Aug 16, 2009

H1N1 atau Hini

Serangan H1N1 semakin parah. WHO (World Health Organization) meramalkan serangan wabak ini akan terus berlanjutan sehingga enam bulan atau ke setahun lagi. Jika masyarakat tidak mengambil serius terhadap langkah-langkah pencegahan, angka jangkitan mampu mencecah sehingga lima juta orang di seluruh dunia. Setakat ini negara kita sudah kehilangan 62 jiwa. Kerajaan juga tidak berminat untuk menamakan kawasan panas iaitu kawasan yang tinggi jangkitannya supaya rakyat terus peka kepada usaha pencegahan. Bersegeralah ke klinik atau ke hospital untuk mendapatkan rawatan jika mengalami selsema, demam dan sakit tekak yang melampau. Apa pun usaha mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Kerana itu elakkan ’bertandang’ ke tempat awam jika tidak perlu.

Dalam kesibukan menghadapi wabak ini, ramai juga yang membuat pelbagai andaian, cerita dan kesempatan. Saya petik sedikit dari Blog Azli Shukri - "Baru-baru ini saya difahamkan secara berjenaka, kononnya virus H1N1 boleh dicegah jika kita makan Kari Kepala Ikan banyak-banyak, benarkah begitu? Menurut rakan saya itu, mungkin secara bergurau, antara negara yang jarang dilaporkan jumlah kematian H1N1 ialah negara India. Menurutnya lagi, H1N1 tidak upaya masuk ke dalam tubuh badan orang yang kuat makan Kari Kepala Ikan. Hal ini adalah kerana kandungan yang terdapat dalam Kari Kepala Ikan ialah bahan yang boleh merangsang tubuh badan menjadi lebih berdaya tahan dan menguatkan lagi pertahanan tubuh badan (antibodies)". Sejauh mana kebenarannya juga belum juga dapat dipastikan.

Beberapa hari lepas, timbul pula cerita dari kawan saya bahawa bawang putih akan naik harganya dari RM1.70 sekilogram kepada RM2.50 sekilogram. Kenaikan harga tersebut dikaitkan pula dengan permintaan yang sangat tinggi kepada bawang tersebut di negara Cina. Khabarnya rakyat Cina kini memilih untuk memakan bawang putih sebagai usaha menentang serangan H1N1. Walaupun diakui bahawa bawang putih sebagai 'Raja Anti-biotik', masih juga tidak dapat dipastikan keberkesanannya menentang wabak ini.

Tiga hari lepas ketika berada di Pejabat Pos Kuala Terengganu, seorang penjual MLM juga berkempen secara ’bisik-bisik’ kepada kenalannya bahawa herbanya juga mampu mengelak dan merawat penyakit H1N1. Entahlah ketika kita berada dalam ’kesempitan’ ramai pula yang mencari ’kesempatan’.

Cuma satu perkara yang saya perasan Jumaat semalam, teks khutbah Tok Khatib tidak lagi menggunakan istilah H1N1, tetapi terus terang dengan sebutan ’selsema babi’. Boleh jadi kerana minggu lepas ada Tok Khatib yang tersasul membaca wabak H1N1 sebagai wabak ’Hini’. He he he.

25 comments:

wanita mutalib said...

yolah pokli..

tmpt2 lain semua risau ttg wabak nih..

tp kenapa orang2 di m'sia wat besa ajer yer..

mcm tak takut pun..

sharamli said...

biasala..time cmni je la nak amek kesmpatan p0n....
hini?
camna dia sebut?

h i n i ke hini terus?kui3

Pok Li said...

wanita itu
Memang orang Malaysia ni relax. tapi di K.Terengganu payah sangat nak dapat bekalan penutup tu sekarang.

sharamli
Manusia memang macam tu. Tengok masa tsunami di Acheh dulu. Dalam keadaan huru-hara sempat lagi merompak dan menyamun.

zara aluwi said...

Kesedaran semasa itu masih belum betul-betul tersemat di benak. Selagi tak kena selagi itu tak ambil kisah.

Mudah-mudahan penyakit berkenaan dapat dikawal dan dinyahkan segera.

kakyang .. said...

kadang2 bukan tanak pakai mask tu utk tindakan pencegahan ..

tapi bila pakai orang asyik pandang semacam sampai kita pun jadi tak selesa ..

adoyai ..

walau apapun, terpulang pada kehendak masing2 ..

en_me said...

bahaya kannns.. salamm senin pokli ittewww

Pok Li said...

Zara Aluwi
sama-sama kita berdoa dan berusaha mencegahnya

Kak Yang
Saya pun belum pakai lagi. Dah habis stok...

Pok Li said...

en_me
Memang bahaya ghitewww.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ada gak yang amik kesempatan menjual mask dgn harga yg mahal...

Don Balon said...

tapi langkah kerajaan macam tak drastik je pokli..
takde buat mende pun..asyik salahkan rakyat saja..
Tengku mahkota saya pun cakap macam tu.. :)

Pok Li said...

Gadis Kampung Separa Bandar
Memang terkejut, harga dah mahal. Elok juga ia jadi barang kawalan.

Pok Li said...

Don Balon
Mungkin juga benar. Tapi saya nampak Klinik Daerah Marang ni bersungguh. Pasang kanopi lagi untuk terima pesakit yang ada demam dan selsema. Tak seperti setengah tempat terpaksa menunggu diruang bersama-sama pesakit lain di klinik pesakit luar. Syabas orang kesihatan di Marang.

Abu Aiman said...

Time ni ramai la nak promote produk kesihatan macam2.

Puasa dah dekat. Harap2 takde la orang guna alasan kena makan ubat utk elak 'HiNi'.. hehe. Yang penting makan makanan seimbang sebab there is no 'magic bullet' to cure this.

Ahmad Belia said...

susah ke nk cari penutup tu? kt hulu tganu pl lg kot...

abu muaz said...

Salam. Kalau baca hini lembut je bunyi. Makmun dengar tak rasa takut pun....

Tapi kalu sebut selsema babi.... rasa nak pakai topeng sedozen sekaligus je... ke guane pok li kita.

Don Balon said...

Pokli..
tu hok amber oyak..
setakak inisiatif sendiri kementeriang kesihaktang jer..
memang dia pong kerajaang..
tapi usaha menyeluruh takdok..
di beranang pong maser awal2 ader doh deme letok kanopi..
patut kerajaang buleh prabih pitih beli macang2 bilion2 buwi la peruntukang skek ke topeng muka ning..
ni ader pulok hok baser bewok orang susoh hati dia naik harga topeng..
kalu kene ke anok bining dier guanner gamok??

Tenang said...

Pok Li

Kita sama-sama berdoa jangan kena virus H1N1 termasuk virus B1N1 (Bini), nanti semua cakap bini kita anguk saja.

Raya dah nak dekat, kalau dah lama tak balik beraya rumah mak bapa kita, kali ni ajak bini kita balik ke rumah kita pulak. Berbincang elok-elok jangan gaduh.

Ok setuju?

fahana_ann said...

hehehe..mata pok cik dah tak nampak ke, memang kena tukar balik sebutan ni..hehehe..

Don Balon said...

Pokli..
Lepeh semayanc zohor tadi rodong koi kata ni semua bala..
H1N1=Haram no 1 Najis no 1..
kuikui..

nohas said...

Tok khatib lupo nak pakai spek mato..mcm2 petua..air kelapa, habbatussauda, epal hijau..apa2 pun berusaha & berdoa..

Faridrashidi.Com said...

Adui, bila dengar Tok khatib baca khutbah tersasul teringat kisah Tok Khatib silap baca tulisan jawi. :)

Ada sesiapa nak habbatus sauda' segar dari Mesir?

Pok Li said...

Abu Aiman
Manusia ini selalunya cuba mencari kesempatan dalam apa jua keadaan. Semoga puasa ini menghilangkan sebahagian 'penyakit'. Selamat berpuasa

Pok Li said...

Ammosham
Cari yang free he he he.

Abu Muaz
Gitu le gamoknye

Don Balon
Langkah pertama ialah kesedaran masyarakat. Virus ni dikatakan baru dan kebanyakkan masyarakat dunia juga tidak peka kepada virus baru ini. Setiap 10 atau 40 tahun sekali akan muncul virus yang akan membunuh ramai manusia. Sepanjang abad ke-20, strain virus influenza A adalah punca tiga pandemik selesema terbesar dunia, iaitu selesema Spanish pada tahun 1918, selesema Asia pada 1956 hingga 1958 dan selesema Hong Kong pada 1968 hingga 1969 yang telah membunuh diantara 50 ke 150 juta setiap kali wabak ini berlaku. Walaupun perubatan semakin maju tetapi mencari penawarnya mengambil masa kerana virus ini tidak lagi hanya melibatkan virus binatang, tetapi juga sudah berlaku mutasi dari gabungan virus binatang, burung dan manusia. Jabatan kesihatan menyatakan bahawa fasa sekarang bukan lagi kepada pencegahan semata-mata tetapi lebih kepada langkah pengawalan (peredaan) supaya ia tidak merebak terlalu meluas dan dalam jumlah yang lebih besar.

Dijangka gelombang kedua akan berlaku pula pada bulan Oktober ini. Langkah yang sewajarnya ialah mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan antaranya, jangan ke tempat awam atau ditempat sesak. Mencuci tangan sekerap mungkin. Mereka yang dikesan dijangkiti H1NI hendaklah menggunakan topeng dan jika bersin atau batuk hendak secara 'beradap'yakni menutup mulut menggunakan saputangan.

Kalau berlaku serangan bulan Oktober dan peningkatan besar mungkin langkah kedua ialah kerajaan kena bagi topeng 'free'.

Saya setuju harga topeng dikawal dan yang jual mahal tu dipenjarakan aje.

Tenang
Saya setuju balik kampung bergilir-gilir. Ada juga yang tak ada kampung.

fahana-ann
kadang-kadang tok khatib ni dah berumur. Mungkin ada istilah yang susah nak sebut. Jika bacaan jawi lagi sukar nak baca jika dimasukkan perkataan orang putih.

nohas
semoga kita terhindar dari penyakit yang boleh membawa maut ni. Amin.

farid Rashidi
Apa ceritanya tu. Ceritalah tuan. Selamat berpuasa

Anonymous said...

mak saya tak bagi makan kepala ikan. huhuhu...

Pok Li said...

qdetactive
Kenapa pula, ada jangkitan ke