Feb 23, 2010

I Know Bakul I Know Basket

Sebelum menjawab kenapa saya tergesa-gesa sangat menyiapkan kerja-kerja pejabat, eloklah rasanya saya bercerita mengenai kisah-kisah di awal tahun 2010 yang menarik perhatian.

Ketika musim cuti sekolah akan berakhir dan Sambutan Tahun Baru Cina akan bermula saya turut bersama bersesak-sesak membeli belah di pasaraya ternama di Kuala Terengganu. Pasaraya yang menikmati keuntungan sehingga RM19 juta setahun. Teruja juga melihat ibu-bapa yang membeli pakaian sekolah anak-anak di hujung tahun. Beratus-ratus ringgit juga belanja yang terpaksa dikeluarkan. Zaman itu sudah saya lalui berbelas-belas tahun lamanya. Lega rasanya bila anak bongsu saya telah pun menamatkan zaman persekolahannya tahun lepas. Tahun ini tidak perlu berbelanja lagi walau sesen pun. Bukan sahaja belanja pakaian tetapi juga pelbagai yuran dan bayaran-bayaran lain. Syabas dan tahniah ditujukan kepada ibu-bapa yang terus berjuang untuk pendidikan dan kecemerlangan anak-anak.

Cuma saya perasan petugas pasaraya ternama itu sudah begitu keletihan melayan karenah pelanggan. Pelanggan datang bertali arus. Kaunter bayaran beratur panjang. Setiap lorong sesak. Ketika saya tercari-cari bakul untuk dibeli, saya tanyakan petugas di lorong alatan plastik itu. "Ada bakul tak?". Dia menggeleng-gelengkan kepala. Oleh kerana rupanya iras warga Bangladesh saya bertanya sekali lagi. "Can you give me a basket, please". Sekali lagi dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Separuh berbisik, terpacul dari mulut " Faham ke tak faham dia ni". Tiba-tiba aje dia menjawab, "I know bakul. I know basket". Oh faham rupanya. Wa ka ka ka.

10 comments:

ikan emas said...

dulu opah sy kata nak pegi market...

al-lavendari said...

dia betul2 orang bangla atau orang kita iras orang bangla ?

sha said...

Cuba tanya lak...beladiful ada..hehe

Wanita Itu said...

kalau ye pun penat, jawab je la kan pok li, janganla biar orang tertunggu tunggu.. :)

lama tak jenguk pokli kat sini :)

LIPISLADY said...

Sallam Pok Li, dia tau sebut bakul, dia tau sebut basket, tapi dia tak tau apa itu bakul, apa itu basket..kut...

Tirana said...

hehehe...penat sangat la tu...tapi boleh pulak menjawab bila kata dia tak faham bahasa ye..

sahromnasrudin said...

pok li..pas nie kne ckp bahasa jawa kot.."eneng bakol orak' heheheh

tunbegia said...

cuba pokli tanya mamat bangla itu - 'masuk bakul angkat sendiri', faham ke tak dia,

salamm,

Razali Razman said...

Salam Pok Li,

Jgn terperanjat kalu org Bangla fasih cakap B.Melayu dalam masa setahun dua dia sampai sini...sedangkan ada warga sini yang seumur hidup di sini kurang fasih cakap BM!

Pok Li said...

ikan emas
Orang pilah kata nak pergi godung.

Al-lavendari
Orang Melayu ni dah ada macam-macam rupa tuan. Itu yang unik tu..

sha
Kalau kata beautiful mungkin dia jawab kot .. he he he

Wanita itu
Pelanggan diutamakan betul tak. Terima kasih kerana datang lagi.

Lipislady
Dia ingat saya cari kuih bakul agaknya.

Tirana
Terasa sangat lah tu. Kalau tidak main geleng lagi lah.

sahromnasrudin
Takut dia balas 'wes entek'. Ha ha ha.

tunbegia
Takut dia angkat tangan pulak....

Razali Razman
Betul tu. Ramai yang cukup fasih berbahasa Melayu. Itu kelebihan mereka yang merantau dan ingin belajar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails