Jan 23, 2009

Peluang Hanya Sekali

Awal tahun ini saya telah didatangi oleh beberapa perkhabaran gembira. Mendapat ‘cucu baru’, dan pada hari yang sama mendapat perkhabaran kakak kandung saya telah dinaikan pangkat. Tahniahlah diucapkan kepada kakak saya yang jarak usianya empat tahun lebih tua daripada saya. Selepas berkhidmat hampir 29 tahun dia dinaikkan pangkat sebelum bersara empat tahun lagi. Bertukar dari Seremban ke JPJ di Putrajaya. Terpaksa sekali lagi ‘mengembara’ setiap pagi selepas bertahun-tahun pergi ke pejabat dibelakang rumah sahaja. Apa pun kenaikan pangkat adalah pengiktirafan kepada sumbangan perkhidmatan dan suatu petunjuk kemajuan dalam kerjaya.

Begitu juga yang berlaku kepada Busu Kassim yang telah dinaikkan pangkat dari Koperal kepada Sarjan. Busu Kassim adalah pemandu kepada Tan Sri Mohamad Salleh Ismael Ketua Polis Negara yang kedua. Dia dinaikkan pangkat ketika KPN ini akan bersara lebih kurang dua tahun lagi. Ini mungkin rekomen dari ‘big boss’ tadi sebagai menghargai sumbangan dan perkhidmatannya sepanjang bekerja dengannya. Dia telah ditukarkan ke Seremban, daerah kelahirannya. Kenaikan pangkatnya bukan sahaja dirasai kegembiraan oleh isteri dan anak-anaknya tetapi turut dikongsi oleh saudara mara dan orang kampung. Kerana sedikit sebanyak boleh juga ‘menolong’ jika ada ‘hal-hal’ yang berkaitan dengan pihak polis.

Genap setahun, beliau dinaikkan lagi ke pangkat Sarjan Mejar. Begitu cepat kenaikkan pangkat Busu Kassim. Inilah keistimewaan seseorang jika pernah bekerja dengan ‘big boss’ dan mempunyai prestasi perkhimatan yang baik pula. Kenaikkan pangkat ini telah menyebabkan ia perlu bertukar ke daerah lain. Malangnya Sarjan Kassim telah menolak tuah yang datang bergolek ini. Ia enggan menerima kenaikkan pangkat tersebut, kerana merasa baru sahaja berpindah dan masih seronok tinggal di Bandar Seremban. Apatah lagi penat berpindah belum lagi hilang. Pokok ubi kayu, keledek, kangkung, serai, cili api yang sedang subur menghijau tumbuh di belakang rumah belum puas lagi dituai hasilnya.

Ia bukanlah cerita pelik. Kerana ramai juga kawan-kawan saya yang menolak kenaikkan pangkat diakhir-akhir perkhidmatan kerana sudah merasa selesa. Berasa enggan meninggalkan rumah sendiri dan kembali menyewa atau duduk di kuarters. Jiran dan kenalan juga semakin ramai. Tidak naik pangkat pun mereka sudah merasa cukup bahagia. Mereka bilang, cukuplah dengan rezeki yang ada. Baguslah kalau begitulah hal dan keadaannya.

Tapi penolakan Sarjan Kassim, telah menjadi sejarah hitam buatnya. Apabila ‘big boss’ (KPN) bersara, ramailah sebelum ini yang menyimpan kuku sedikit demi sedikit mengeluarkan kuku yang sudah lama tersembunyi. Setiap kesilapan kecil dan tidak disengajakan telah diperbesar-besarkan. Mereka menanti-nanti dan mencari-cari kesilapan untuk menekankannya. Syurga telah menjadi neraka. Ketika itu barulah dia 'menyesal' bahawa adalah lebih selamat menerima kenaikkan pangkat tadi dan menjadi ‘bos kecil’ disebuah balai daripada terus menjadi orang nombor dua atau orang nombor tiga dalam cawangannya. Apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur. Walaupun yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang, tidak berguna juga jika kita tidak menghargainya. Peluang selalunya tidak datang ‘dua kali’.
Nota:
Gelaran Tun telah dianugerahkan kepada Allahyarham Tan Sri Mohamad Salleh selepas kematiannya.

12 comments:

Tirana said...

Pengajarannya...rebutlah peluang sementara masih berkesempatan.. Susah nak dapat peluang kedua kan Pok Li? Tapi tu la..peluang datang di hujung2 perkhidmatan..biasanya kita dah selesa dengan kehidupan sekarang dan terasa macam dah tak kuasa nak berpindah randah..tinggalkan rumah dan mulakan kehidupan di tempat baru dengan suasana yang baru. Kita mungkin dah terlalu tua untuk itu..hehehe...

razor said...

sy sdg dilema!!!!!!!!!

F A R Y N said...

mmg susah nak buat pilihan bila dipersimpangan dilema..takut jatuh terduduk ataupun lebih bagus dari keadaan asal..

ore tupat said...

salam pok li.
teringat kat polis ramai sgt kat KT dua minggu lepas..jalan jarak 100meter jumpa canopy polis di semua lokaliti dlm KT.
mujur jugak masa tu kadar jenayah kat KT sifar..turun merundum.
hai biasa la peluang hanya sekali.
yang tu nilai tinggi...

gondangmas said...

salam pok li
minta laluan masuk sebagai sahabat baru.
Kerajaan terengganu pernah mengemukakan slogan realiti menjadi nyata- rebutlah peluang.
jadi pok li peluang keemasan hanya ditawarkan sekali sahaja dalam hidup ini.

akuduniaku said...

salam to POk Li

Peluang memang datang sekali bagi mereka y menanti..tp pada y mencari,
peluang ader maner2x jer..tinggal lagi nampak atau ta jer..he3x

bg man, y penting jgn nyesal lepas buat kputusan or else, sendiri rasa diri ta bguna..

so b firm, walao pluang melepas atau wat kputusan salah..

y pnting lagi...amik pengajaran he3x..

salam sekali lagi..

fahana_ann said...

kadang2 kerana menganggap akan ada lagi peluang lain.merasa tidak mengapa..

Razali Razman said...

Salam Pok Li,

Pada pendapat saya zon selesa kita boleh jadi zon bahaya...bila kita berada di zon selesa...kita akan leka dan mendapati berat untuk terus memajukan diri. Saya rasa sesiapa sahaja pun masih boleh terus maju, walaupun dah dekat zaman persaraan.

Pok Li said...

Tirana
Sukar membuat pilihan ketika kita sudah berada dalam tahun-tahun persaraan.

Razor
Kesiannnnye..

Faryn
Selalu minta pandangan orang lain atau mohon petunjuk dari Allah

Ore tupat
Begitulah. Ada orang lihat positif ada yang lihat negatif. Macam naik pangkat juga ada ore nok, ado ore tok sir.

Gondangmas
Terima kasih kerana menjengok.

Aiman

Fikirlah masak-masak. Silap keputusan, menyesal tak sudah.

Fahana Ann dan Saudara Razali

Saya setuju dengan pandangan saudara Razali, ada ketika kita selesa sangat, hingga kita tak hendak lagi berganjak. Bila terhantuk barulah kita tergadah.

PAK PELANDOK said...

POk Li,

Pak Pelandok terkenang pristiwa di serbu 4 orang polis (preman)mungkin Bahagian Jenayah pada 24 Disember 2008 jam 3.00 pagi semasa Pak Pelandok baru terlelap di sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semasa kempen PRK Kuala Terengganu baru bermula ...... Nampak sangat tak propesionalnya mereka, menyerbu dan menyoal serta meminta kad pengenalan tanpa memperkenalkan diri, apabila Pak Pelandok menanyakan Kad Kuasa mereka adakah patut ditunjukkan pistol yang terselit dipinggang sahaja. Tugas olis Pak Pelandok hormati tapi janganlah serbu sebarangan sahaja.

jejakaterang said...

cerito pasa polis ni,den nak komen sikit .bukan apo, den kesian dengan pak polis kek m'sia ni.Buek itu salah,buek ini salah,tak buek lagi keno salahkan.apo dio orang nak buek?Jangan sampai pak polis kek m,sia nampak perompak ,penyamun,perogol,penipu dio buek tak ambik pot dah.yo lah buek baik kono koji.lobih baik duduk office makan gaji

ikan emas said...

PokLi , kpd kwn2 PoKli tu bgtau mereka " REZEKI JANGAN DITOLAK , MUSUH JANGAN DICARI "
Insyallah ..akan ada hikmah dan nikmat kalau kita menerima rezeki ketentuan Tuhan ni..Jangan nanti komplen pulak majikan tak ambil perhatian dan pilih kasih atas urusan ni..Fikir-fikr la!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails