Jul 29, 2011

Matang Dewasa


Temerloh dikenali sebagai 'Bandar Ikan Patin' atau pun 'Daerah Titik Tengah Semenanjung'.


Saya rentasi lagi daerah ini hingga ke Kg Pian, Penderas menghadiri satu program masyarakat.

Sementara menunggu kedatangan VIP saya singgah di gerai NADI sekadar bertanya hal-hal kesihatan diri.


"Dah tua ni kena ambil tahu lebih banyak hal kesihatan", kata saya kepada Rozithiah, jururawat berbadan gempal tapi berwajah manis.


"Umur macam encik belum tua lagi, mengikut WHO usia tua hanya 65 tahun ke atas. Usia macam encik ni baru di peringkat matang dewasa". Terima kasihlah Rozithiah yang buat saya rasa muda kembali.

Apa pun salam Ramadhan buat rakan-rakan di dunia nyata dan alam maya. Semoga kita dapat mengerjakan amal ibadat ini dalam keadaan sihat walafiat.


Nota:


NADI = National Diabetes Institute, Malaysia


WHO = World Health Organization

8 comments:

zino said...

matang dewasa ....mmm ok gak tu.. selamat menyambut ramahdan..

Pok Li said...

zino
Menambah perbendaharaan kata. Selamat Berpuasa juga

fahana_ann said...

setuju dengan Pok Li... selamat bersahur..hehehe

sahromnasrudin said...

assalamualaikum pok li..

matang dewasa ?? istilah baru tue...

selamat berpuasa utk pok li sekeluarga ya :-)

Pok Li said...

fahana_ann
Salam Ramadhan. Semoga sihat selalu

Pok Li said...

sahromnasruddin
Salam Ramadhan. jauh perjalanan luas pandangan :)

Don Balon said...

Temerloh..
Tempat permainan koi la tu..
selain jerantut dan jengka...

Usia bukan halangan..

Nabi pada usia awal 60-an masih menjadi jeneral..
Anas bin Malik pada usia awal remaja sudah jadi orang penting Nabi..

Yang penting pengisian, bukan nombor.

Pok Li said...

Don Balon
Saya setuju. Bernas sekali... bukan nombor yang penting pengisian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails