagi tak tahan bila kita kata not interested lagi dok nak promote...

Pok Li said...

ikan emas
pernah tanya yang datang minta sedekah tu...sehari dapat RM50 ke ... . Tiba-tiba aje dia marah ... mana ada katanya. RM30 pun susah.Maknanya boleh dapat RM30la tu.

Pok Li said...

Abu Aiman
Kalau macam tu saya buat bodoh aje.

sha said...

Memang betul...gangguan begini menyebabkan emosi terganggu bila sedang menikmati makanan...

zino said...

cari lezeki pak...

Pok Li said...

sha
Lebih terganggu kalau datang dua tiga kali.

Pok Li said...

zino
Ha ha hak.Kadang-kadang saya layan jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails