Mar 17, 2009

Bokor


Malam tadi saya agak terlewat masuk tidur daripada jadual biasa. Selalunya selepas solat Isyak saya akan merebahkan saja badan yang beratnya hanya kurang lebih 58 kg yang ideal dengan ketinggian 165 cm ini. Mungkin juga saya telah terperangkap dengan keasyikan menonton cerita di TV. Bermula dengan cerita Jula-Juli di TV9, sehinggalah menonton filem Bujang Lapok di TV2 lakonan tokoh legenda filem Melayu, P.Ramlee. Sebuah kisah masyarakat yang ‘dibalut’ dengan plot yang menarik, percintaan uda dan dara, kahwin paksa, krisis keluarga, isu hantaran, beban hutang, perempuan meminang lelaki dan terselit juga dicelah-celahnya babak-babak ‘sindiran’ terhadap sifat ‘kepura-puraan’ manusia. Kisah filem yang masih tetap ‘sesuai’ walaupun sudah ‘lusuh’ diputar.

Secara kebetulan kisah itu diputar kembali ketika musim kenduri kahwin sedang rancak sekarang. Kenduri kahwin pun sudah tidak lagi mengira hari. Pendek kata setiap hari ada sahaja jemputan. Tidak termasuk keluhan rakan-rakan yang tidak ‘tertahan’ dengan banyaknya jemputan sehingga lima enam kenduri sehari. Terpaksa juga memilih-milih mana satu jemputan yang hendak diutamakan. Itulah ‘penyakitnya’ kalau ramai yang mengenali kita dan ‘sakit’ jugalah poketnya. Cuma di Terengganu ini, janganlah merasa pelik, jika dua tiga majlis ‘walimatul urus’ yang kita hadir tuan rumahnya ‘menolak’ untuk menerima wang ketika bersalam. Kerana tujuan mereka mengadakan kenduri itu atas niat bersyukur atau bersedekah sahaja. Terutamanya bagi perkahwinan anak lelaki. Begitulah adat yang berbeza-beza. Lain padang, lainlah belalangnya. Lain negeri lainlah adatnya.

Sepertimana juga adat di kampung saya yang hampir menjadi wajib menyiapkan 'bokor’ kepada pasangan pengantin baru. Bokor ini biasanya dibawa oleh pasangan pengantin ke rumah bapa dan emak saudara atau saudara mara terdekat selepas berkahwin. Ia sebagai budaya kenal mengenal antara pasangan dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Ketika saya berkahwin dahulu emak sudah pun mengacau ‘penganan’ sebulan lagi sebelum tarikh kenduri. Penganan ini kemudian diisi dalam sebuah bekas yang disebut 'bokor'. Ketika pergi berziarah kerumah bapa dan ibu saudara, bokor ini akan dibawa bersama sebagai 'buah tangan' kepada tuan rumah. Ketika kami balik bokor itu akan dipulangkan semula dan 'penganan' tadi diganti pula dengan 'duit'. Simboliknya 'pasangan muda' perlu datang ke rumah keluarga yang lebih tua untuk merapatkan hubungan dan belajar adat 'bertandang' ke rumah orang, janganlah datang 'berlenggang' sahaja bawalah sedikit 'buah tangan'. Begitu juga duit balasan yang diberi tidaklah sebanyak mana tetapi juga adalah sebagai simbolik tanda doa restu, sokongan dan sedia membantu untuk memberi nasihat dan buah fikiran kepada 'pasangan' yang baru sahaja melalui alam rumah tangga itu.

Hari ini adat budaya membawa bokor ke rumah saudara mara sudah semakin pupus. Pasangan pengantin pula selepas majlis kenduri sudah ‘tergopah-gapah’ untuk pergi berbulan madu. Selepas berbulan madu dan menghabiskan cuti, mereka terus sahaja kembali bekerja. Mungkin selepas berbulan-bulan berkahwin ada yang masih belum kenal bapa saudara dan emak saudara atau sepupu sepapat pihak lelaki atau pihak perempuan. Apo nak dikato, zaman dah berubah dunia dah maju.
Nota:
penganan - dodol
bokor - bekas bertutup berbentuk bulat dan bertangkai untuk meletakkan makanan

17 comments:

Tirana said...

