Jul 17, 2009

Engin Nyior


Tanpa disedari kadang-kadang ’cakap-cakap’ kita menyebabkan orang menyampah. Tapi mungkin tidak disedari sehingga kita menyingkap disebalik cerita sebenar.

Pada satu majlis kenduri kahwin beberapa orang tua begitu rancak berbual. Mungkin juga sudah lama tak berjumpa. Perbualan yang bermula dengan hanya bertanya khabar telah melarut-melarut kepada menceritakan kehebatan dan pencapaian masing-masing. Maklum sahaja selepas bertungkus lumus dan bersusah payah menongkah hidup, sebahagiannya bukan sahaja sudah berjaya dalam hidup tetapi juga turut menyaksikan kejayaan anak-anak mereka dalam pelajaran dan kerjaya.

’Anak den yang sulung tu doktor, anak den nombor dua jadi loyar, anak nombo tigo tu abis yo belajar torus dapek jadi PTD.............’. Anak kau .............?

”Alhamdulillah, tapi tak hebatlah macam kau, sorang tu dah jadi polis, ACP dah sekarang ni .. yang perempuan tu jadi cikgu, kek Sabah. Sorang lagi tu kojo kek jabatan pendaftaran yo, kerani........”. Hebat juga ceritanya.

” Bagus lah tu, anak kau macam mana Haji Lah ”. Tanya bapa doktor tadi.

Dalam muka yang bersahaja, Haji Lah menjawab, “ Anak den sorang yo....... lelaki . Apo nak buek,....rezeki tak ado. Tapi dah jadi engin nyior (engineer) jugak”.

”Baguslah tu.......... . Hampir serentak mereka menjawab dengan ketawa bernada puas hati. Cuma Haji Lah sahaja yang tak ketawa. Kenapa............?

=============================&==========================

Seperti biasa pagi-pagi hari apabila Pasar Besar dibuka, Haji Lah akan tetap sibuk bersama isterinya memilih kelapa, diasingkan mengikut gred. Sementara menunggu pelanggan datang dia turut juga menyusun segala rempah ratus dan barangan dapur di kedai ’kotak’nya itu. Baginya itu satu cara untuk menarik pelanggan, selain membeli kelapa parut dan santan boleh juga membeli sama kelengkapan dapur.

Cuma hari itu dia merungut-rungut kepada isterinya, kerana terpaksa memesin sendirian kelapa yang dipesan pelanggan. Ini kerana ’engin nyior’ (anak lelakinya) tidak datang membantu.

20 comments:

razifembi said...

hahaha ... jadi la tuh ...

tq dtg melawat ...sebar2kan ...

Tirana said...

Hehehe...sekurang-kurangnya ada jugak kerja jadi engin nyior.. Ada tu yang duduk bertapa di pusat serenti.lagi sedih..yang mengganggur pun ada.. Yang penting pada kita ialah sikap..Jika sikap positif, insyaAllah boleh berjaya.

sharamli said...

erm...ssh gak erk kal0 tesalah paham ngn l0ghat dy0rg ni..hu3

Abu Aiman said...

hehe, lawak citer ni. Saya selalu jugak tersalah faham mcm ni, hehe.

Takpe asalkan mahu bekerja mencari rezeki halal..

Jawahir said...

Salam Pok Li,

lama enggak 'ketemu' di sini. ^__^

Apa-apa kerja yg penting berkat.

ikan emas said...

Alhamdulillah,
ada jgk dia anak lelaki, ada yg tak de waris langsung,apa kes?

zara said...

Pok li,
Nak boli engin nyior tu pun maha... dokek sepuloh ghibu hargo nyo...

Syukurlah, ada gak yang menolongnya di pasar. Pada mengupah pekerja yang kadangkala menyakitkan hati membayar gaji percuma.

Brahimnyior said...

Enjin Nyior,.. dekat-dekat bunyinyer dengan Brahim Nyior... Hehehe

Salam Pokli. Moga Sihat. Saya agak sibuk kebelakangan ni.

Blog sendiri pun tak sempat update, apatah lagi nak jenguk blog kengkawan. Ada entry menarik, saya singgahlah..

Entry Pokli ni santai. Release tension...

Don Balon said...

Hehe..
memang lawak selamba la haji lah tu..

en_me said...

me engin nyior gakk.. ehehe

nohas said...

Alhamdulillah, berniaga tu bagus..9/10 drp rezeki..kelapa & santan sekarang mahal ooo..

Pok Li said...

raziembi
terima kasih, akan datang lagi.

Tirana
Kerja sendiri lebih bagus.

sharamli
Cerita ini sebenarnya, seorang Pak Haji yang tak berminat kepada rakan-rakannya yang 'cakap besar' mengenai kerjaya anak-anaknya. Tujuannya menyatakan anaknya bekerja sebagai 'enginyior' adalah sindiran sahaja.

Abu Aiman
Begitulah kehidupan. Ada sedih ada suka , lucu dan macam-macam.

Jawahir
Sibuk ke ?. Terima kasih datang lagi

Ikan mas
Alhamdulillah kerana punya zuriat.

Zara
Berniaga memang seronok kepada yang berbakat.

Brahim Nyior
Saya pun sekarang juga sibuk. Memang jarang jugak melawat blog rakan-rakan. Kita serupa. He He He

Don Balon
Sindiran Pak Haji yang orang tak perasan.

enme
Ghitewww ke en_me.

nohas
Suka makan sup tulang.

fahana_ann said...

hehe..masalah loghat..dah satu negeri pun tak faham gak..huhu..

pB said...

adoi larrrr

kelakar gak citer nie


100% true story ker??

Pok Li said...

fahana ann
Itu lah pasal

pb
Cerita benar, sedikit ubah suai.

razifembi said...

tentang lagu geram tuh ...

mungkin di antara tahun 1973 hingga 1981 . . . kurang pasti. Tapi apa pun lagu ni memang best!

bole rujuk laman web bdb

http://bdb.byethost32.com/index.html

qdetactive said...

setinggi mana jawatan
tetap ibubapa perlu diutamakan

Jawahir said...

Salam Pok Li,

kalau sy tahan amarah ini,
Boleh sakit jantung dibuatnya.

Ragam manusia memang pelbagai, tp kalau dibuat selalu x elok juga.

=)

Pok Li said...

qdectactive
Memang sewajarnya begitu

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails