May 4, 2009

Pernikahan

Sabtu lepas saya telah meninggalkan sekali lagi ‘mahligai’ kami di Marang menghala beratus kilometer ke utara Terengganu. Lebih tepat lagi ke Kampung Raja, Besut. Menghadiri upacara pernikahan anak lelaki sepupu saya. Usianya sudah 31 tahun baru bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Mungkin tugasnya sebagai malim kapal menjarakkan hubungannya dengan wanita. Sebulan dua di darat, turun lagi belayar. Mungkin ceritanya tidak sehebat Sinbad, tetapi laut sudah menjadi dunianya.

Jodohnya sudah lama ada, tapi disimpan dengan begitu rapi. Tiada siapa mencium ‘rahsia’ dia bercinta dengan rakan adik perempuannya. Patutlah setiap kali wanita yang di ‘padankan’ ditolaknya dengan pelbagai alasan. Baru bulan Mac lalu dia meminta ayahnya merisik. Sabtu lalu bermulalah perjalanannya menjadi seorang ‘suami’, paginya majlis bertunang, petangnya terus sahaja melangsungkan upacara akad nikah. Semuanya berlaku dengan pantas.. Pernikahan saya dulu tidak sepantas ini. Bertunang sepuluh bulan baru bernikah. Malah ada juga pasangan yang bertunang sehingga tiga tahun baru berkahwin. Sesetengah pasangan terpaksa ‘nikah gantung’ dahulu semata-mata tidak mahu tunangan atau pilihan hati terlepas ke tangan orang lain. Hari ini istilah itu sudah lama tidak didengar. Masih ada ke lagi nikah gantung tu ?.

17 comments:

nohas said...

Betul tu Pok Li, dah lama tak dgr nikah gantung ni..gantung tak bertali byk pula sekarang ni..

Unknown said...

Belum lagi menjadi isu akhbar. Tapi rasanya pak menteri agama baru ini bukannya suka mencari isu.

Pok Li said...

Nohas
Betul tu. Kesiaann pulak.

Anuar Manshor
Biar kurang isu. Rasa kelam kabut aje.

ikan emas said...

Terkejut ..ingatkan PokLi bernikah lagi..Nikah gantung? ..sy dah rasa..talinya tetap kukuh ..hehehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sm pendapat dgn nohas, gantung tak bertali byk la sekarang ni..

nikah gantung jarang dh dengar...

aiseyh mcm la sy ni dh kawen ckp bab-bab ni hehehe...

sy tag pok li,sila ke mahligai cik gadis kampung separa bandar yerk
;P

zino said...

selamat pengantin baru utk kedua mempelai...

en_me said...

31 tahun baru kahwin, kira dh matang banget tewwww.. tahniah anyway dr me dikejauhannnns

fahana_ann said...

nikah gantung tak same dgn gantung tak bertali ek..huhu..
moga bahagia dan dirahmati hubunganNYA..

zara said...

Assalamualaikum Pok Li,

Nikah gantung ni berlaku pada era dolu-dolu. Skrg ni, bertunang si lelakinya pun hadir sama sarungkan cincin. Masakan nak dinikah gantung kalau dah macam tu?

Tirana said...

Masa saya kecik2 dulu..tak faham apa itu nikah gantung..Saya ingatkan pasangan yang menikah itu kena gantung..hehehe.. Jarang dah kot orang sekarang menikah gantung...dulu2 rasanya famous nikah gantung ni..

akuduniaku said...

salam to Pok Li

adusss semburunya....

Don Balon said...

Pokli..
alhamdulillah..
syaitan menangis lagi.. :)

Kg Raja? Rodonc koi ramei situ pokli..
anok saper dier ni?
(pokli jawab: kg raja tu luas daa...kuikui)

peminatjutawan said...

trend sekarang memang byk kes gantung tak bertali...tahniah moga bertambah ramai umat islam..teringat pada seorang ibu di Palestin yang berazam untuk melahirkan seberapa ramai anak agar menjadi pejuang-pejuang Allah..insyallah

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

pandainya anak buah u simpan rahsia. kita org penerangan ni mulut tempayan... asyik nak menerang aje

Pok Li said...

Ikan Emas
Cukuplah satu.

Gadis separa bandar
Nanti saya jawab. La ni pun curi-curi jengok. He he he

Zino
Terima kasih bagi pihak mempelai

enme
kahwin muda lagi bagus itewww

fahana ann
Ada yang sewel. Kesiaan.

Zara
Zaman dah berubah

Tirana
Betul. Buat apa digantung-gantung. He he he

Don Balon
Kg Raja, anak JD JKR Besut.

aiman
Kawin le

peminat jutawan
luhurnya cita-cita untuk menambah zuriat. Zuriat yang berjuang membawa kedamaian kepada dunia.

Pok Li said...

Otai
Komen tuan saya simpan. Ada budak yang simpan ada juga yang mulut tempayan

The Island of NAMOYAKI, said...

Alhamdulillah. Amin Yg penting 'Sah'? 'Sah', 'Sah' 'Sah'.. :)