Mar 10, 2009

Khutbah dan Buah Mangga


“Assalamualaikum……..”
“Assalamualaikum……..”
“Assalamualaikum........”
Laungan itu makin kuat
"Alaikumussalam". Saya menjengolkan muka di depan pintu yang baru terbuka.
"Nak apa"
"Nak pelam pok"
"Ambil le.."


Saya terus menutup pintu. Berdebab-debab bunyinya buah mangga jatuh ke bumi bertingkah dengan bunyi sorakan budak-budak berusia 7 hinga 12 tahun itu. Saya tak peduli sangat tentang buah mangga itu. Pokok itu pun bukan pokok mangga saya. Saya menyewa rumah ini pun dari seorang guru. Ada lima batang pokok mangga yang sentiasa berbunga dan berbuah pada musimnya. ‘Puas’ sudah kami sekeluarga menikmati buah mangga ini. Ada yang jatuh sendiri, ada juga yang saya kait dan agihkan kepada jiran-jiran keliling. Atau pun menungu makcik yang saya fikir sudah berusia 70 tahun tapi masih kuat menunggang basikal, bekerja di kilang keropok lekor di ujung kampung Rhu Muda itu. Dia sering berhenti bila melihat pokok mangga yang lebat buahnya ini. Masih kuat juga ‘nenek’ ini makan asam.

Apa kaitan dengan kumpulan budak itu. Tiga tahun dahulu budak-budak ini senyap-senyap sahaja mengait buah mangga ini. Menunggang basikal sambil seorang lagi berdiri mencapai buah mangga yang terjulai dibawah dahan. Ataupun terhendap-hendap dan kemudian melonjak pantas sebelum merentap dua tiga biji mangga muda. Sesekali anak saya menyorak dari dalam rumah, hilang sekejap, datang lagi, sorak.. hilang… datang lagi… sorak…... Akhirnya saya hilang sabar. Saya telah pergi ke kelompok budak-budak itu lebih kurang tujuh lapan orang. Ada dua tiga orang yang lari bertempiaran dan memecut serta hilang di hujung selekoh. Yang tinggal kelihatan ragu-ragu dengan kedatangan saya.

"Bukan saya pok"
"Bukan saya pok"
"Budok yang lari tuh.."

Saya tidak kisah alasan itu. Selepas memberi salam, sekurang-kurangnya mereka bersangka baik. Saya akhirnya berkhutbah pendek. Mengenai dosa dan pahala,

“Susoh ke mung nok minta izin..Dok tahu ke mencuri tu dosa. Dosa tu sokmo-sokmo masuk neraka. Tau dok makang haram tu masuk neraka. Kalau mung nok.... minta . Jangan dok minta. jangan mudoh-mudoh jadi pencuri..........bla..bla..bla

Nampaknya petang itu saya menjadi ustaz yang baru nak start. Singkat sahaja khutbah saya . Selepas bersalam-salam dan menepuk-nepuk bahu budak yang masih 'hijau' ini saya kembali kerumah. Kerana saya tahu kalau budak-budak ini dimarah dan dimaki atau enggan memberi, mereka tetap akan mencuri. Alhamdulillah , syukur selepas itu …….pasti ada salam setiap kali mangga itu berbuah.
p/s betul ke cakap Terengganu saya tu :)

14 comments:

zino said...

kutbah pendek yg padat...tapi mangga tu sungguh menggiurkan hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

dh lama tak makan mangga..

terliur di buatnya...

majalah mangga ada la kowt tengok hehe...

akuduniaku said...
This comment has been removed by the author.
Tirana said...

Pok Li,

Sedap bunyi Pok Li cakap loghat terengganu..hehehe..

Kadang-kadang budak2 ni lagi senang dinasihati dari orang tua. Kalau cakap elok2 dengan mereka, mereka mudah sekali menerima tapi orang tua macam kita ni, cakap elok2, dia kata kita perli dia..hehhe..mamcam-macam.

Abu Aiman said...

Salam Pok Li,
Teringat masa kecik2 dulu abah saya tangkap orang curi mempelam kat rumah. Siap dgn uniform askar sbb nak pegi kerja, kecut perut org tu kena drill dgn abah, hehe.
Malam ni balik Malaysia, boleh MAKAN betul2 for two weeks!

Pak Pelandok said...

Pok Li....

sedekah tu amalan mulia....
berkat dan murah rezeki namanya....

Mangga di Marang memang sedap sokmo....hantar le sikit kat pak pelandok di sini......

BudAk hijAu said...

sedapnyer mangga 2..haih!

Don Balon said...

Pokli..
Mitok, bukang minta pokli.. :)

ok aa tu pokli..
kena prektis aa sokmo..
:)

nohas said...

Pok Li, menegur dgn cara berhikmah sgt berkesan di hati..kanak2 disayangi, org lama dihormati..mangga kalau makang dengang pulut memang sedap..

Prasert Chaipradit said...

Saya masa kecil dulu suka juga curi mangga. apa guna bagi salam dan minta kalau dah tahu tuan dia tak bagi. Curi ajelah. Benda curi, sedaplah Pok Li. Budak-budak mana peduli sangat dengan dosa. Lagi dosa, lagi galak dikerjakannya.

Sekarang, taubat saya tak nak makan benda curi lagi.

Anonymous said...

mangga , mempelam ,plum ,asam tu sama je kan ?..terliur pulak

Pok Li said...

Zino
Panjang-panjang nanti dia orang lupo lak. Terliur sama

Gadis Kampung Separa Bandar
Tak baca majalah mangga. Makan buah aje :)

Aiman
Tegas ke bunyinya. Sesekali :)

Tirana
Cuba sekali-kali. Bunyi ada tapi tetap tak betul jugak :)

AzD
Selamat kembali ke tanah air. Meriah di cuti sekolah ni.

Pak Pelandok
Jauh benar nak hantar. Beli ajelah Pak Pelandok ;).

Budak Hijau
Suka Mango Blended

Don Balon
Hari-hari doh praktis, dok beto jugok he he he.

Orang Bukit
Selalu singgah di Restoren Sri Wangsa Jalan Kuala Berang, KT. Memang sedap mangga + pulut tu.

Mongkut
Zaman budak-budak memang lah kot. Hidup berubah kannn.

Ikan emas
Sama, tapi rasa mungkin ada yang enak, Mungkin ada yang masammmmmm peh..

etomyam said...

mangga kat ganu sebut buah pellang...he he he

Pok Li said...

Tak boleh lagi nak tiru :(