May 15, 2013

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan....

Kereta saya yang berusia enam tahun itu sudah merentasi perjalanan melebihi 190 ribu kilometer. Perbandingannya saya telah berada di separuh perjalanan ke bulan jika ada jalan raya dibina ke sana.

Sejak bertugas di Seremban, setiap hari saya meredah perjalanan 150 kilometer sehari. 5000 kilometer sebulan sudah menjadi lumrah.Begitulah kehidupan musafir di zaman moden ini. Keluar di waktu pagi dan pulang ketika azan maghrib dilaungkan. Bila akan berakhir. Saya belum lagi menepuk dada untuk membuat pertanyaan.

Jauh perjalanan, luas pandangan. Lama hidup banyak dirasa adalah perbidalan yang sangat sinonim dengan kehidupan saya sejak 10 tahun terakhir ini. Dari Kuala Lumpur ke Marang, kembali ke Putrajaya dan kini di Seremban.

Dua hari lepas anak buah saya telah ditawarkan kenaikkan pangkat dan diarah bertukar ke Klang. Perjalanan sehala dari Seremban ke Klang melebihi 90 kilometer. Dia merasa tidak mampu untuk berulang, berjauhan daripada suami dan anak-anak juga bukan pilihan.

Saya boleh menyelami kesusahannya, Pada tahun 1998 saya pernah berulang alik dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur, 120 kilometer sehala. Akhirnya saya terpaksa menyewa bilik kecil di deretan bangunan kedai di Jalan Bangsar. Sehingga hari ini saya masih takjub, bagaimana saya boleh melakukannya selama tiga tahun berpisah dengan anak isteri dan pulang pada hujung minggu. Ada ketika yang sibuk tidak pulang hingga minggu ketiga.

Bersabar adalah perkataan yang mudah untuk diucapkan, tetapi ketabahan lah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak melaluinya. Kepada mereka yang dinaikkan pangkat tetapi melalui ujian dan kegetirannya, bersabarlah. Manakala yang dinaikkan pangkat masih lagi terus selesa di tempat lama atau pun tidak berpisah dengan anak isteri, bersyukurlah.


6 comments:

kasihibu said...

Inilah yang sya dan enpkwe alami sekarang
beliau gm di ppk rompin sya masih disini
urusan pertukaran masih kabur di pihak sya
sedih...
Dugaan alam rumahtangga jgn cerita kos hidup rindu dendam pd anak anak....
Huhuhu....sedih.....:'(

Pok Li said...

kasihibu.

Terus berusaha. Mudah-mudahan doanya makbul.

nohas said...

Pernah berulang dr Semenyih ke KL, cuma 40km sehala, rasa bosan sgt, keluar gelap, balik pun gelap sbb nak elakkan jam..terus pindah KL..

Hidup sebegini memerlukan ketabahan dan pengorbanan..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Pok Li,

Secara kebetulah, arwah ayah saya walaupun namanya Muhammad tapi orang panggil dia Pok Li hingga ke akhir hayat. Saya tak tau bagaimana nama tu bermula.

Sebenar ramai orang terkena, bila dinaikkan pangkat terpaksa berpindah jauh dari tempat asal. Atas sebab2 tertentu terpaksa pula duduk berasingan dengan keluarga.

Betullah kata orang, kita takkan dapat segalanya dalam hidup kita.

Pok Li said...

Mak Long.

Wslm. terima kasih singgah. Nama Pok Li saya guna ketika blog ini dilahirkan waktu saya bertugas di Terengganu.

Pok Li said...

nohas
saya masih lagi berulang alik dari putrajaya ke Seremban. Alah bisa tegal dek biasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails