Aug 5, 2009

Fokker 50


Baru dua hari lepas saya kembali dari Bumi Kenyalang, Sarawak. Lebih tepat lagi dari Sibu. Mungkin langkah kami ’langkah kiri’. Ketika kami sampai, musim buah ’Dabai’ (sebutannya dabәi) baharu sahaja berakhir. Buah yang dikatakan amat sedap jika ditabur garam kemudian dijemur sebelum dimakan mentah begitu sahaja. Buah eksotik yang harga pasarannya mampu mencecah RM 16.00 sekilogram di pasar-pasar Bandaraya Kuching.

Sibu adalah pusat pengeluaran buah Dabai. Berada di tengah-tengah negeri Sarawak, lebih kurang 440 km melalui jalan darat ke Kuching. Lebih cepat jika menaiki kapal terbang, satu jam dengan Fokker 50 atau 45 minit dengan Boeing 737. Pengalaman pertama kali menaiki fokker memang menakutkan. Kapal berkipas dua ini bergegar setiap kali merempuh awan tebal. Kerap kali juga fokker ini ’terjun’ bila bertembung ’air-pocket’. Perut terasa kosong dan ’sayu’. Entah berapa kali tangan saya mencengkam kuat di lengan kerusi, menahan debaran. Seakan-akan menaiki roller-coaster. Pendaratannya juga tidak lancar. Hentakan kuat di landasan itu membimbangkan saya. Tapi apa pun bersyukur, kami selamat mendarat. Milo kotak yang diberikan semasa penerbangan ke Sibu masih lagi tersimpan dalam freeze di rumah tidak diminum............. :)


Nota:

Penerbangan menggunakan ATR, Fokker dan Twin Otter adalah perkhidmatan penerbangan luar bandar (RAS) yang disediakan oleh syarikat penerbangan MAS yang dinamakan MASWings. Meliputi 22 destinasi, 16 di Sarawak , lima di Sabah dan Labuan. Di Sarawak, ia menjadi pengangkutan penting dan penghubung kepada bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan pekan-pekan kecil, Marudu, Mukah dan Lawas. Turut menjadi pengangkutan penting untuk membawa barang-barang keluaran tempatan seperti di Tanjung Manis, Bario, Limbang, Long Akah, Long Lellang, Long Seridan, Mulu, Ba’ Kelallan dan Long Banga yang hanya ada tempat pendaratan dan berlepas yang pendek.

(Dipetik dari Majalah MAS – goingplaces, August 2009)

14 comments:

Ahmad Belia said...

ada petua orang kasi kalau nak hilang debar naik kapal terbang minum air coklat atau makan coklat.

sharamli said...

macam buah kurma kn..
pastu dikupas kulitnya bg bebelang2 kn...

xsuka...hi3..

en_me said...

sibu ke rumah panjang kurang lebih 2 jam perjalanan.. tapi me x pernah dengar pun buah dabai ittewww.. mebi next time me carikk oke pokli.. ehehe

wanita mutalib said...

tak pernah naik forker pokli..


tapi, sedangkan kapal terbang biasa pun saya dah seriau.. inikan pulak forker berkipas dua tu kan pokli..

pB said...

sib baik tak minum ...

kalau tidak ......

The Island of NAMOYAKI, said...

salam hormat pok li yang dikasehi,

apakah ada walau sedetik kesedihan dari dirimu apabila merenung akan kehidupan mereka disana,

apakah ada walau sedetik rasa seperti mahu menumpahkan air mata apabila dikau melihat perkara yang tidak terjangkakan,

itulah jiwa pejuang,
jiwa yang tidak akan pernah padam walau dihumban kelaut dalam sekalipun,

yang penting, saya pasti dan sangat pasti, pok li akan cuba sedaya-upaya untuk melakukan sesuatu,

salam hormat, bersua kita kembali
:)

zara aluwi said...

Itu di kira pengangkutan belon terbaik untuk ke pendalaman. Syukurlah segalanya selamat. Setiap urusan dapat dibereskan dengan sempurna. Buah dabai, akak beli tapi tak makan. Beri saja pada jiran.

RY said...

saya rindu kat entri pokli!

Abu Aiman said...

Salam Pok Li,
Ada sahabat S'wak yang keje di Semenanjung. Bapak dia dtg melawat bawak buah tu lah katanya, sedap sgt.

Seumur idup baru sekali ke Pulau Borneo, itupun ke Sibu aje.

Don Balon said...

Pokli..
buah dabai tu bukan buah tampoi ke?

ikan emas said...

PokLi,
duk gan ayam itik ke masa dlm foker tuu ???...dlm takut nampak hutan belantara,enjin bergoyang tp suatu pengalaman yg seronok kan?

Tirana said...

Seronok kerja macam Pok Li ni...dapat jelajah sana sini..jauh perjalanan, banyak pengalaman..kata orang.

Pok Li said...

Ammosham
Nak cuba lain kali :)

sharamli
Lebih kurang, saya pun tengok gambar aje.

en_me
Kena cari dan rasa ghitewww.


Wanita itu
Boleh cuba baru ada ummppph.


pB
Kalau tidak kaluuu ha hah ha

pulau Namoyaki
Bersua lagi kita :)

Zara
Dengar cerita sedap, bila saya dapat rasa agaknya.

razor
lama dah tak dengar cerita. Dok rajin menulis da ke.

Abu Aiman
Saya pun pertama kali ke Sibu

Tirana
Kadang-kadang seronok. Kadang-kadang meletihkan. Kadang-kadang membosankan.

Pok Li said...

Don Balon
Bukan macam tampoi tapi dia macam kurma tapi besar lagi...