May 19, 2009

Lawak Pembangunan


Kesibukan di bulan Mei ini dengan pelbagai hari sambutan dan kenangan telah menyebabkan saya sering ‘kantoi’ untuk menulis blog yang telah berusia lapan bulan ini. Begitu pun beberapa hari yang lalu saya masih sempat meluangkan masa untuk melihat ‘You Tube’ mengenai Raja Lawak 2, Nabil. Dari minggu pertama sehinggalah dia dijulang sebagai Raja Lawak dengan ‘trade mark’ ‘Lu pikirlah sendiri’. Seorang pelawak yang ‘versatile’ , anak Negeri Sembilan, ‘Mat Despatch’ yang telah bertukar profesyen ke dunia hiburan sebagai artis lawak. Inilah takdir Tuhan yang sukar untuk difahami oleh manusia. Perubahan hidup yang mendadak berlaku dalam sekelip mata. Seperti juga Mawi budak Felda Taib Andak sekoyong-koyong ‘meletup’ apabila memasuki Akademi Fantasia. Begitulah mudahnya Allah menukar jalan kehidupan manusia, hanya dengan berkata ‘Jadilah….’, maka terjadilah ia. Begitu juga beberapa peristiwa lain yang menjadikan kita ‘watak’ yang digeruni, disayangi, dibenci atau mendapat simpati dan perhatian ramai.

Saya memang meminati lawak sejak kecil lagi. Saya lebih mengenali Tan Sri SM Salim sebagai pelawak sebelum dia ‘tersohor’ dibidang nyanyian. Penghujung 60an dan awal 70an saya jarang terlepas mengikuti SM Salim di radio bersama dua orang lagi ‘regunya’, Jamal Mohammad dan Ibrahim Din dalam program yang saya sudah lupa namanya. Lawaknya mudah, tetapi sarat dengan pesanan dan nasihat. Lawak Jenaka telah dijadikan saluran yang santai untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat ketika itu. Ia lebih banyak berkisar kepada kepentingan pelajaran, perpaduan kaum, kempen kebersihan, berkhidmat dalam pasukan tentera dan polis, semangat kenegaraan, dan topik-topik semasa yang penting untuk diketahui umum seperti wabak H1N1 yang berlaku kini.

Mungkin suasana yang saya ceritakan itu hanya difahami oleh generasi saya. Lawak hari ini kebanyakkannya hanya wujud untuk membuat orang tertawa tanpa isi, seringkali juga disebut sebagai ‘lawak bodoh’. Banyak unsur-unsur lucah, perkara yang mengarut yang dibawakan samada oleh kumpulan lawak yang sudah popular ataupun kumpulan-kumpulan pelawak yang memasuki pelbagai pertandingan di tv. Tidak banyak lawak yang menyentuh mengenai masalah keselamatan, masalah mat rempit, masalah dadah dan unsur didaktif. Akhirnya lawak kita penuh dengan perkara-perkara kecil yang mengeluarkan ketawa yang besar-besar tetapi satu pun tidak mendatangkan faedah, meminjam kata-kata Nabil …. ‘Lu pikir lah sendiri”.

10 comments:

en_me said...

salam pokli, dulu rtm jerr ader.. sekang macam2 ada kat astro tewww.. ehehe

nohas said...

Paling tak suka tengok pelawak lelaki jadi watak kanak2 (siap hisap botol susu lagik) atau jadi watak perempuan, tapi ada MISAI..tak sesuaiii langsung..hilang mood nak tengok..

akuduniaku said...

salam to Pok Li

lamer ilang eyh...ha3x =)
Aiman cam setuju jer ngn Pok Li..

tp orang skang bukan peduli pun asal bley ketawa....

budak2x zaman skang pon selalu buat semer mender y ta menentu sb na amek pehatian owg tua mereka...

jgn jatuh terduduk da la..gugugulp =)

salam kembali

zara said...

Lawak sekarang terlalu Slapstik dan double meaning. Sengaja memaksa penonton ketawa dengan mengajuk perbuatan artis lain. Selain itu, suka menghina atau mempermainankan bentuk fizikal artis tertentu. Macam senda botak lah... pendek la... gemuk la.. dsbnya.

Saya tetap suka filem hitam putih lakonan P. Ramlee, S. Samsuddin dan Aziz Satar. Memang best lawak mereka.

Pok Li said...

en me
yah macam-macam ada

nohas
Pelawak kita ketandusan idea. Mungkin juga tak faham konsep komedi yang bermutu.

Aiman
Hilang pasal banyak sangat pergi kursus, siang malam, siang malam. Mati den

Zara
P.Ramlee adalah pelawak yang masih relevan sehingga kini dam idea tetap genius.

Don Balon said...

Pokli..
lawak malaysia zaman sekarang ni memang paling unik..
sebab selalu lawok koi tengok terkekek-kekek gelok..
lawok deme ni koi terketor-ketor tahan maroh.. mujur anok koi jaranc bukok..
koi tukor channel selalu............
:)

The Island of NAMOYAKI, said...

Pok & rakan2,
biasa tengok wayang kulit 'asun'
?

cubalah tengok, CD pun ada, kat pasar malam pun ada jual...

ada kelainan yang amat sangat disitu,
yang kita tahu, kalau sebut wayang kulit, maka kita akan ingat, ramayana, srirama dan yg klasik-klasik saja,

tapi, TIDAK dengan 'Asun', wayang kulit 'Asun' ada motosikal dan KLCC...

:)

carilah CD dia

ikan emas said...

lawak jg merupakan cara memberi maklumat, biarlah maklumat yg diberi membina bukan menghina.

Heran kenapa kalau berlawak mesti terjerit-jerit,pakaian berserabut,lucah,dan betul kata nohas .

Zara, lawak dulu-dulu lg dasat tau!

Bila kt lawak kg marah pulak!

...suka dgn Nabil dan S.Apek tp kecewa sikit bila mereka berlakon filem (ntah dh lupa lak tajuknya..alaa yg depa jd mcm beruk tuu

bungacahaya said...

Salm Pok Li. Dah lama nak tanya. Asal N9, kenapa skrg di T'ganu. Jauh bona laghi eh....

Pok Li said...

Don Balon
Lawak Malaysia memang unik. Ada juga lawak buat orang nangis. Macam-macam, lain dibuat lain yang jadi.

zul rahman
terima kasih, saya suka kelainan.

ikan emas
Sukar mencari pelawak yang hebat dan intelektual. Nabil ok lah kak.

bungacahaya
Apo nak buek. Cari makan.... he.he.he.