Jan 18, 2009

Pemimpin Pilihan

Pemimpin sudah dipilih. PAS sudah menang dan BN tewas lagi selepas tumpas di Permatang Pauh. Kuala Terengganu tetap menjadi kenangan manis dan pahit kepada penyokong kedua-dua belah pihak. Penyokong PAS yang kembali dari ‘medan juang’ pulang dengan meriah mengibarkan 'bendera kemenangan' sepanjang jalan. Namun syabas kepada kedua-dua parti yang telah mengharungi pilihanraya ini dengan aman dan lancar Jika ada sorak menyorak pun adalah sorakan untuk meraih pengundi. Pilihanraya Kuala Terengganu cerminan kematangan amalan demokrasi yang sepatutnya terus dipupuk.

Pengundi sudah pun memilih. Pilihan majoriti lebih kepada calon PAS. Mereka mencari ciri-ciri pemimpin yang bukan sahaja boleh membawa suara dan mandat mereka tetapi juga yang senang dimata dan senang juga dihati mereka. Lalu terbayang saya kepada pemimpin-pemimpin yang hebat sebelum ini seperti Umar, Ali, Abu Bakar, Khalid Al-Walid dan ratusan lagi pemimpin yang mempunyai kekuatan diri sehingga mampu membawa perubahan bukan sahaja kepada kelompok mereka tetapi juga menjadi teladan dan ikutan masyarakat terbanyak ratusan tahun lamanya.

Seorang pemimpin yang turut saya kagumi ialah Mahatma Ghandi. Pejuang kemerdekaan India yang berjuang tanpa tumpah darah. Pemimpin yang sederhana kehidupannya. Menaiki keretapi kelas tiga. Ketika ditanya kenapa menaiki keretapi kelas tiga, tanpa bangga diri beliau menjawab ‘kerana tiada kelas empat’. Kehidupannya begitu sederhana dan tidak meninggalkan banyak harta ketika kematiannya. Apapun tentulah tiada galang gantinya dengan kesederhanaan junjungan Rasulullah saw. Rasulullah s.a.w. pernah sekali menyandarkan diri atas tali jut sehingga belakang badannya berbalur-balur dengan kesan yang dalam akibat daripada tali tersebut. Sahabat karib Rasulullah, Umar Al-Khattab berkata dengan sedih: "Ya Rasulullah, Pemerintah yang disanjung tinggi! Pesuruh Allah! Raja-Raja Parsi dan Rom hidup selesa dengan melenakan diri atas tilam serba selesa dan bergembira dengan segala kemewahan, manakala anda yang disanjung tinggi hidup seperti seorang miskin?"

Jawab baginda, "Mereka semua sayangkan dunia. Bagi mereka segala-galanya di dunia ini. Sedangkan kita mendambakan dunia yang satu lagi…….

Pemimpin bukan sepatutnya dikenali dengan menaiki kereta besar dengan nombor kecil, rumah besar dengan isteri cantik, tetapi daripada kesederhanaan perwatakan, pertuturan, tingkah laku, pergaulan dan pemikiran.
Kerana itu pesanan pantun Melayu mengenai pemilihan pemimpin ialah................
Pilih-pilih tempat mandi
Pertama Teluk kedua pantai
Pilih-pilih tempat menjadi
Pertama elok, kedua pandai
Begitulah pesanan orang tua-tua Melayu, mementingkan yang elok dahulu dari yang pandai. Fikir-fikirkanlah.

18 comments:

Tirana said...

Betul kata Pok Li..pemimpin dipilih bukan kerana rupa, pangkat dan kekayaan yang dia ada tapi kerana kreadibiliti dia sebagai pemimpin ditambah dengan sikap2 positif seperti keikhlasan, kejujuran, amanah dan lain-lain..tapi yang lebih utama keimanan dia kepada Allah.

razor said...

saya rasa ketiadaan pokli sbb pilihanraya ni la..

Pok Li said...

Tirana
Bukan mudah jadi pemimpin. Tapi masih ramai yang berebut-rebut.;(

Razor

Macam tau yo.:)

akuduniaku said...

salam POk Li

rindu benar dengan entri Pok Li ha3x
hurm tahniah kepada pemimpin pas dan tahniah juga kepada pemimpin umno yang sudah melalui zaman meraih undi.

kepada rakyat..
berilah sokongan kepada pemimpin yang diundi agar apa yang dicari melalui pemilihan ini dicapai.

salam sekali lagi..

en_me said...

hi pokli, salam pagi senin..

HABIHA69 said...

Salam Pok Li...lama nya tak ketemu Pok Li...sekarang cam mana sebok lagi ke? M. Gandhi tu golongan orang dulu-dulu yang taat pada suruhan agama....orang yang taat pada agama insyaallah bila jadi pemimpin tak jadik masalah...tahu mana halal mana haram....ehh betul ker nih Pok Li?

Razali Razman said...

Salam Pok Li,

Lama tak dengar cerita Pok Li...mesti terlibat dalam pilihanraya.

Perkara paling ketara yang dilihat daripada kedua-dua tokoh Rasulullah SAW dan Mahtma Gandhi ialah kesederhanaan. Sesuatu yang amat baik untuk dicontohi.

Mengenai Pilihanraya KT pula, kesimpulan yang mungkin dapat dibuat ialah 'Pengundi Dah Matang'.

CIVIC Power said...

Apakan daya.. jodoh tiada pada BN..
PAS kini jadi pilihan..
Tahniah kepada yng menang, yg kalah jgan berduka cita.. teruskan berjuang agar len kali menang pulak

Pok Li said...

akuduniaku
Ya,Ya, Ya

en.me
W.salam.gitewwww

Habiha69
Ustaz, agama itu pegangan bukan tempelan dan ikutan.Benar opo orak :)

Saudara Razali
Saya setuju

Civic Power
Setiap yang bertanding akan ada kalah menang. Seperti putaran roda civic tu. Sekali keatas dan sekali kebawah :)

jejakaterang said...

Tahniah pada PAS dan kepada UMNO teruskan usaha anda kerana orang-orang yang tahu berterima-kasih dan bersyukur saja yang akan menghargai anda.

orangbukit said...

Cara hidup, sikap & akhlak Rasulullah s.a.w adalah qudwah hasanah - contoh teladan yg baik untuk umat Islam.
Menjadi pemimpin itu berat tanggungjawabnya..memikul amanah yg dtg bersamanya..

mongkut said...

Pemimpin yang ikhlas dalam perjuangan membela agama, nusa dan bangsa akan disanjung!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

sejarah itu adalah kite..

fahana_ann said...

suka baca entri pok li..sederhana tapi bermakna..kalau ada pemimpin malaysia macam tu,pasti dia yang akan disayangi dan dihormati lebih daripada yang lain..baca komen balas pada razor tersengih sekejap..hehehehe

BudAk hijAu said...

cayalah pok li!!!

Pok Li said...

Jejaka Terang
Mampu bersyukur adalah nikmat yang terbaik bagi seorang hamba.

Orang Bukit
Tapi ramai yang mendambakannya. Sedangkan tanggungan dan jawabannya amatlah berat.

Mongkut
Begitulah hendaknya

Siti Bum Bum
Kalau kita hebat, kitalah yang mencipta sejarah.

Fahana Ann
Tak ramai dah pemimpin yang bersikap dan mengamalkan hidup sederhana. Kita telah terjebak dengan kehidupan yang mewah dan bermewah-mewahan.

Budak Hijau
Caiyo..

Jawahir said...

saya mencari seorang pemimpin politik yg berjiwa NEGARAWAN.

Bercakap untuk semua kaum, bukan bercakap untuk kaumnya sahaja.

p/s: mahatma ghandi tue meninggal masa bestday saya la pulok...huhuhu

Pok Li said...

Jawahir
Mencari pemimpin dan pengikut yang memahami misi dan visi keduanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails