Mar 6, 2009

Bukit Putus


Beberapa hari yang lalu laluan Bukit Putus telah ditutup kerana kejadian tanah runtuh. Kalau dari Seremban inilah laluan rentas paling pendek ke Kuantan atau ke Mersing. Seingat saya laluan ini jarang ditutup kerana tanah runtuh, kalau adapun kerana kemalangan jalanraya.

Laluan Bukit Putus tidaklah terlalu panjang, hanya lapan kilometer sahaja. Empat kilometer ke puncak dan empat kilometer lagi ke kaki bukit. Puncak bukit itu menjadi sempadan antara dua daerah, Seremban dan Kuala Pilah. Laluan berliku dan berbukit ini kurang disukai oleh ramai pemandu. Selekohnya tajam dan agak sempit. Mungkin ‘mengerikan’ bagi pemandu baru atau yang baru pertama kali melaluinya. Saya telah melaluinya bertahun-tahun lamanya ketika menetap di Kuala Pilah. Laluan yang sebahagiannya telah termasuk dalam catatan perjalanan hidup saya. Kereta yang saya pandu pernah berpusing 360 darjah ketika mengambil selekoh landai berhampiran pokok ‘tulang daing’di selekoh kedua mendaki puncak bukit ini. Syukurlah tiada kereta dan lori yang melintas. Kalau tidak mungkin sudah menjadi berita utama. Sekali lagi ketika pulang dari melihat anak bongsu yang masuk wad di Hospital Seremban, sebuah motorsikal yang dipandu laju tergelincir di garisan putih pembahagi jalan dan hampir menerobos hadapan kereta kami. Berbulan-bulan lamanya saya ‘trauma’ apabila berselisih dengan motorsikal di selekoh.

Apapun di kaki Bukit Putus inilah terletaknya Hutan Lipur Ulu Bendol yang terkenal itu. Hutan Lipur yang menjadi tempat perkelahan kami sekeluarga. Jika ada kesempatan dihujung-hujung minggu, kami akan membawa bekalan makanan, menghamparkan tikar dan berehat-rehat di tepi sungai yang jerneh airnya itu. Memerhatikan anak-anak kami yang masih kecil ketika itu meniti batu-batu dan bermain air yang dingin. Setelah mereka ‘terketar-ketar’ kesejukan barulah perkelahan itu tamat.. Nostalgia itu bagaikan baru berlaku semalam. Sudah sepuluh tahun saya tidak ‘menjengok’ hutan lipur ini. Sesekali kami melintasi kawasan ini sudah ada dua tiga bangunan baru dibina dikiri dan dikanannya. Adakah airnya masih dalam seperti dulu, ataupun sudah semakin cetek, entahlah.

Kini Lebuhraya Kuala Pilah-Seremban sedang dibina merentasi bukit-bukau itu. Masa untuk ke Seremban dan ke Kuala Pilah akan menjadi lebih cepat dan pantas. Laluan alternatif ke Pantai Timur ini akan lebih ramai penggunanya. Perjuangan penduduk Kuala Pilah sejak bertahun-tahun lamanya untuk ‘meluruskan’ jalan Bukit Putus telah pun tercapai. Saya percaya selepas lebuhraya ini siap Pekan Kuala Pilah akan berubah wajah dan lebih meriah. Pekan kecil yang bukan sahaja bersejarah tetapi turut melahirkan seorang tokoh politik negara yang disegani, Tun Ghaffar Baba (Allahyarham).

22 comments:

Unknown said...

Bukit Putus yang dengan Panchor tu ya?

CIVIC Power said...

Salam Pok Li,

Pegi la sekali sekala lawat tempat tu balik.. mana la thu da ada air terjun buatan pulak..

P/s: Seronok dapat berjumpa dengan The Famous Pok Li di KL haritu..

RY said...

pokli dtg kl?

bukit putus? tpt lg mengerikan bila lalu bl mlm dan hujan, bertembung dgn bas...tapi tu la yg kami kenna 1st time lalu dulu. tajam gila corner. tapi bukan seam zaman bukit bauk kt dungun tu ha..

haih

Anonymous said...

slm...
den pon da lamo x lalu bkt putus ni
ok ko jalan ehh skang

Anonymous said...

Nak senang kena susuah sikit. Insyaallah lps ni org Pilah nak blk kg tak pyh singgah Sban...

p/s : Skrg org NS sebok nak sambut pertabalan YDPB

Abu Aiman said...

Salam Pok Li,

Pertama kali lalu jalan ni tak silap masa pergi BTN di Ulu Sepri beberapa tahun lalu. Memang 'gayat'.

Anonymous said...

Assalammualaikum dan salam ceria Pok Li,

Sojak firadila duduk Tampin setahun yang lalu, dah lamo botul tak lalu kat Bukit Putus...lobih kurang 36 selekoh...

Senyum dan ceria selalu..

melayuangkat said...

Assalamualaikum Pok Li,

Mak Cik pun ada kenangan silam tersendiri dengan Bukit Putus dan Kuala Pilah ini.

Mak Cik pernah bersekolah di SRK Kuala Pilah A dulu dulu. Entah ada lagi sekolah itu ke entah tidak. Banyak jasa sekolah itu pada Mak Cik, di situlah Mak Cik kenal A B C.

Hutan Lipur tu memang masih cantik dan terjaga. Dua bulan lepas Mak Cik menjenggok sekejap, ramai pelawat asing pun ada. Diharap mereka akan memelihara Hutan Lipur ini dengan baik.

Terlalu banyak yang telah berubah di sekeliling kita, menginsafkan kita betapa masa kita telah banyak berlalu, esok lusa hanya Allah swt yang tahu.

fahana_ann said...

tiap tempat ada sejarahnya trsndirinya.tak perasan plak Bukit Putus...

Pok Li said...

Saudara Anuar
Yah betul. Jalan utama ke K.Pilah

Civic Power
Insya Allah. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermain ;).

p/s seoronok juga jumpa Civic yang power, tapi tak sempat bergambar pulak :). Lain kali kot.

Razor
Pelbagai cerita Bukit Putus ni termasuk dalam sejarah NS 'peperangan Bukit Putus', cerita seram dan juga cerita ngeri.

keghorl
Salam kenal. Ontahlah ese pun dah lamo tak lalu :).

Ikan Emas
Tahniahlah orang Pilah. Bila siap agaknya lebuhraya tu.

AzD
Bagi yang tak 'berani' memandu di Bukit Putus boleh ikut alternatif lain ke Kuala Pilah iaitu Seremban-Rembau-Tampin- Kuala Pilah. Tapi dah selalu lalu, seronok pulak.

Firadila
Hebatnya. Saya pun tak kira berapa selekoh tu he he.

Melayu Angkat
SK Pilah A tu masih ada lagi berhampiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

Samalah kita yang punyai banyak kenangan di Daerah Diraja ini.

Fahana_ann
Pergi le ke Kuala Pilah. Nikmatilah keseronokan mendaki Bukit Putus.

Tirana said...

Pok Li..

Dengar namanya pun dah seram..Bukit Putus..Jika kemalangan berlaku, tentu dahsyat disebabkan keadaan jalan yang berliku-liku.

mem-Besar said...

salam!! kampung den sebelum sampai pilah .. den duk seromban. tapi dah lamo den tak balik. bukit putus tu tompek den lalu lalang dari dulu. dulu dari soromban nak sampai pilah dlm 40 mins, lopeh ni 20mins bleh sampai lah agaknyo.

tapi lagi terok bukit tanggo .. kona baring lagi tajam dari bukit putus. tanyo orang jolobu kalo tak cayo. bagi orang yg tak biaso lalu kek bukit putus or bukit tanggo .. mmg muntah belilah!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

selalu pening pale bila lalu jalan nk g n9...

kg opah den kek kola pilah gak ha..

Mohamad Rasidi Bin Ahmad said...

saya pun pernah belajar di pusat matrik kuala pilah tahun 1994 dulu. sekarang saya bekerja di Kolej komuniti rompin. sebenarnya jalan paling cepat nak ke kl untuk kawasan cheras, kajang adalah melalui jelebu , lenggeng dan branang

Mohamad Rasidi Bin Ahmad said...

saya pun pernah belajar di pusat matrik kuala pilah tahun 1994 dulu. sekarang saya bekerja di Kolej komuniti rompin. sebenarnya jalan paling cepat nak ke kl untuk kawasan cheras, kajang adalah melalui jelebu , lenggeng dan branang

Pok Li said...

Tirana
Saya tak jelas asal-usul nama Bukit Putus ini. Ada yang mengatakan perkelahian antara dua ekor harimau jadian. Entahlah.

mem-Besar
Dua bukit yang terkenal diNS, Bukit Putus, Bukit Tanggo :). Terima kasih kerana singgah. Singgah lah laie.

Gadis Kampung Separa Bandar
Bawak boka minyak cap kapak :)

Abg Sidi
Saya dulu pernah tinggal di Taman Perumahan tu. Bukit Intan. Air selalu tak ada. Pelajar Matrik ada yang tumpang mandi kat surau tu. Terima kasih singgah.

akuduniaku said...

salam to Pok Li

gugugu =)

Toko Buku Fatimah az-Zahra said...

Salam. Alahai... baru terjumpa blog Pok Li ni. Selamat berkenalan. Ese ni orang TK (Bt Kikir). SEkarang duduk kek Puncak Alam. Kalau balik kg, mmg inilah jalan yang kena ikut.
Air sungai Ulu Bendul tu, sekarang dah dibuat tempat mandi bersimen. Sungai tu dialihkan ke tepi, didalamkan dasarnya dan disimen. Ada 3-4 kotak, ada untuk budak kocik, budak sederhana dan orang dewasa punya dalam sampai ke leher. Sekali-sekalo singgah ke situ, budak2 sibuk nak mandi.
OK Pok Li. Jumpo lai.

Pok Li said...

Ummu Najah
Terima kasih komen. Selamat maju jaya Hutan Lipur Ulu Bendul :)

Waghieh said...

Salam

Syukran, ni kigho kemajuan yg ditunggu dlm N9.. bahayo bona selekoh tu, risau yo ese..

BTW, jomput waghieh sumo datang ke forum ese, khas utk org N9, hehe..org len pon buleh yo,janjo org msia

Anonymous said...

Salam Pok Li, ESe baru jumpo blog ni, soronok pulak baco cerito Bukit Putuih tu, sebab ese ponah naik basika samo kawan-kawan dari Pilah ko Seremban pado 1960 dulu. Maso tu, jalan naik dan turun tu longgang jo, kito pocut dan kona baring la.
Semuga ramai melawat blog ni.

tokparoi said...

tahun 1968, saya dengan arwah ayah saya naik vespa dari Kuala Pilah ke Seremban nk lawat arwah abang yang terlantar di hospital seremban. Masa tu jalan Bukit Putus memang sempit dan mcm ular kena palu. Banyak lori balak lalu. Masa arwah ayah memotong lori balak, saya tutup mata sebab takut. umur pun baru 9 tahun masa tu. Masa balik petang tu waktu magrib, vespa ayah saya tergelincir di suatu corner berhampiran masjid Paroi. Saya terhumban ke tengah jalan dan bergulung-gulung. Bila bangun semula, pergelangan tangan kanan sangat sakit dan peha-lutut terkoyak. Ayah hantar ke Hospital dan rupa2nya tangan saya patah... moga Allah cucuri rahmat ke atas ruh Ayah dan abang saya..