Feb 1, 2009

Kuala Lumpur Ibu Negeri


Anaklah Bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Cik Ramlee soal mudah dijawab
Kuala Lumpur Ibu Negeri

Tajuk posting saya kali ini mengambil lirik terakhir dari lagu Joget Malaysia, ciptaan, gubahan dan nyanyian Biduan Negara P.Ramlee bersama Saloma. Seorang anak seni yang mengalami ‘zaman suramnya’ apabila berpindah dari Jalan Ampas, Singapura ke Kuala Lumpur. Namun begitu selepas kematiannya P.Ramlee telah dinobatkan sebagai anak seni yang genius dan diberi penghormatan gelaran Tan Sri.

Kuala Lumpur bukan asing kepada saya, hanya 80 km jauhnya dari kampung kelahiran saya. Sejak kecil saya sudah terbiasa dengan nama Kuala Lumpur. Setiap kali ‘abah’ pulang dari Kuala Lumpur pasti akan pulang bersama ‘Sate Kajang’. Begitu juga di sekolah rendah lagi saya sudah terbiasa mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Destinasi paling popular ketika itu ialah Masjid Negara, Stadium Negara, Tugu Negara, Zoo Negara, dan semua tempat yang berakhir dengan “Negara” selain dari Angkasapuri dan Parlimen. Mungkin hari ini beberapa destinasi rombongan sekolah di tahun 60an dan 70 an itu tidak lagi menjadi pilihan.

Apabila kedatangan bulan Ramadhan, orang kampung akan datang mengadakan rombongan ke Stadium Merdeka mengikuti Musabaqah Al-Quran. Mereka adalah ‘peminat setia’ kepada Qari Negara, “Ismail Hashim”, dan Qariah “Rogayah Sulong’ serta ‘Faridah Mat Saman’. Bertolak dari kampung selepas solat Asar dan kemudian ‘berbuka puasa’ beramai-ramai di Masjid Negara.

Saya pernah belajar dan bekerja di Kuala Lumpur. Banyak memori suka, duka yang telah saya lalui sepanjang 11 tahun di kota metropolitan ini. Bandar yang bermula daripada lombong bijih yang diteroka oleh Kapitan Cina Yap Ah Loy, kemudian berkembang maju sehingga mendapat gelaran Bandaraya pada tahun 1972 dan terus berkembang lagi. Kuala Lumpur telah mencatat pelbagai rakaman sejarah, sebelum dan selepas merdeka. Banyak bangunan dan artifak peninggalan sejarah boleh dilihat hingga kini. Malah keunikannya sukar untuk dikatakan satu persatu.

Saya merasa amat bertuah dan bersyukur kerana pernah merasai kehangatan dan dakapan nadi Bandaraya ini.. Bersyukurlah kita yang bukan sahaja mampu sampai ke Kuala Lumpur tetapi turut juga sampai ke Australia, London, Peranchis, China, India, Mekah, Madinah dan segala macam lagi destinasi. Kerana pada pemerhatian saya, rakyat Terengganu ini bukan sahaja ramai yang tidak pernah sampai ke Kuala Lumpur, menjejak kaki ke Bandaraya Persisir Air Kuala Terengganu pun belum pernah………Selamat Hari Wilayah.

20 comments:

Tirana said...

Pok Li..

Sesak nafas tinggal di KL ni.. Jika saya di beri pilihan saya ingin tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Rasa aman aje tinggal di sana tapi di KL ni bukan setakat sesak nafas, segala-galanya sesak.

Razali Razman said...

Salam Pok Li, Tirana

Berbeza dengan pandangan Tirana, saya sangat sayang kat KL. Memang sesak tapi dah biasa...dan saya tahu mana nak cari tempat yang tak sesak.

Mungkin kerana dah dilahirkan di KL belajar dan dibesarkan di KL dan mewakili KL.

Memang suka tinggal kat KL...kat sini apa-apa pun ada...

Tera said...

salam pok li.. pueh den cari tompek nak melaung... tkdo yo, xpo la laung kek sini jo. Mocih la pok li sudi singgah blog den tadi... singgah2 la selalu yo..

Pok Li said...

