Malam ini kita mula kembali bersolat tarawikh. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana memanjangkan usia kita untuk menemui sekali lagi bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan pengampunan ini. Tanpa membuang masa, saya mengucapkan selamat berpuasa dan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada pengikut setia dan juga pembaca blog Biso Bonar ini.
Semalam saya telah hadir di Forum Perdana di Pekan Bukit Payong. Pekan kecil yang semakin berkembang maju dan membesar. Hanya 15 kilometer dari Bandar Marang. Pekan kecil yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara Bandaraya Kuala Terengganu ke Bandar Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu. Forum kali ini telah menjemput beberapa orang personaliti yang tersohor, termasuk sepasang suami isteri yang menjadi pengendali rancangan motivasi keluarga di TV9. Mereka datang berpusu-pusu bukan sahaja untuk mendengar tetapi juga untuk melihat personaliti tersebut dengan ’mata kepala’ mereka sendiri. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama personaliti dambaan mereka itu
Sepanjang dua jam forum itu berlangsung tentunya tidak akan terlepas daripada menceritakan mengenai kelebihan bulan Ramadhan. Keberuntungan insan yang menemui Lailatul Qadr, yang menjanjikan ibadahnya terlebih baik setara 1,000 bulan.Terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka. Syaitan-syaitan dirantai, amalan-amalan yang sedikit dibalas dengan pembalasan-pembalasan yang tidak terjangka. Sebagaimana cerita pendek seorang panel forum itu.........
”Tersebut dalam sebuah kitab tasauf , kisah seorang penjual roti, yang setiap hari membawa pulang kerumahnya beberapa buku roti yang tidak habis dijual. Roti-roti ini disimpan manakala roti-roti lama yang bercendawan dilontar ke luar rumah. Sehingga satu hari dia terlihat seorang fakir mengutip roti-roti bercendawan yang dilemparkannya.
Lalu penjual roti ini melemparkan pula roti-roti yang masih baik kepada fakir itu dan berkata; ”Wahai fakir, tidak usahlah kamu memakan roti-roti bercendawan itu, ambillah roti-roti yang masih baik ini”. Bersyukurlah fakir itu kepada Allah kerana memberi rezeki yang lebih baik kepadanya hari itu.
Selepas beberapa tahun berlalu, penjual roti ini telah meninggal dunia dan rahmat Allah telah memasukkannya ke syurga. Di syurga tersebut beliau telah didudukan dalam sebuah mahligai yang indah dan besar. Maka bertanyalah penjual roti itu; ”Ibadah manakah yang aku lakukan sehingga memperolehi mahligai sebesar dan seindah ini”. Lalu dikhabarkan kepadanya, bahawa keistimewaan yang diperolehi itu adalah kerana ibadahnya mencampakkan roti kepada sifakir. Itu saja.
Maka kata penjual roti itu ” Andai ku tahu........begini besar balasannya, sudah tentu aku menjemput fakir itu naik ke atas rumah dan aku sendiri yang menyuapkan roti itu ke mulutnya. Pastilah aku dikurniakan mahligai yang lebih besar dan lebih indah. Masya Allah.

13 comments:
sbb tu kena slalu wt baik kt 0rg kn...
selamat berpuasa
betul3...
slalunye ... kalo buat salah kat org .. hati mesti rasa tak tenteram ..
meskipun org tu dlu yg buat slh pd kita ...
woh hari tu ada g swk ek ...
xde msti tak de smpi kat daerah matu/daro kan kan kan ...
selamat berpuasa
selamat berpuasa pok li
sharamli
Selamat berpuasa kembali
sha83
Sampai sekarang tak pergi habis lagi pusing sarawak
-o-
Selamat berpuasa kembali
Pok Li..selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa..mudah-mudahan Allah beri kita kekuatan untuk menggandakan amalan di bulan yang mulia ini
Salaam Ramadhan Pok Li,
Begitulah Allah Maha Pemurah, sikit saja kebaikan kita buat, ganjarannya berlipat kali ganda.
menurut cerita tokwan, bukit payong tu asal usul moyang saya sebelum bermusafir ke Pulau Pinang..
salam ramadhan boss. semoga kita mendapat keberkatan bulan yang mulia ini.
ya pokli..
yang penting ikhlas..
dan Allah redha padanya..
Ibadah perlu ada imbangan dengan Ikhlas dan mencari redha Allah..
kalau hanya bilangan yang diutamakan tiada gunanya..
Tapi kalau tak buat langsung lagi naya.. :)
Salam Pok Li,
amat menarik sekali kisah ini, semoga kita semua dapa menjadikannya pedoman...terima kasih
Jika Kamu Berbuat Baik (Berarti) kamu Berbuat Baik Bagi Dirimu Sendiri Dan Jika Kamu Berbuat Jahat Maka (Kejahatan) Itu Bagi Dirimu Sendiri jua. Setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan berkali-kali lipat kebaikan.
Tirana
Insya Allah. Semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan sepanjang bulan ini
Abu Aiman
Mudah-mudahan juga kebaikan yang sedikit kita lakukan juga mendapat imbalan yang besar. Bedoa juga semoga amal ibadah yang nampak banyak tidak dilihat sedikit pun oleh Allah swt.
Maknanya tuan juga orang keturunan Marang. Boleh melihat semula warisan keluarga di Terengganu ni.
Ammosham
Amin. Kalau nak onde-onde di Marang pun banyak boss.
Don Balon
Setuju. Sebaik-baik ibadah ialah dengan ikhlas.
etomyam
Salam kembali. Kisah yang mudah-mudahan mampu meningkatkan kebaikan diri dan sebagai nasihat yang baik. Amin
zara aluwi
Mudahan kita tergolong dalam golongan yang membuat kebajikan dan terhindar daripada kerja-kerja mungkar. Amin
Alhamdulillah..
berkat ikhlas penjual roti kan..
pendek kata..wat ape pun kena ikhlas.. :)
wanita itu
Semua kena ikhlas. Kalau tidak memang tak class.
Post a Comment