Mar 24, 2009

Guru


Keputusan SPM telah diumumkan beberapa minggu yang lalu. Ramai yang telah menitiskan air mata kerana kejayaan. Nik Nur Madihah pelajar miskin yang meraih 20 A bukan sahaja membawa cerita yang mengharukan tetapi juga membawa cerita gembira apabila ditawarkan dengan pelbagai peluang dan keistimewaan termasuk belajar dalam dan luar negara. Seorang anak nelayan yang bukan sahaja mampu merubah nasibnya, insya Allah pasti mampu mengubah juga kehidupan keluarganya..

Keesokannya terpampang di muka hadapan dipenuhi dengan cerita Nik Nur Madihah. Jika ada cerita guru Madiha yang mendokong dari belakang hanya tersiar dimuka empat. Guru itu yang mempunyai keistimewaan mengenal pasti murid-murid yang cemerlang dan terus dibimbing untuk terus cemerlang. Sudah ada anak muridnya yang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat pengajian doktor Falsafah. Guru itu yang telah berkorban untuk membantu dan mengadakan kutipan untuk membantu Madihah berjumlah RM200.00 sebulan. Begitulah usaha guru tersebut yang tidak dihebahkan beritanya sebesar cerita kejayaan pelajar.

Ketika saya hadir di Mesyuarat Permuafakatan Ibubapa dua hari lepas, teruja saya apabila pengetuanya bercerita mengenai pencapaian cemerlang sekolahnya yang menduduki nombor 'wahid' seluruh Terengganu. Apa pun perasaan saya tersentuh apabila pengetua ini turut terkilan kerana ketika kegembiraan mereka mendapat keputusan terbaik mereka lebih asyik bersms dan menelefon kesana-sini daripada mencari guru-guru yang sebelum ini bertungkus lumus mengajar mereka. Guru-guru yang tidak inginkan sebarang pulangan kecuali ucapan terima kasih. Ceritanya masih bersambung, katanya ada juga seorang pelajar yang dilarang mengambil keputusan kerana berambut panjang. Mungkin itu peraturan sekolah tersebut. Kali kedua dia datang lagi, pengetua tetap dengan peraturannya, datang dengan berambut pendek dan keputusan akan diberi.. Malangnya pelajar ini datang lagi untuk kali ketiga dan masih lagi berambut panjang. Pelajar cemerlang yang mendapat 10 A ini cerdik tetapi tidak bijak. Nasihat dan teguran pengetua itu tidak lagi di pedulikan. Sudah tentulah tidak mengherankan jika pelajar yang tidak secerdik pelajar tadi bukan sahaja bersikap kurang ajar tetapi juga sanggup membelasah atau membakar kereta gurunya sendiri.

Saya ingin berkongsi sebuah cerita bagaimana seorang guru yang pernah mengajar di sekolah Cina telah memohon mengajar di sekolah kebangsaan. Cukup setahun mengajar di sekolah kebangsaan dia memohon kembali mengajar di sekolah Cina. Ramai rakan-rakan guru yang bertanya kepadanya kenapa pula selepas bersusah payah memohon untuk mengajar di sekolah kebangsaan, tiba-tiba ingin kembali bertukar ke sekolah Cina. Katanya, di sekolah Cina apabila pelajarnya diambil tindakan tatatertib, pelajar itu akan dipanggil bersama ibubapa mereka. Dibilik pengetua turut hadir dua orang guru yang tegap badannya. Tujuannya, jika pengetua memberi tahu salah laku pelajar dan tindakan displin yang dikenakan, ditakuti bapa pelajar yang marah ini akan membelasah pelajar tadi, dan guru-guru tersebut bertindak melindungi murid tersebut. Tetapi di sekolah kebangsaan keadaan sebaliknya berlaku, dua orang guru yang tegap-tegap juga dipanggil bukan kerana ingin melindungi murid tetapi ditakuti ketika pengetua memberitahu salah laku dan tindakan displin kepada pelajar, pengetua pula yang mungkin dibelasah.

14 comments:

Anonymous said...

Guru... kerjaya yang sungguh mulia.

P/s Pok Li sudah baca komen sya tentang tajuk bukit putus?

Pok Li said...

Ya, tanpa guru siapalah kita. Saya dah baca dan saya dah jawab balik. Lewat sikit jawab :)

Brahim Nyior said...

Pokli, makaseh beri sedikit 'kredit' kepada golongan guru.

Bukan semua budak SPM begitu, tapi kecenderungan untuk tidak berterima kasih kepada pendidik sudah seakan klise, ..

Betul kata Pokli, macam budak rambut panjang yang degil itu, pasti seorang cerdik dari segi akademik, tapi jahil dari segi adab sopan..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

guru umpama lilin yg membakar diri

murid umpama api yang membakar lilin...

terima kasih cikgu...

nohas said...

Uniknya guru seperti juga doktor, pangkal nama dipanggil mengikut profesion..Kadang2 sampai pencen & mati pun dipanggil cikgu..begitulah penghormatan masyarakat

HABIHA69 said...

Salam Pok Li ittew..hurm...itulah lumrah bagi seorang Guru kan..kan..ada masa dapat sanjungan ada masa dapat lar "kutukan"..baca N3 ini teringat kembali Cikgu yang mengajar dan mendidik saya sehingga jadi manusia....rindunya kat cikgu ittew...

ikan emas said...

PokLi,
guru tu mesti kena mengajar kat sekolah aje ke ?

CIVIC Power said...

Habis madu sepah dibuang

Anonymous said...

bagusnya pok li
akhirnya ada juga yang membangkitkan isu 'lapuk' ini...huhuhu..

Unknown said...

Dulu kena rotan takda hal pun...sekarang ni kalau guru rotan memang kecoh...tapi apa pun kita harus menghargai jasa guru yang berdedikasi...kerana tanpa mereka siapalah kita.

fahana_ann said...

cabaran guru hari ni makin hebat..teringat laporan peratusan guru yang mungkin menghadapi tekana perasaan/sakit jiwa akibat beban kerja dan pelbagai lagi cabarannya...memang sungguh berbeza dari dulu..dan nilai seorang guru tu perlu dilihat oleh semua..

RY said...

beza dengan melayu. mak bapak tak nak dtg kalau panggil. kalau jentik anak baru nak datang. dengan badan tegap. boleh pukul cikgu sekali.

huhu

Pok Li said...

Saudara Izuddin
Teringat sekolah dahulu. Sekoalh sekarang

Gadis kampung separa bandar
Begitulah

orangbukit
Profesi yang terus mulia walaupun berlaku sudah perubahan zaman

habiha69
Lama tak dengar cerita ustaz. saya pun masih ingat satu dua guru yang meninggalkan kenangan mendalam. Mencongkam itewwww. :)

Ikan Emas
Guru tu istilah aje. Kita pun guru yang tidak formal.

Civic Power
Dunia begitulah.

qdectative.
Isu lapuk yang sentiasa berputar :)

Saudara Razali
Betul. Kita mungkin tidak akan kenal huruf dan angka tanpa guru

fahana-ann
Beban berat yang terpaksa ditanggung, guru, ibubapa, pemimpin dan negara

Razor
Orang Melayu mengkritik kuat. menyokong payah. Inilah juga satu lagi klise tentang Melayu.

Umi Nazrah said...

mungkinkah mentaliti ibu bapa yang begitu taksub sayangkan anak mereka hingga kesalahan yg dibuat anak sendiri umpama kuman.