Tirana

Saya ada ketika suka sibuk, tapi kalau tidur saya suka yang tenang :)

Saudara Razman
Memang saudara orang KL tulen.

Tera
Melaung jangan tak melaung. Ese dah lama tak melaung. Sorak.

CIVIC Power said...

Kuale Lumpo, teman da chayor!

razor said...

pokli, tak cukup tu. buat la kuala lumpur zaman pokli jelajah dulu.

kita compare kl zaman pokli datang dengan kl zaman saya datang.

ada bran?

akuduniaku said...

shah alam da cukup baik...ha3x

PAK PELANDOK said...

Pok Li....

teman teringin juga nak kerja kat KL, maklumlah lah Kota Besar..serba canggih dan penuh dengan perlumbaan dan sandiwara...

Tapi kita tetap berbangga dengan kehebatan KL yang setaraf kota lain di dunia....... bandingkan betapa pesat dan majunya walaupun hanya baru merdeka 51 tahun sahaja.

BudAk hijAu said...

pokli...jom trn kl.. :D

AzD said...

Salam Pok Li,

Cukup bagi saya 5 thn belajar di tgh2 KL. Balik sesekali ke rumah mertua di Gombak, OK. Menetap di KL, rasanya mungkin tidak. Balik tahun lepas memang terasa sesaknya bawa kereta sekitar KL. Tapi kata org, alah bisa tegal biasa.

orangbukit said...

Zaman dulu Kuala Lumpur memang famous sebagai destinasi rombongan...tapi sekarang ni ramai yg dah boleh gi sendiri & ada anak2 yg tinggal & bekerja di KL, kurang sikit aktiviti rombongan ke sini..

fahana_ann said...

tak pernah rasa teringin nak berjalan dan hidup di sana sebab kesesakan jalannya,duitnya dan bangunannya.tapi teringin nak menjelajah tempat2 memori..memang di sana macam-macam cerita..seronok u ntuk tahu,tapi memikirkan KL pun dah rasa sesak..mungkin sebab dah katakan begitu pada fikiran..huhu

Anonymous said...

Salam tuan pengarang,

Buatla penulisan tentang kemajuan politik dan membuka minda serta pelajaran. Bukan yang largho2 yang tidak berfaedah.
- Mulut Lazer Teluk Intan-

Pok Li said...

Civic Power
Hebat kome

Razor
Next Change , coming soon

Aiman
Marang juga baik. He3X

Pak Pelandok

Betul ke nak tukar KL, Saya rekomen :)

Budak Hijau

Turun dah semalam. Sangkut banjir di Kem Wardieburn. Apa punya teruk Kl sekarang.

AzD

Kadang-kadang saya suka juga sesak. He, He, Ho.

Orangbukit
Dunia Dah Berubah. Zaman Dah Maju

fahana ann

Sesekali cuba yang baru. Pengalaman tu

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

pok li... rhase2 ado jodoh dgn KL ke....?????????? welcome lah yeee.

orang maju tinggal dikota, orang mundur tinggal didesa.

orang mara tinggal dikota, org undur tinggal di desa.

dikota semua ada... maka semua yang terbaik mereka rasalah... kita yang sentimental dapatlah hospital tak lengkap dan sekolah tak bermutu dll.

pemimpin umno kelantan...banyak bini dan anak di kl. semua sekolah di kl tau....

ikan emas said...

xde nama !
PokLi ni bkn setakat cerita hal gini ..byk lagi tau..kisah masa jd mc diraja , dj kat kolumpo dl pun ada funclub.Semuanya boleh jadi ilmu,pengajaran , teladan dan panduan...
betoi ckp aissey ni kan PokLi !

ikan emas said...

Oops , lupa lak , tumpang lalu lagi ya PokLi..
nak tulis fasal politik ???...kalau Pokli yang tulis setakat 5 kajang tak cukup kot...hehehe

asrullita said...

pok li mentakab tu kampung saya.......hahahahah

Pok Li said...

Otai
Kalau ada jodoh tidak kemana, bak kata bidalan, Ikan di laut asam didarat, bertemu juga dalam belanga. Suka makan asam pedas.

Pok Li said...

Ikan emas
Cerita ceriti. Taik mata buat inti . He 3 X

Asrullita
Terima kasih singgah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails