May 13, 2013

Menaruh Harapan

PRU13 telah berlalu. Tapi raungannya masih lagi kedengaran sehingga hari ini. Memang sukar untuk redha terhadap apa yang terjadi. Saya bukan orang politik. Sesekali  saya menyampuk juga dalam FB. Sekadar memberi pandangan. Itu pun ada yang 'melangsang' tak puas hati dengan usikan-usikan nakal saya. Mungkin kerana taksub yang berlebihan atau pun mereka memang tegar dengan parti yang mereka sokong.
 
Latar belakang keluarga saya pun bukan daripada keluarga tegar berpolitik. Kaum kerabat saya lebih ramai golongan agamawan. Bapa saya dulu dipanggil 'Lebai', tetapi gelaran itu hilang apabila abah pulang dari tanah suci Makkah dengan panggilan 'Ngah Haji' pada tahun 1977.  Ia kekal sehingga bapa saya meninggal pada tahun 2003.
 
Selepas negara semakin aman, ramai di kalangan keluarga terdekat dan sepupu sepapat yang melanjutkan pelajaran ke sekolah agama. Ketika itu sekolah Agama adalah pilihan terakhir selepas sekolah Inggeris atau sekolah Melayu. Ramai daripada mereka yang mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti di Mesir, Jordan dan universiti dalam negara.  Sebahagiannya kembali dan bertugas sebagai 'kadi', ada yang bekerja sebagai guru, pensyarah atau membuka kelas tahfiz. Ada yang meneruskan pembelajaran sehingga ke peringkat Phd dalam bidang pengajian masing-masing.
 
Beberapa orang bapa saudara dan juga sepupu saya juga bertugas sebagai Imam di masjid dan surau terutama di sekitar bandar Seremban ini. Kehidupan mereka juga lebih selesa dengan kemudahan kediaman yang disediakan. Apabila kenduri kendara ramai yang datang membantu, sebahagian besar adalah anak-anak murid mereka daripada kelas-kelas pengajian yang dibuka dan ahli kariah. Oleh kerana bantuan yang diberikan berupa tenaga dan wang ringgit, maka selalunya kenduri yang dilangsungkan hanya menanggung kos yang minima. 
 
"Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya." ( Al-Israa' 17:21 )
 
Begitulah perubahan zaman, dahulu ramai ibu bapa yang berlumba-lumba menghantar anak mereka  ke sekolah Inggeris tapi kini ramai pula yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz Al-Quran. Penubuhan sekolah agama sains pada tahun 2001 telah membuahkan hasil. Dua tahun lepas solat tarawih di surau kediaman kami berimamkan seorang doktor perubatan yang baru balik dari Mesir.
 
Kini MRSM sejak tahun 2010 telah mengadakan program Ulul Albab. Pelajar-pelajarnya dibimbing untuk menghafal 30 juzuk Al Quran sebaik sahaja tamat di tingkatan lima. Saya percaya dalam tempoh sepuluh tahun lagi golongan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan, ahli farmasi, ahli fizik, ahli kimia dan ramai lagi akan lebih memahami ilmu Islam. Mereka adalah generasi pelapis kepada kelahiran golongan mahir Al-Quran, Saintifik dan Ijtihad. Satu generasi baru yang diyakini mampu mencontohi kehebatan tamadun Islam di Andalusia.
 
Nota:
 
Melangsang - menyerang secara tiba-tiba
 

7 comments:

zino said...

saya dah sekamin tak minat nak ulas pasal politik ni.. kalau sebelum PRU ok la kempen nak menang ..

tapi sekarang semua dah berakhir ada yg menang ada yg kalah.. tapi masih ada yg tak boleh terima hakikat.. tak mau terima takdir

zino said...

semakin..

Don Balon said...

Salam pokli..

lama pokli tak menulis.

Saya setuju pokli. saya pun ada menyokong parti tertentu, pokli pun tahu parti apa.

Tapi ada hadnya, tak perlu fanatik. Ada kesalahan kita tegur, nampak gaya kedua-dua belah pihak sukar menerima teguran.
Kita rakyat marhaen tetap beginilah.
Saya senyum sahajalah :)

Pok Li said...

Zino
Politik adalah alat untuk memiliki pengaruh dan kuasa.Demokrasi juga adalah satu amalan yang telah dipilih untuk menentukan pihak yang berhak. Kesemuanya ada peraturan dan undang-undangnya. Semua pihak ada strategi untuk menguasainya. Akhirnya bergantung kepada takdir. Samada kita cuba lari daripadanya atau menerimanya.

Pok Li said...

Don Balon
Ya. Setuju. Kita jangan fanatik. Panduan yang terulung ialah AlQuran dan Sunnah Rasulullah. Mana yang benar disokong dan tolak lah kepalsuan. Mudah-mudahan kita selamat dunia dan akhirat.

kasihibu said...

Cerita pasal politik memang tak pernah akan habis
semoga negara kita kekal aman damai dan makmur serta di bawah RahmatNya juga

Pok Li said...

Mudah-mudahan doa kita makbul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails