Jul 16, 2009

Hilang Selera


Lama juga saya tidak menjengah blog ini. Hilang selera. Mujurlah saya masih berselera lagi makan durian. Di Terengganu sekarang musim durian ’luruh’. Orang kampung saya kata musim ’rahat’. Sepanjang-panjang jalan-jalan kampung di daerah ini penuh dengan pondok-pondok menjual ’raja buah ’ itu.

Paling terkenal ialah durian Pengkalan Berangan. Lemak, manis dan cukup rasanya. Saya sudah beberapa kali hadir di ’kenduri durian’ dan kemudian dibekalkan lagi beberapa biji untuk dibawa pulang. Boleh juga bertahan ’stoknya’ sehari dua. Alhamdullilah, syukur musim durian kali ini belum sekali pun saya membeli durian ’waimma’ sebiji. Cuma sekarang dah tak boleh makan banyak, sebiji dua sahaja. Cepat betul ’mengaku kalah’.

Masih teringat semasa saya ’bujang kecil’ dahulu, ketika menunggu durian gugur di malam hari mereka bertanding ’cerita lucu’. Siapa yang ’tergelak’ dikira kalah dan didenda sebiji durian. Sepanjang musim durian berpuluh-puluh cerita telah dikarang. Cerita-cerita lucu ini bukan sahaja merapu, kyayal, lucah dan mengarut tetapi turut mengambil watak-watak pemimpin-pemimpin dunia seperti Moshe Dayan Menteri Luar Israel ketika itu sebagai bahan lelucon. Sekarang keseronokan itu telah tiada. Ramai anak muda yang keluar kampung kerana melanjutkan pelajaran ataupun sudah bekerja. Kalau ada pun di kampung mereka lebih suka duduk di kedai kopi dari menunggu ’pondok durian’ yang dingin dan berembun itu sehingga waktu dinihari.

15 comments:

ikan emas said...

Ikan emas tak suka durian tp minat bau pulasan..semalam dah dapat.Walau tak pandai nak pulas tp guna pisau lg baik.

sekarang ni tak kira masa dan di mana-mana kita dah boleh dapat buah-buahan bermusim ni.
Walau gitu org tua di kg tak tetap ternanti-nanti anak-anak balik..
/...syg nya kg ikan emas tak de dusun.

Wanita Itu said...

dah lama pokli tak menulis..ternanti nanti cerita pokli.. rupe2nyer ilang selera...tapi bukan durian kan hee..saya pun baru lepas kenduri durian dgn family belah suami di pahang...pengalaman pertama kenduri durian gitu sebab saya takder dusun durian, hanya mampu beli durian di gerai tepian jalan...:)

Tirana said...

Harap2 Pok Li tak selalu hilang selera untuk blogging.. Sentiasa ternanti entry dari Pok Li..

nohas said...

Zaman sekarang dah tak selamat nak tidur, berjaga kat pondok durian, macam2 boleh jadi..nostalgia..

adnieyl achan said...

kenduri doyan kadang-kadang boleh buat orang gila meroyan.
sebab apa, sebab doyan banyak pihak berbalahan.
sap-sapa yang ada kebun doyan, beringatlah wahai kawan,
sedara mara yang dulu hilang ditelan zaman,
musim doyan diorang kembali meneman...

teringat lagu MR OS pasal buah doyan.

AMMOSHAM said...

boss, durian basong hulu terengganu ni sedap jugak...mari laa cari kalau on the way nak ke tasik kenyir...

Pok Li said...

ikan emas
Lama dah tak makan pulasan. Dikampung pun dah tak ada. Boleh di pasar aje lah

Wanita Itu
Seronok bila tengok durian berbakul-bakul dibelah. Macam-macam rasa. Perkelahan yang besar

Tirana
Terima kasih. Ada masa kurang selera. Harap-harap tak selalu.

nohas
Dulu sering tidur di 'pundung'(bangsal) durian.

adnieyl achan
Sekarang zaman saya pula balik kampung makan durian. kampung saya tak berapa menjadi.

Ammosham
Ok.boss.

en_me said...

doryan dah murah tepi jalan tewwww.. ehehe, salamm pokli

Farah said...

mesti dpt inspirasi wat entry durian nih lps tgk sy borong durian, kan? hehhe...

sharamli said...

xpns bdn ke mkn bnyk2..hi3

Abu Aiman said...

alahai durian...

Pok Li said...

Farah
Borong ke..... Tak rasa lagi durian kg parit.

sharamli
Makan durian ikut petua, pasti tak panas.

Abu Aiman
Nama sudah tukar ka ?.

zara said...

Nostalgia menunggu durian jatuh hanya dapat dirasai oleh mereka-mereka yang dah veteran-veteran saja. Budak-budak sekarang... durian jatuh belakang rumah pun tak mahu pergi cari. Macam manalah mereka nak bercerita dengan anak cucu mereka nanti...

Pok Li said...

zara
Nostalgia orang veteran dan budak muda jauh bezanya. Ketika itu mereka bernostalgia tentang zaman hp dan komputer. Entah le

razifembi said...

sekarang nih ... maksud "durian runtuh" dah hampir2 tidak relevan lagi ...

kerana tuntuhnya harga durian ... ada yang sampai 50 sen sebijik pun ada

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails