Feb 16, 2009

Pemburu Serigala


Saya hadir kemajlis itu ketika dia sudah hampir ke penghujung ceramahnya. Siapapun tidak akan menyangka bahawa ‘ustaz’ dari pengajian pondok di sempadan Kelantan Terengganu ini seorang bekas penagih dadah. Kefasihannya menuturkan kalimah Allah, berjanggut, berwajah bersih, lembut tutur katanya bagaikan dia tidak pernah terpalit dengan noda hitam itu. Lima belas tahun dia berada dalam dunia gelap. Lokap, pusat serenti, penjara sudah menjadi ‘kain basahan’ kehidupannya. Dia menjadi anjing kurap, diumpat, dinista, dicurigai , dibenci sebagai ‘sampah hidup’. Tetapi apabila datang taufik, hidayah dan inayah dari Ilahi, ‘bapak penyamun’ sekali pun seperti kisah perjalanan Syeikh Kadir Jailani, atau siapa pun akan tersungkur juga kembali kepada kepada fitrahnya insan.

Ustaz ‘pondok’ ini telah dijemput sebagai penceramah kepada golongan belia dan remaja. Memberi peringatan kepada mereka supaya tidak terlibat dalam kancah dadah. Kerana sekali terkena ‘getahnya’ bukan mudah untuk terlepas. Amat bernasib baik kalau ‘terlepas’, kerana jumlahnya amat sedikit dan tidak sampai pun sepuluh peratus. Selebihnya terus terikat hingga nyawa sampai ke tengggorok. Bukan mudah untuk pulih, kembali bahagia dan ceria. Beristeri dan mempunyai zuriat seperti ustaz ‘Din’ ini.

Pesanan ustaz ‘Din” diakhir ceramahnya;

“Janganlah adik-adik menjadi seperti serigala di kutub utara. Tertipu dengan darah yang dibalut ke mata lembing yang tajam. Pemburu eskimo di Kutub Utara, apabila mereka ingin memburu serigala, mereka akan mengasah lembing setajam-tajamnya, selepas puas hati, lembing tajam tadi dicelup ke dalam darah segar dan dibiarkan beku dalam udara sejuk dibawah 0 Celcius. Lembing tadi di pacak di dataran ais yang luas….….. menunggu sekawanan serigala. Deria yang tajam akan ‘menarik’ sekawanan serigala menjilat lembing berdarah ini. Serigala ini bergilir-gilir menjilat,….. menjilat….menjilat sehingga yang tinggal hanya mata lembing yang tajam. Mereka semakin asyik menjilat. Kerana darah beku sudah bertukar kepada darah segar. Sedangkan mereka tidak sedar darah segar itu datang dari lidah-lidah mereka yang telah luka. Akhirnya satu persatu serigala itu tumbang kerana lidah mereka telah terpotong”.

Begitulah kematian sekawanan serigala liar. Bukan kerana ditembak, diburu atau ditikam, tetapi kerana asyik dengan keseronokan yang sebenarnya perangkap pemburu yang licik. Analogi yang menarik antara serigala dan penagih. Terima kasih Ustaz.


Nota:

Terengganu mencatat bilangan penagih dadah yang kedua terendah selepas Labuan dengan 127 orang daripada keseluruhan 14,489 penagih yang dikesan di seluruh negara sepanjang tahun 2008. Bilangan penagih dadah tertinggi dikesan adalah di Pulau Pinang seramai 3,433 orang diikuti Johor (2,329) Kuala Lumpur (1,756), Kedah (1,604) dan Selangor (1,409).

16 comments:

rahimin idris said...

analogi ni sama macam kita minum koka kola ada ais. rasa tak manis. akhirnya kena kencing manis. sebab deria manis di lidaj terbius!

CIVIC Power said...

Pandai unstaz tu mmeberi ceramah.. sungguh bermakna buat semua.. terima kasih Pok Li atas muat turun itu

en_me said...

pengajaran yg menyentuh kalbu.. pokli isap rokok tak.. ehehe

~0~ said...

Salam
Dadah memang haram dari segi Islam. Jadi pepandai la mengelakkan dari semua ini. Semuanya keseronokan sementara.

Terima kasih

abu lola said...

hmmm biasa la bro..org melayu la terlebih aktifnye dalam gejala tak sihat ni

HABIHA69 said...

moga-moga Allah melindungi anak-anak kita sanak saudara kita dan jiran tetangga kita dari musuh no 1 itu...kan Pok Li...semuanya bermula dari keluarga kita sendiri...kan Pok Li..

orangbukit said...

Kekuatan jiwa ustaz tersebut utk berubah sangat mengagumkan. Kadang2 masyarakat masih lagi skeptikal utk menerima bekas2 penagih ni, kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga'..

Razali Razman said...

Salam Pokli,

Terima kasih kerana menyebut blog says dalam posting terdahulu. Mengenai ustaz yang memberi ceramah, saya rasa mesej yang paling berkesan diberikan oleh mereka yang sudah pernah terjebak dan kembali ke pangkal jalan...sebab pendengar pun sedar bahawa mereka ini benar-benar tahu tentang kesan buruknya.

Teruskan berblog Pok Li...memang layak dapat piala blog :)

zino said...

salam kenal pok li..kek mano kampong e.. warikh kut kito hehe

cutokperol said...

singgah jap pok li,
analogi yg cukup baik jika dijadikan pillar bagi golongan belia.
so pok li,sama-samalah kita tahu bahawa semua kegiatan seperti berikut adalah haram hukumnya.
- menggunakan dadah
- memperjualbelikan dadah
-menanam sebarang tumbuh2an unt menghasilkan dadah
- memproses sbrg tumbuh2an atau bahan unt menghsilkan dadah.
-menggunakan keuntungan hasil memperjualbelikan dan menanam tumbuh2an yg menghasilkan dadah.
wallahualam.

BudAk hijAu said...

kedah antara terbyk..aih!!

ikan emas said...

Jgn lupa skrg dadah didatangkan dalam pelbagai jenis ,bentuk manakala penyebaran dan penggunaannya juga pelbagai cara..
kepada adik-adik dan anak-anakku ..telah kuingatkan bahawa jangan sesekali dicuba atau didekati benda berhantu ini..padah sepanjang hayat.Contoh ada di depan mata !!Syukurlah kepada ustaz 'din' kerana berpeluang menerima hidayah dan cahaya.

akuduniaku said...

salam to Pok Li

aiman na jadi serigala y pandai ha3x..

Sker stail Pok Li y relax n cool ha3x..

selamat beblog =)

salm kembali

offamir said...

hidup mereka yang berjaya pada akhirnya...heh heh heh

firadila said...

Assalammualaikum dan salam ceria pok li,

Cerita serigala ni memang betul2 menangkap kat kepala firadila...biso bonar..hahaha..

Senyum dan ceria selalu..

Pok Li said...

Kepada semua yang beri komen terima kasih. Kebelakangan ini agak sibuk sedikit dan saya tak sempat nak jawab semua komen. Tk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails