Dec 28, 2011

KPI

Tulisan saya tidak melebihi 100 posting setahun. Jika dibahagi dengan 12 bulan hanya dua atau tiga posting sahaja sebulan. Maknanya amat jauh panggang daripada api untuk dikategorikan sebagai blogger aktif. Kata orang sekarang tidak mencapai KPI. Namun saya tetap bersyukur kerana berjaya menulis 205 posting sejak empat tahun lalu di zon-zon yang berbeza.

Semalam saya ke Jaya Jusco, Seremban 2, meluruskan pangkal lengan menghayun bola bowling. Boleh tahan juga, lepas juga 100 mata setiap frame. Sesekali bermain bowling boleh juga menghilangkan stress sambil bersorak-sorak macam 'remaja' kembali.

Sebelum bermain saya meninjau-ninjau juga permainan mesin di sebelah gelanggang bowling itu. Ramainya golongan remaja. Saya agak 'ralit' menyaksikan seorang budak berumur sekitar lima tahun yang memandu laju kereta dalam mesin permainannya. Begitu bersungguh-sungguh. Meliuk lintuk badannya menukar gear dan memutar streng 'kereta'. Ia memecut laju dengan kepantasan 230km/j, setiap kali melepasi garisan permulaan, 'times extended' akan terpapar. Bermula dengan nombor 30 dia berjaya menduduki tempat ke 12. Hebat.

Pada pengamatan saya, budak ini telah melepasi KPI permainan itu. Bukan sahaja kerana umurnya yang rendah, tetapi tahap kesukaran permainan itu di tahap paling sukar. Saya percaya jika semangat untuk menang perlumbaan itu diterapkan dalam kehidupan dewasanya pasti dia muncul juara. Kalau dia penulis blog mungkin juga mampu menulis tiga artikel sehari. Ha ha hak.  

8 comments:

Tirana Mutiara said...

hehehe...jadilah tu Pok Li..biar pun sebulan hanya dua tiga posts, ada juga sesuatu yang boleh dikongsikan dengan pembaca kan?

ikan emas said...

menulislah walau sebaris ayat....hhehe

Pok Li said...

Tirana
Selamat berkongsi pengalaman.

Pok Li said...

ikan emas
sebaris pun payah. ha ha hak.

Hana Faza-same person said...

Salam Pok Li..

Biar sedikit janji berisi;) insyaAllah mudah2an:)

Pok Li said...

Hana Faza
Mudah-mudahan jugak. Insya Allah. Terima kasih kerana bertandang

zal said...

hehehe... sama lah... tp tetiba sekarang terasa nak start blogging balik. Dah bosan plak asyik melayan fb je.

Pok Li said...

zal
Menulis blog ini ada kelainannya. Mungkin lebih lama taakulannya. Ha ha hak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails