Sehari sebelum kami kembali ke Semenanjung sempat juga ’menyelongkar’ sebahagian kecil Pekan Sibu di pinggir Batang Rajang. Dari tempat penginapan kami jaraknya lebih kurang 46 kilometer. Jalan ke Sibu ’beralun’. Hampir sebahagian tanahnya, tanah gambut. Bandar Sibu dibina di atas ’Lembah Rajang’. Dua tiga rumah dipersimpangan Jalan Lada itu nampak senget kerana mendap. Pembinaan rumah agak mahal, kerana perlu di ’piling’ lebih dalam. Namun begitu Sibu tetap berbanga kerana memiliki Wisma San Yan, bangunan paling tinggi di Sarawak.
Melihat bandar Sibu di waktu petang amat mengasyikkan. Pertemuan antara beberapa batang sungai, Batang Oya, Batang Igan dan Batang Rajang. Bot-bot ekspress datang dan pergi dari pekan-pekan kecil di sekelilingnya, Song, Kapit, Kanowit, dan Belaga. Bot-bot ekspress yang panjang-panjang dan bersusun di pengkalan satu ’panorama’ indah yang tidak ditemui di negeri lain. Tiada ruang untuk mencuba. Mungkin satu hari nanti saya akan naik juga pengangkutan air yang tersohor di Sarawak ini.
Bandar Sibu juga bandar sejarah. Disinilah lahirnya Rosli Dhoby pejuang Sarawak. Rosli yang masih belasan tahun ketika itu telah menikam mati Sir Duncan George Stewart Gabenor ke 2 Sarawak di Kg Pulau. Kg Pulau itu sudah tiada lagi, ia sudah diganti dengan Sibu Water Front, yang terbentang di hadapannya Sungai Rajang dan dibelakangnya Hotel Paramount. Saya tidak berkesempatan untuk melihat pusaranya kerana ketika meninggalkan Bandar Sibu hari sudah beransur-ansur gelap. Hanya sempat melintasi sekolah menengah yang meletakkan namanya di Kg Nangka. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui ’kekasih’ Rosli Dhoby masih lagi hidup, berusia 86 tahun dan bermaustautin di Kg Hilir, Bandar Sibu. ’Che Ani’ itu terus tidak berkahwin sampai kini, mungkin menyimpan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Boleh jadi itulah cinta sejati.

12 comments:
Terimakasih Pok Li..berkongsi cerita sejarah.. Masih ada lagi kah cinta sejati di zaman ini?
teringat subjek sejarah kt sk0lah dulu bila sbut r0sly dh0bi
Dah lama tinggalkan subjek sejarah ni..manusia ni pelik, ada yg bahagia hidup bersama kenangan cinta pertama...che ani, anda juga mencipta sejarah..
Tirana
Menceduk sedikit dari sejarah untuk dibancuh menjadi cerita
sharamli
Sejarah memang menarik
nohas
Kita juga sudah mencipta sejarah kita sendiri
Pok Li,
Kalau saya tak tunggu dah. Ada saja orang masuk meminang, jalan... hehehe tak kuasa nak tunggu orang yang tentunya sudah tiada. (Itu cerita, kalau masih muda lah...)
wah encik...ni la tempat sy slu gi.sy dh jd pemastautin SIBU kinek tok...
Pok Li,
Suka baca sejarah kemerdekaan kita, walaupun sejarah 'cukup2 makan' aje masa sekolah dulu.
pok li,
begitulah hebatnya cinta pertama
mungkin itu cinta sejati bg che ani
cinta utk seorang pejuang...
zara alwi
Mungkin ada keistimewaan Rosly yang dipunyai oleh Rosli oleh lelaki lain.
Teacher
Salam kenal dan singgah. Memang tempatnya menarik.
Abu Aiman
Sejarah adalah cerminan jatuh dan berjaya bangsa dan negara. Saya suka baca buku Sejarah Melayu.
Gadis kampung separa bandar
Cinta sejati yang berlebih-lebihan he he he
Pok Li, Ada AWARD untuk Pok Li. Harap datang ambil ya...
kalau baca bab sejarah mesti susah nak lekat, lebih mudah m asuk kalau dibuat filem. Tapi makan kos dan sambutan tak sehebat filem cinta yang sejati..huhu..masih teringat2 cerita a957:hati malaya..sayangnyer filem tu tak dapat sambutan hangat..sedang jalan ceritanya agak menarik..
-seronok pok li p srwak no..hehe
-thai-peng:em, baru saya tahu..name tempat kat perak memang bersejarah dan unik..
Zara Aluwi
Terima kasih. Insya Allah. Jangan ada syarat sudah le .he he he
fahana ann
Sesekali membuka sejarah banyak perkara yang terurai.
Post a Comment