Dec 19, 2010

Aku Mula Mengerti

Minggu lepas saya telah mencipta rekod untuk diri sendiri. Berjalan kaki selama lapan jam merentasi Hutan Simpan Kenaboi. Bermula jam 9.00 pagi melalui denai sarang pacat. Mengharungi sungai yang berbatu-batu dan air sehingga ke paras peha. Berjalan kaki hampir satu jam baru sampai ke 'permatang busut' hutan simpan itu. Menggalas beg berisi bekalan makanan menjadikan perjalanan itu lebih sukar. Menuruni bukit curam terpaksa dilakukan secara berhati-hati. Silap tempat berpijak boleh jatuh ke dalam jurang. Kemudian mendaki semula dengan tebing bukit yang lebih curam dan licin. Hujan yang turun menambah 'perisa' yang sedia ada.
Petang itu jam 5.00, kami sampai juga ke tapak khemah di pinggir Hutan Lipur Lata Kijang itu dengan keadaan lesu. Walaupun keletihan terpaksa juga memasak dalam keadaan hujan yang semakin lebat. Bukan mudah menghidupkan api. Terpaksa meracik halus buluh kering sebagai 'pemula api'. Nasib baik ada ahli kumpulan kami seramai 10 orang itu yang pakar menghidupkan api walaupun buluh dan kayu masih basah. Khemah terpaksa dirungkai semula bagi mengelakkan tempias hujan lebat. Petang itu cukuplah mee maggi sebagai pelapik perut. Malam itu kami tidur dalam kesejukkan menggigit tulang.
Pengalaman itu amat berharga sekali. Bukan kerana berjaya memecah rekod berjalan kaki. Bukan. Tetapi kerana mula memahami cara hidup Orang Asli. Ada lima Orang Asli yang menemani kumpulan kami sepanjang perjalanan itu. Itulah kehidupan mereka sehari-hari. Kami memahami makna 'kawasan rayau' mereka. Cara-cara membuat 'jerat belatik', 'ranjau' dan 'Tali'. Membina pondok 'pisang sesikat' dan 'pondok bermalam' daripada daun bertam, rotan semut dan rotan tikus. Membuat tanda amaran jika ada perangkap yang di pasang supaya tidak ada penduduk kampung yang terjebak. Begitu juga tentang pantang larang memasuki hutan dan membuat jerat. Mengenali beberapa jenis pokok seperti 'Tongkat Ali' , 'Kacip Fatimah' dan juga 'daun gulung' yang dibuat pembalut rokok.
Sewaktu memandu pulang ke rumah, terbayang kehidupan sukar mereka dalam hutan, mencari bekalan makanan melalui hasil buruan dan jualan hasil hutan. Perjalanan panjang di hutan itu mereka masih 'ikat perut', walaupun dibekalkan roti sandwich berinti telur rebus. Sedangkan kami seakan 'berkelah' mengadap nasi berlauk kari ayam dan ikan kering ketika makan tengahari di tepi Sungai Kenaboi yang dingin itu. Terlintas di fikiran saya, kejayaan saya berjalan kaki selama lapan jam itu tidak bermakna sama sekali buat mereka. Mereka bukan mementingkan rekod, yang penting ialah kelangsungan hidup.
Nota:
Permatang Busut - Puncak bukit terendah sebelum menuju puncak bukit atau gunung
Kawasan Rayau - Kawasan Orang Asli mencari hasil hutan, tempat berburu dan juga mendapatkan buah-buahan.

17 comments:

sis_fazi said...

seronok membacanya...macam mempunyai gaya penulisan yg 'agak' sama macam saya. saya rasa2 je... ada kesempatan nanti saya akan menghabiskan kesemua entri yg belum dibaca. ahaks

Pok Li said...

Terima kasih. Menulis bukan kerana nama. Ha ha hak.

sayangsayangibu said...

salam pok li
suasana dlm hutan sangat menyenagkan betul tak?
sya suka merayau macam tu
mcm yg pok li tulis kehidupan mereka mencari rezeki sesuap nasi tu
sya dengar enpakwe cerita,
orang asli di kawasan bukit perah di sini, selalu ambil barang di PPK setiap hujung bulan mereka potong bayar melalui gaji hasil kelapa sawit yg di tolak di PPK
dan yg paling sya terkejut sebuah keluarga boleh makan habis 50kg beras setiap bulan
sbb mereka mula makan nasi dari sarapan pagi dan percaya tak binantang peliharaan mereka pun di beri makan nasi.

ikan emas said...

wah ..hebat nyaa...

ikan emas said...

sial lah berkunjung ke sini,

untuk senyum di hujung tahun


http://aksarapower.blogspot.com/2010/12/surat-cinta-terbuka-untuk-tuan-komensen.html

sahromnasrudin said...

as salam ziarah...pokli lalu genting peres ke kuala klawang nak ke sana????

Pok Li said...

sayangsayangibu
Hebat tu sampai 50 kg. Saya dah kurang makan nasi.

Pok Li said...

ikanemas
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Masuk kandang harimau takkan nak mengaum pulak..

Pok Li said...

sahromnasrudin
Hari itu saya datang dari Kluang lalu Lebuhraya Lekas ke Jelebu. Balik baru lalu genting peres ke KL

Abu Aiman said...

seronok baca pengalaman pok li tu, tinggi stamina pok li nih. Program apa yg pok li tgh buat yang membawa pok li 'mengembara' ke dalam hutan tu?

Pok Li said...

Abu Aiman
Boleh tahan lah tuan stamina saya ni. Balik dari kursus tu sengal juga lutut dua tiga hari. Kursus wajib jabatan yang perlu setiap warga kerja melaluinya. Kalau tidak hanya kenal kulit tidak kenal isinya.

Don Balon said...

Syabas pokli..
Hamba belum berkesempatan ke lata kijang...jeram toi dan hutan lipur lenggeng tu biasalah... :)

Admin P@P said...

Salam.
Tahniah atas kecekalan dan berjaya mengharungi dugaan.

TQ

Anonymous said...

Mmg hebat khazanah di dalam hutan tu, Masyarakat Orang Asli mmg terkenal dgn kepakaran di dalam hutan,pengalaman Pok Lie amat bernilai,Lepas nie kita cuba pula hutan di sebelah pantai Timur...
(Man)

Pok Li said...

Don Balon
Terima kasih. Banyak Hutan yang masih belum diteroka. Kalau kaki memburu mungkin lah kot

Pok Li said...

Admin P@P
Terima kasih. Tak sangka boleh pulak.

Pok Li said...

Man
Masih banyak misteri di hutan yang kita tak ketahui. Sebahagiannya dimusnahkan kerana penebangan balak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails