Mar 20, 2009

Kampung Ku Dua Tingkat


Musim cuti telah hampir sampai ke penghujungnya. Ramai daripada keluarga atau anak-anak yang bercuti di kampung akan kembali semula ke kediaman atau asrama sekolah masing-masing. Besok kami juga akan menghantar semula anak bongsu, Afif pulang ke sekolahnya di Kuala Terengganu. Ketika kami tinggal di Kuala Pilah dan di Bukit Beruntung dahulu, kami tidaklah menunggu cuti persekolahan yang panjang untuk pulang ke kampung. Cukuplah dengan cuti hujung minggu. Samada menikmati masakan emak yang masih 'ada' lagi ketika itu ataupun hanya menjengok kakak-kakak yang masih lagi tinggal di kampung selepas ketiadaan emak dan abah. Tambahan pula kami hanya empat adik beradik yang masih hidup, saya anak bongsu dan lelaki tunggal dalam keluarga. Tiga orang abang dan seorang kakak saya telah meninggal dunia dalam kepayahan musim Jepun yang penuh penderitaan. Makan nasi ubi, lauk ubi, kuih ubi dalam tahun-tahun yang juga digelar sebagai 'zaman ubi kayu'. Kerana itu wujud juga perasaan cemburu melihat rakan-rakan lain yang memiliki abang. Nampaknya saya tidaklah 'bertuah' seperti Afif yang ada abang dan kakak.

Sewaktu anak-anak saya kecil dahulu saya sering menguji kefahaman mereka tentang sesuatu perkara dengan menulis karangan. Oleh kerana mereka sering dibawa balik ke kampung saya telah meminta mereka menulis karangan yang bertajuk "Kampung ku". Dalam ramai-ramai anak saya itu ada juga yang menulis ‘ Bapa saya selalu membawa kami balik kampung. Jarak kampung saya lebih kurang 60 km. Kampung saya sangat cantik. Kampung saya dua tingkat. Kami selalu tidur beramai-ramai di tingkat bawah………....

Alamak....., rupanya anak saya yang ketika itu sudah pun di darjah empat masih tidak lagi memahami apa maksud 'kampung'. Kampung yang dia faham ialah rumah ‘datuk dan nenek’nya. Bukannya sebuah kampung tradisional yang mempunyai nilai-nilai kejiranan, hubungan silatur rahim antara keluarga yang berangkai-rangkai jurai keturunannya. Alahai anak ku.....

18 comments:

Tirana said...

Hehehe...salah faham di antara "kampung" dan "rumah kampung"

MIJI said...

Salam sukses Pokli,
cerita yg menarik,biasalah tu budak2,:)
Oh ya,sudi2lah ke blog saya dan download e-book pertama saya "50 KATA-KATA HIKMAH" yer :)

http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam Pok Li,

Bila tengok gambar rumah kampung yang berasaskan kayu mempunyai tiang rumah yang tinggi, teringat masa kecik-kecik dulu selalu main rebut tiang. Selalunya, sementara menunggu hujan reda, suka sangat berkumpul bawah kolong sambil tu main rebut tiang. Rumah seperti ini juga, tidak memerlukan kipas apatah lagi econ, sebab pengaliran angin memang selesa.

nohas said...

Pok Li pernah tinggal di Bukit Beruntung? Dulu selalu pergi ke sana, banyak kes lelong, sangat tak beruntung..

akuduniaku said...

salam

seronok ader kampung....


salam kembali

zino said...

kalau macam tu kampong zino 3 tingkat hehe

zino said...

kalau macam tu kampong zino 3 tingkat hehe

Anonymous said...

Salam Pok Li

Kabare?

Lama tak menjengah ke sini. Nak membaca pun dah tak larat. Kurang sangat membaca sejak dh kerja ni.

Teruskan menulis ^__^

fahana_ann said...

hehehehe..pendekatan baik ni ..boleh ikut le nanti..hehe
(rindu kat kampung)kalau saya pun saya akn tulis pasal rumah kampung..hikhik..

Pok Li said...

Tirana
Anak itu semakin besar dah semakin cerdik. Alhamdullilah.

Miji
Selalu singgah. Tapi jarang komen :)

zara
Terima kasih singgah. Kampung memang seronok, tapi sekarang dah banyak yang berubah, sungainya dah semakin sempit, keramahan dah semakin kurang mungkin dah moden kot.

orangbukit
Saya beli rumah di Bukit Beruntung. Ada kawasan yang beruntung ada yang tidak :)

aiman
Tapi ramai yang pilih duduk di bandar

Zino
Tingginya rumah

Jawaher
Kabare... waras. Begitu juga saya. Saya pun dah jarang menulis dan jarang juga komen blog kawan-kawan di maya. Mula sibuk

fahana_ann
Pendekatan untuk mengenali anak kita. Pemikiranya, cara dia berhujah dan meluahkan perasaan. Semoga sukses.

Pok Li said...

Tirana
Anak itu semakin besar dah semakin cerdik. Alhamdullilah.

Miji
Selalu singgah. Tapi jarang komen :)

zara
Terima kasih singgah. Kampung memang seronok, tapi sekarang dah banyak yang berubah, sungainya dah semakin sempit, keramahan dah semakin kurang mungkin dah moden kot.

orangbukit
Saya beli rumah di Bukit Beruntung. Ada kawasan yang beruntung ada yang tidak :)

aiman
Tapi ramai yang pilih duduk di bandar

Zino
Tingginya rumah

Jawaher
Kabare... waras. Begitu juga saya. Saya pun dah jarang menulis dan jarang juga komen blog kawan-kawan di maya. Mula sibuk

fahana_ann
Pendekatan untuk mengenali anak kita. Pemikiranya, cara dia berhujah dan meluahkan perasaan. Semoga sukses.

Anonymous said...

yg penting dia seronok balik kampong tewww.. kannns

Anonymous said...

orang dulu memang kaya.....budi bahasanya...

Pok Li said...

en_me
Begitulahlah....

qdetactive
Sekarang pun tapi sedikit kureng

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

saya suka kampung

sebab

saya adalah gadis kampung separa bandar

;)

Pok Li said...

Gadis kampung separa bandar
Saya duduk di bandar tapi masih 'orang kampung' :)

Don Balon said...

Pokli..
biasa aa tu..
konseptual je tu...
contohnya..budak-budak suka panggil taman permainan kanak-kanak tu taman je..
kebun bunga tak plak deme panggey taman..

Pok Li said...

Don Balon
Sekali bergimik apa salahnya :)