Feb 23, 2009

Ginchu Sikit Dha....

Saya kurang menyedari kehadiran dia. Tahun lepas hanya beberapa kali saya terserempak dengannya. Bermuka cekung. Bertubuh kecil dengan ketinggian sederhana. Beg kecil sentiasa tersandang dibahu. Berpakaian lusuh. Penyendiri. Sesekali dia singgah di Kedai Semah, berhampiran tugu ‘Sotong Udang’ mercu tanda Bandar Marang. Dia sering menulis beberapa kajang kertas di atas meja. Selepas menikmati secawan kopi ia akan menghilangkan diri dengan pantas. Kertas-kertas yang ditulisnya akan di tinggal begitu sahaja.

Mohd bin Johan, itulah nama yang ditulis dalam setiap kajang suratnya. Bekas seorang jurutera kapal. Hilang keseimbangan pemikiran dan kemudian berhenti kerja. Mungkin juga dibuang. Dengarnya dulu ‘jurutera’ ini hidup normal. Memiliki segala-galanya, keluarga bahagia, rumah dan juga kereta mewah. Coretannya sarat dengan istilah kejuruteraan. Catatan projek-projek syarikat perkapalan yang bernilai berjuta-juta ringgit. Pelbagai juga nama syarikatnya. Kadang-kadang dia meletakkan dirinya sebagai Ketua Jurutera. Ada ketika sebagai konsultan . Ada ketika sebagai pengurus projek.

Teringat juga saya kepada ‘Sarip’ lelaki kurang siuman di pekan Kuala Sawah. Ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah. Setiap pagi dia akan ‘berceramah’. Ada ketika dia mencarut, memaki-maki dan jika keletihan dia akan duduk di atas batu sempadan di tengah bulatan kecil simpang tiga Rantau-Kuala Sawah-Seremban itu. Ada ketika dia menjadi sangat patriotik apabila menyanyikan Lagu Negara Ku dengan suara lantangnya. Berdiri tegak bagai tentera dan tangan kanannya terdepang 45 darjah ke udara. Tidak menganggu orang. Jika ‘angin gilanya’ terlebih ‘pasang’ dia akan menyelongkar tong sampah di pasar dan membaham ‘buah-buahan busuk yang terbuang’. Ada ketika dia hilang seketika. Khabarnya dihantar ke Tanjung Rambutan. Beberapa bulan kemudian dia kembali semula di pekan kecil yang lesu itu. Kembali dengan keadaan baik. Mampu minum-minum dan berbual di Kedai Kopi Kannan. Tapi itu hanyalah sementara, Sarip akan tetap kembali berputar-putar dan berceramah di batu sempadan bulatan kecil simpang tiga itu.

Kembali saya membaca surat yang ditulis oleh Mohd bin Johan. Kali ini dia tidak menulis pasal enjin kapal. Bukan juga pasal syarikat niaga. Bukan juga pasal projek mega. Tapi sehelai kertas cinta. Tulisnya, …..dia akan pulang ke rumah menemui isteri dan anak-anaknya. Menarik di hujung surat itu, nada romantik “Ginchu Sikit Dha……. Abang Nak Balik Chium Dha.”.

p/s Ketika ekonomi merudum pada tahun 1997, statistik menunjukkan meningkatnya kes-kes orang kurang siuman. Bagaimana pula selepas ini kerana ekonomi juga kelihatan semakin ‘meredup’.

28 comments:

Anuar Manshor said...

Maksud tuan, skizofrenia ya? Hidup pada zaman kini memang banyak cabaran. Kepada Dialah kita memohon bantuan...

CIVIC Power said...

harap2 teman sentiasa normal sehingga dikuburkan nanti

en_me said...

sodeyyyyerrrr.. kat dalam alam maya blogging nih pun ramai yg sewel pokli weeiii..

melayuangkat said...

Assalamualaim Pak,

Sedih saya membaca tulisan ini. Insaf saya betapa saya masih bertuah dan diRahmati Allah swt kerana tidak ditarik DIA akan nikmat Aqal yang dikurniakan kepada saya.

Sesungguhnya Allah swt boleh beri apa sahaja pada kita dan menariknya balik bila masa telah tiba. Siapalah kita??

Semoga kisah ini jadi teladan bagi kita semua, hargainya apa juga nikmat Allah swt pada kita sebelum direntapnya kembali.

orangbukit said...

Sedihnya..cerita dua hamba Allah ni..tapi mereka terlepas dari apa yg difardukan...

Respect kat Pok Li,ilmu itu datang pelbagai cara walaupun baca karangan org seperti Mohd bin Johan. Bila saya baca surat tu, tarikh, nama kpg, tu betul pulak..

Pok Li said...

Saudara Anuar
Mungkin juga agaknya, tapi ia mengalami kemurungan yang kritikal.

Civic Power
Kita juga. Amin

en-me
Tak termasuk kita en_me. Gitewww

Melayu Angkat
Rezeki datang dari pelbagai bentuk. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan mereka yang bersyukur.

Orang Bukit
Kadang-kadang seronok baca apa yang mereka fikirkan.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bila tertekan orang yg waras boleh menjadi gila.

orang yg gila semakin gila...

orang yg ingin menjadi gila akan buat-buat gila..

gila kan???

Pok Li said...

Gadis Kampung Separa Bandar
Masih minat baca majalah gila-gila.

nazirul mubin said...

hanya mengingati allah hati akn jadi tenangkan..heheh...best nye ada istri

Pok Li said...

Saudara Nazirul
Memang lerrr.

fahana_ann said...

teringat org yang macam lebih kurang sama dengan yg diceritakan pok li ni cuma kisah hidup puncanya tu jer brbeza..macam2 masalah sosial bila ekonomi 'meredup'..

akuduniaku said...

salam to Pok Li

tatao na komen per...ha3x =)

kbanyakan org y hilang pdoman mestinya berpelajaran dan terlalu yakin dengan dr sndiri...

syukurlah bila sentiasa sedar dri ini serba kekurangan..jd ta lah jatuh teduduk tber2x..

syukur syukur...=)

Tirana said...

Moga-moga kita dapat pengajaran bahawa akal itu pemberian Allah kepada kita...bersyukur dan hargai terhadap anugerah itu, gunakan di tempat yang betul..Allah boleh menarik balik bila-bila masa saja nikmat akal yang dikurnia-Nya.

PAK PELANDOK said...

Pok Li

Jika kita amati dan mendengar atau melihat dengan teliti apa yang di lakukan...apa yang dituturkan atau apa yang di aksikan oleh insan yang tidak seperti kita ni....

Sebenarnya banyak yang benar...banyak yang bernas dan betulnya......

Ianya boleh di ambil iktibar atau ada lojiknya ......

Tapi jarang sekali manusia akan mengendahkan apa yang dilakukan oleh insan malang seperti ini....mungkin Pol Li dan beberapa orang sahaja yang memberi perhatian kepada insan yang terpinggir ini. Kerana setiap kejadian Allah ada hikmah dan manafaatnya.

Tak gitu Pok Li......

gondangmas said...

Pok Li..
teringat ambo pada Pak salleh kat kg ambo tu.Gelagatnya sama mcm Mohd Johan
dia pernah tulis "Terang Sebelum Datang".di kertas kotak rokok Dunhill di warung kopi Yusoff mi Bt 30.lepas tu dia meninggal.
smpai skrg saya tak faham .. apa ya maksudnya Pok Li..
Mujur la kehidupan kita ni terlepas dari apa yg berlaku kpd mohd johan dan Pak salleh tu.
Aminn...tq Pok Li,entri ni ada kelainannya yg membuatkan kita terfikir sesuatu..

GELIgeli said...

alangkah bertuahnya..semuanya milik kita..
alam adalah segalanya..angin memberi muzik,burung dan ungas sebagai vakalisnya,pohon sebagai penarinya..dunia tidak sunyi..dan kadang-kadang kita bercakap dengan alam lagi mudah kerana mereka memahami kita..

Pok Li said...

Fahana_Ann
Sakit berpunca mati bersebab. Kadang-kadang ada punca... ada yang tidak

Pok Li said...

Aiman
Kata pakar perubatan bahawa gelombang otak orang gila menyamai gelombang mereka yang genius. Mungkin terlebih geniuslah tu.

Tirana
Alhamdulillah. Bersyukur kita masih waras.

Pak Pelanduk
Betul tu. Sukar nak memahami insan ini. Sesekali jadi pemerhati...

Gondangmas
Mungkin ada tafsiran yang kita tak tahu atau tak terjangkau dek pemikiran kita. Saya pun tak boleh tafsir.

Geli-geli
Hebat puisi tuan.....

zino said...

keadaan ekonomi semakin gawat... kabar nya ransangan ekonomi amerika tidak menarik minat pelabur.. bursa saham di sana terus merudum..

malaysia dah mula terasa kesan nya barangan utk di export semakin menguncup.. kerana kurang permintaan.. semakin ramai yg di berhentikan kerja..

semuga mereka masing2 beleh bertahan jangan ada yg short kat man mana.. bila kah keadaan akan pulih

offamir said...

haaha aku gilakan isteriku
hahaha

AzD said...

Teringat masa kecik2 kat masjid kampung dulu ada juga sorg engineer pencen, tua dah. Rajin dok di masjid tp org kita dia ni 'kureng' sikit.
Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan akal oleh Allah, amiin.

abu lola said...

Hmm itu lah lumrah ciptaan tuhan..ada yang bernasib baik dan ada yang sebaliknya..jangan jadikan duit hamba diri...

Pok Li said...

Zino
Begitulah bila persekitaran tidak kondusif. Ini adalah diantara kesan negatifnya.

Offamir
Gila isteri tak apa. jangan gila talak sudah ha.haa.ha.

AzD
Manusia ni tak sama. Ada yang hilang nikmat aqal kerana masalah keluarga, ekonomi, boleh jadi juga kerana keturunan.

Abu Lola
Betul.Betul.Betul

RAHISAM RAMLI said...

Saya juga sering bertanya diri sendiri-apakah mereka ini pernah bahagia dan normal-tetapi puncanya kenapa mereka berubah. Jangan disisihkan orang seperti ini.

The Spiral Eyes said...

semoga kita dapat menerima ketentuan hidup yang Allah tentukan

etomyam said...

macam bipolar disorder jer kes ni...penyakit mental bagi org2 yag tahap IQ tinggi dari orang normal, tapi bila sesuatu terjadi yg bisa merubah hidup akan membawa kepada bipolar disorder...ramai bijak pandai ada penyakit ni, cuma boleh kawal atau tak jer...btw jemput dapatkan free blogger malaysia script di http://bolehblog.malayaonline.com/?p=993

HABIHA69 said...

Agaknya itulah cabaran dalam hidup ini kan Pok Li...alhamdulillah kita masih waras dan sihat, jangan lah lupa kita bersyukur kepadanya, bagi insan yang malang itu...dah tentu mereka tidak menanggung apa-apa dosa kerana taklif hukum melepaskan mereka dari dosa...kita bagaimana?...

Pok Li said...

Saudara Rahizam
Mungkin kerana keturunan, mungkin juga tekanan. Pakar perubatan lebih arif

The Spiral Eyes
Takdir. Begitulah.

etomyam
Terima kasih kerana jemputan.

Habiha69
Begitulah doa kita ustaz.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails