Mar 15, 2009

Kejutan


Minggu lepas saya telah mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri tersayang. Sebelum ini jarang-jarang saya peduli tentang sambutan hari kelahiran itu. Sewajarnya selepas lama merentasi alam perkahwinan, sekali-kali perlu juga membuat kejutan untuk mengeratkan tali perkahwinan yang sudah memasuki tahun ke 24. Tahun hadapan ialah sambutan Jubli Perak. Mungkinkah ada sambutan yang hebat-hebat,…… masih lagi dalam pertimbangan :). Apa pun tempoh yang begitu lama amat mengujakan kami untuk terus mengharungi bahtera rumah tangga sebagai sepasang suami isteri yang kekal aman dan bahagia. Perkahwinan yang telah dilalui dalam pelbagai ragamnya. Ada ketikanya panas, ada ketikanya dingin, bergelombang dan tenang. Semoga doa kedua ibu-bapa kami, saudara-mara dan rakan taulan pada hari perkahwinan kami dahulu telah dimakbulkan Allah. Semoga tiada ujian berat yang datang selepas ini, maklum sahajalah kita tidak mampu menjangka apa yang akan berlaku ‘waimma’ seminit kehadapan.

Bersempena sambutan hari lahir isteri, kami telah juga menghabiskan masa di hujung minggu lepas dengan meronda-ronda dan singgah dibeberapa buah ‘Rumah Batik’ di Kuala Terengganu. Akhirnya ‘berkenan’ juga untuk membeli kain sutera Terengganu yang terkenal halus buatannya itu. Hadiah hari lahir yang ke 49 tahun. Kejutan kali kedua dari suami yang jarang-jarang membelikan hadiah itewww. :0

Tentulah kejutan demi kejutan itu berlaku sepanjang hidup kita. Pelbagai bentuk dan pelbagai ragamnya. Cuti sekolah sudah bermula sekarang, 41 tahun dahulu ketika musim begini saya menerima kejutan pertama dalam hidup. Ketika usia saya mencecah lapan tahun sepupu lelaki sebelah keluarga emak mati lemas di Sungai Kundur. Jarak umur kami hanya tiga tahun. Musim-musim cuti sekolah seperti ini adalah masa-masa yang paling dinanti-nantikan kerana arwah Aman akan pulang sehari dua ke ‘kampung’. Oleh kerana tiada sepupu lelaki lain di sebelah keluarga emak, maka ikatan kami begitu rapat sekali. Pada masa-masa lain kami akan ‘bercuti’ pula ke Kg Kundur bertemunya yang kebetulan tinggal bersama Atok dan Nenek. Bertahun-tahun selepas itu saya rasa kehilangan ‘dia’ terutamanya bila datangnya cuti sekolah seperti sekarang. Walau pun masih ramai lagi sepupu lelaki saya sebelah keluarga abah, saya masih tidak lupa kepada wajahnya yang ceria, setiap kali dia ‘pulang’ kami akan bermain ‘kojar kojir’, memanjat pokok ‘beweh’, atau sama bermain-main dengan sepupu perempuan ‘lai li tamplong’, ‘enjit-enjit semut’, laga biji getah, bermain kapal terbang kertas………..

Namun begitu saya masih tetap terkejut, ketika di tempat kerja teringat nak makan lauk itu nak makan lauk ini, bila balik makan tengahari lauk itu sudah terhidang pun di atas meja. Mungkin juga kerana sudah lama 'serumah' gelombang pemikiran saya dan isteri dah jadi satu……. :)



Nota :

Kojar-Kojir - Berkejar-kejaran

Beweh - Jambu Batu

16 comments:

theblabber said...

semoga berkekalan kasih itewwww ke akhir ayat. haha. macam kelakar bila pokli guna perkataan "itewww" tu. :)

anyway,hv a nice weekend

Tirana said...

Semoga kasih sayang berkekalan sehingga ke akhir hayat...

nohas said...

Semoga kasih sayang sentiasa segar dlm melayari bahtera perkahwinan..raikan cinta..

Bonekahati said...

wah...! tak sangka romantik juga pokli yer.. semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Unknown said...

Tahniah Pokli,

Baru-baru ini akhbar sibuk menulis tentang perkahwinan seorang ahli sukan kita yang kekal hanya beberapa hari sahaja. Mungkin dunia serba sibuk dan segera hari ini mengundang pelbagai tekanan sehingga sifat sabar dan bertolak-ansur sukar diamalkan.

Semoga kasih berkekalan!

Nani said...

Kejutan yang romantik!

Alhamdulillah, bertambah lagi setahun dalam hidup.

Salam Harijadi untuk 'Mok Li'... ehehe.

**Pok Li = Lelaki jadi Mok Li = Perempuan a.k.a isteri Pok Li :)

Pok Li said...

Mieze
Tak pandai sangat berlucu.

Tirana
Mudah-mudahan.

orangbukit
Terima kasih

Kittun
Kadang-kadang sahaja ;)

Saudara Razali
Ramai yang berkahwin dan bercerai. Ada yang hanya 12 hari kemudian jadi isu di media. Tak tahulah dunia sekarang. Macam-macam

Pok Li said...

Nani
Bukan Mok Li, Mok Na :)

en_me said...

perghhh.. romantiknyerrr ittewwww

akuduniaku said...

salam n send my hepi besday wish to Mok Na..

hurm...

Tahniah.

theblabber said...

pokli,
saya masih menulis di blog yg lama.cuma ingin berehat sebentar :)

Prasert Chaipradit said...

Semoga kasih sayang abadi sehingga ke akhir hayat.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah..

saya doakan semoga perhubungan perkahwinan yg dibina berdasarkan keikhlasan dan kasih sayang kekal sehingga ke akhir hayat....

insyaallah...

**mengimpikan perkahwinan yg bahagia sampai akhir hayat juga,,,

;)

Don Balon said...

best aa pokli..
koi ulangtahun kawin mudoh amat ingat.. samada 5 syawal atau 31/12.. :)
tapi tok pernoh sambut pun.. hehe

Anonymous said...

sampaikan salam ulang tahun Q pada Mok Na..

Pok Li said...

en_me
Gitewww lerrr.

Aiman
Terima kasih. Dah sampai dah

Mieze
Berehatlah. Mungkin ada idea yang segar nantinya

Mongkut
Amin.

Gadis Separa Bandar
Insya Allah berdoalah selalu :)

Don Balon
Tahun lepas saya sambut di Pantai Batu Burok sahaja. Berkhemah dan sambil membawa bekal. Dah duduk berdua ni, macam belangkas lah pulak......

qdetactive
Sudah sampai. Terima kasih banyok.