Hawa bulan Ramadhan sudah semakin terasa. Buah Kurma sudah mula berlambak-lambak dijual di pasaraya di Kuala Terengganu. Walau pun ibadah puasa belum lagi bermula, kuih raya juga sudah mula dijual dan disusun bertingkat-tingkat. Terkehadapan betul perniagaan kita.
Minggu-minggu terakhir ini juga ‘rakyat’ Terengganu sudah bersepakat untuk bergotong royong membersihkan kubur dan masjid. Saya juga tidak pasti adakah amalan ini juga berlaku di negeri-negeri lain. Kerana sepanjang ingatan, ia tidak pernah berlaku di kampung saya. Kalau ada pun mereka berpakat-pakat membawa lauk-pauk dan kuih muih dari rumah ke majlis ‘tahlil’ pada Hari Raya ketiga di kawasan lapang berhampiran tanah perkuburan. Tentulah setiap negeri mempunyai persamaan dan perbezaan budaya.
Menjelang Ramadhan ini juga ’serangan’ selsema babi semakin menjadi-jadi. Setakat ini sudah 27 orang meninggal dunia. Semalam sahaja kematian sudah mencecah tiga orang sehari. Hari ini pula sudah mencecah sembilan orang. Ia bukan sahaja membimbangkan tetapi sudah sampai ke tahap menakutkan. Besok berapa pula......?. Wajarlah kita terus peka dan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan. Apatah lagi, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga kita, tentulah amat menyedihkan kerana Eid Fitri akan menjelang tiba selepas kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Tidak terlupa juga sejarah ’Blog Biso Bonar’ ini muncul di alam maya menjelang Ramadhan tahun lepas. Bermakna sudah setahun Hijriah saya menulis. Begitulah putaran masa, sehari, seminggu, sebulan dan setahun dirintis tanpa sedar. Posting di blog ini juga sudah mencecah angka ratusan. Lalu ingin ’ana’ bertanya, boleh ke ‘ana’ digelar penulis ?..... he he he .

14 comments:
cpt kn masa berlalu..
selamat menyambut bulan ramadhan
Belum beli lagi buah kurma..hehehe...blog Pok Li bermula menjelang ramadhan, blog saya bermula masa PRU12 dan entri telah melebihi 500.. Sudah tentu Pok Li bisa digelar penulis cuma antara pakar dengan tidak aje..hehehe..
salam pokli..
sesungguhnya saya mengikuti blog pokli juga kerana bahasa dan isu yang pokli kupas..
dah tentu saja pokli pantas digelar penulis :)
sharamli
salam Al Mubarak juga
Tirana
Tidak jauh beza masa bermula. Cuma posting saya tak sebanyak Tirana. Apa pun kita teruskan menulis....
Wanita itu
Begitu kah.... terima kasih.
Dah tulis ratusan entry tu kan, harus la dari seorang penulis.=)
Salam Ramadhan Al-Mubaarak.
boss, berdoa agar kita selamat sejahtera dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
Selamat menyambut ramadhan.
pokli memang penulis fofuler ghitewww.. ehehe
Ada yg publishkan beribu entri tp lbh byk yg copy n paste...Nilai penulisan PokLi membuatkan ramai yg tertunggu-tunggu...
sedap plak tengok kurma tu..bagus untuk kshtan,minda,dn khdupan...seronok bulan ni..ada aura yang sangat hebat untuk tengok keadaan umat islam keseluruhan..
Abu Aiman
Selamat Berpuasa. Puasa di perantauan macam mana. Boleh cerita deh.
Ammosham
Selamat berpuasa. Kita berdoa semoga panjang umur dan mendapat keberkatan Ramadhan
en_me
Ghitewww fulakkkk.
Ikan emas
Terima kasih kerana masih mengunjungi blog saya.
fahana_ann
Amalkan hari-hari pun sodappp.
Salam Pok Li,
Karya penulisan Pok Li di dalam blog lebih kepada karya ilmiah. Memang wajarlah Pok Li digelar penulis blog. Bagimana kiranya Pok Li berjinak pula dengan penulisan buku. Pulangannya berbaloi.
Yang paling terkehadapan - ada yg baju raya dah siap. Dah tempah 2,3 bulan lepas..
Memang 'anta' ada bakat sebagai penulis..keep up a good work..
Selamat Menyambut Ramadan Kareem..
Selamat Menyambut Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan Al-Mubarak ini memberikan erti yang besar buat kita...
nohas
Bab tempah baju ni yang pening, pekan kecil ni semua dah tak mau terima dah. Beli baju siap le.
adniel
Selamat berpuasa. Dah ganti ke he he he
Post a Comment