Zaman semakin berubah...adat dan budaya lama semakin dilupakan. Jadi tidak hairan orang2 muda sekarang ada yang tidak tahu adat budaya lama itu. Nak buat macam mana...kena terima aje la hakikat tu..

Pok Li said...

Tirana
Masa berubah, pemikiran berubah, gaya hidup berubah, tapi saya fikir jati diri dan pegangan kita harus kekal. Tak gitu..

RAHISAM RAMLI said...

Adat sebegini menjadi penyeri merapatkan hubungan keluarga, tapi sayang semakin pudar...kerana dimodenkan generasi SMS@Raja Mis Call..hehe.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

pok li penganan tu apa erk??

huhu..

xtahu..

Aiman said...

bokor ituh sejenis kuih kah??

Anonymous said...

bokor? penganan? argh..Q generasi muda yang sudah tidak kenal akan warisan. gambar sikit...

Pok Li said...

Saudara Rahisam
Mungkin juga anak-anak saya pun tidak dapat kembali kepada amalan budaya yang pernah saya rasai dan lalui. Mungkin kaedahnya boleh di ubahsuai.

Gadis separa Bandar
Penganan itu dodol.

offamir
Bokor itu ialah bekas bulat yang bertutup dan memiliki tangkai seperti raga buah itu. Sekarang saya fikir bokor itu tidak dijual lagi.

qdectative
Saya akan paparkan maknanya sekali di bawah entri. Terima kasih.

nohas said...

Sibuk...itulah jawapan yg klise. Adat yg baik semakin pupus..kekadang pasangan muda ni tak pandai berbual dgn org2 lama..ada jurang generasi..

Pok Li said...

orangbukit
Kita dah jarang mengajak anak-anak kita menziarahi keluarga. Mereka lebih suka tinggal dirumah. Kita dah juga jarang menyuruh anak kita bersalam-salaman dengan keluarga atau tetamu yang datang, mereka lebih suka duduk terperok di bilik atau didapur. Ataupun leka diruang rehat bermain game.

theblabber said...

wah pokli sebuat penganan, teringat wan sy di kuala pilah tuh.the best penganan in the universe :)

CIVIC Power said...

Betul tu pok li,

Dekat sini x bawa bokor tapi bawa album gambar kawin masa bertandang rumah saudara.. Album yang "gatal" gayanya.. haha

Pok Li said...

Miezie
Penganan Kuala Pilah memang sedap, mereka campur gula enau. Saya juga suka kueh koci mereka yang campur durian.

Civic Power
Bawa album gambar. Hai macam-macam...

Sidratul Muntaha said...

salam pok li
mmg byk faktor menyumbang ke arah itu.
ade yg mmg ank muda tu sendiri xmo buat or truskan atas alasan nk dok umah ler nk gi honeymoon ler.
saya sendiri,mmg direinforced dgn benda2 ni.malah dr kuarga suami pun adat sebegini mmg diamalkan.
tpi begitulah,saya yg maklum hal begini saya mengajak suami pergi berziarah.
pok li tahu ape suami saya tnyer?dia bertanyer perlu ker pergi n ziarah mereka?
kdg2 saya terpikir bkn slh ibu bapa yg tak mendidik tpi ank itu sendiri yg xmelihat secara teliti ape yg tersirat dr yg tersurat.
tu yg pelik,honeymoon jauh2 smpai bali ler,paris ler,singapore...tpi nak tgk sedara sendiri pun tak mo.geram jugak sbb pada belah suami lansugn tak pergi2 lagi even dh ade ank sorang ni.mujur belah saya sudah abis pusing.
xdapek nak nolong kalau gitu!

akuduniaku said...

salam

Pok Li said...

sidratulmuntaha
Nak buat macam mana. Masing-masing punya pendapat. Lotih den

Aiman
Salam juga. Cuti Sekolah tak jalan ke :)

Sidratul Muntaha said...

SALAM
POK LI,JEMPUT SINGGAH KER PRESINT 2 PUTRAJAYA HARI NI HINGGA AHAD.ADE PERTUNJUKAN BELON UDARA PANAS ANTARABANGSA.

fahana_ann said...

ade setangh adat yang memang sesuai sepanjang zaman.kena tahu ape signifikannya.ade gak yang boleh bawa khurafat.moga2 dijauhkan..