Dec 21, 2012

Lama Sudah Tidak ke Bendang........

Lama sudah tidak ke bendang
Tinggi rumput dari padi
Sudah lama tidak ku pandang
Manakah tuan menghilang diri?

Pantun ini sahaja saya tujukan buat diri sendiri sebagai 'sindiran'.  Maklum sahaja sudah lama tidak menulis. Pantun itu mengingatkan saya kepada orang Melayu yang mempunyai adab sopan yang tinggi dan halus budayanya. Pantun yang diungkapkan begitu tertib untuk menyampaikan maksudnya sehingga tidak ada yang tersinggung dan terasa hati.Rangkap pantunnya lebih 'berlapik'. Kerana itu orang Melayu dahulu lebih gemar berkias dengan menggunakan pantun.

Semasa saya kecil dahulu, pantun popular yang di pantunkan orang ialah:

Mandi sama budak-budak
Air keruh di hulu
'Sejamba' dengan budak-budak,
Orang tua dahulu

Selalunya 'orang muda' tidak akan menjawab pantun ini. Lauk pauk yang terhidang akan dijamah dahulu oleh orang tua. Apa yang tinggal adalah baki-baki cubitan mereka terutama gulai ayam masak lauk cili api yang hanya ada dua 'kotong' sahaja dalam mangkuk. Setiap hidangan selalunya dikongsi berlima (sekarang berempat). Kalau ada orang tua yang bersifat 'kejam' langsung tidak tinggal sekotong pun. 'Melopong' lah.

Itu cerita zaman susah. Hari ini makan di rumah kenduri bukan sahaja mewah tetapi melimpah ruah. Lauk ayam sudah tidak lagi menjadi pilihan utama. Mereka lebih suka menikmati kambing golek dan sambal udang yang merah menyala. Begitu juga budaya berpantun, sudah semakin terhakis. Di majlis pertunangan dan perkahwinan sudah jarang kedengaran orang berpantun. Kalau ada pun tidak lagi secara spontan. Ia dikarang dan bunyinya tidak lagi 'menusuk kalbu'. Kata lainnya, orang Melayu sudah tidak pandai berpantun secara 'semula jadi". Kalau berpantun pun pantun dua kerat yang tak 'sihat' bunyinya seperti ;
 
Ayam berkokok atas batang
Ada rokok mintak sebatang

9 comments:

zino said...

memang dah lamo bona tak nampak bayang..

Don Balon said...

Anak-anak koi menunjukkan minat yang snagat tinggi kepada pantun.

Awal minggu ini, Uwais Munzir sewaktu dalam kereta yang sangat meminati rancangan didikan Islam kanak-kanak Pesan Atok, cuba membuat pantun dua kerat, dengan nada berpantun yang baik:

Aiman bela.. burung belatuk,
Mari tengok Pesan Atok.

Lalu koi dengan spontan menjawab:

Atok bela... burung belatuk,
belatuk patuk kepala atok.

Disambut hilai tawa seluruh isi keluarga kuikui..

sekaligus mematikan semangat Uwais untuk berpantun. Salah koi gamaknya hehe

nohas said...

Dah lama takde program berbalas pantun antara sekolah2 yg dihostkan oleh Chuari Selamat..

Dah tak berapa ingat pantun2 lama ni..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tinggi-tinggi Si Matahari
Anak Kerbau Mati Tertambat
Lama Sudah Saya menanti
Sayang Pun Orang Tak Ingat


Maaf terpaksa deleted yang kat atas tu!!!

Pok Li said...

Zino
Nasib ada bayang lagi :)

Pok Li said...

Don Balon
Bagus anak itu jika kembali minat pusaka budaya yang dah semakin hilang

Pok Li said...

Nohas
Dulu rancangan ini cukup popular. Datuk Chuari pun dah bersara

Pok Li said...

Kunang- kunang

Amboi syahdunya pantun.