Feb 5, 2010

Blogger Tua

Hari ini tanggal 5 Februari 2010. Cukup sudah satu tahun lima bulan saya menulis di blog Biso Bonar-Bermula Di Kaki Lima Berakhir Di Kaki Langit. Usia saya baru sahaja merentasi separuh abad lamanya. Belum lagi layak untuk digelar blogger paling tua. Ramai lagi yang lebih ‘senior’. Ramai juga yang boleh menulis dan bercerita bermacam-macam isu, peristiwa, pengalaman dan pemerhatian yang lebih tajam daripada saya. Namun demikian saya masih belum berjumpa blogger tertua di Malaysia kecuali Che Det. Usia Tun sudah melepasi 84 tahun dan masih lagi aktif menulis dan mengulas mengenai isu dan peristiwa yang menarik perhatiannya.

Walaubagaimanapun saya lebih kagum dengan seorang nenek yang mula aktif menulis ketika usianya mencecah 95 tahun. Entri pertamanya berjudul ‘Hello Pelayar Internet’ mencatatkan:

Teman-teman di internet. Hari ini saya berusia 95 tahun. Nama saya Maria Amelia lahir di Muxia, pada 23 Disember 1911. Hari ini adalah hari lahir saya dan cucu saya yang kedekut itu hanya menghadiahkan saya sebuah blog. Saya berharap dapat menulis dan bercerita mengenai pengalaman wanita seusia saya.

Beliau terus menulis sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 97 tahun (20 Mei 2009). Selama dua tahun empat bulan, blognya telah dikunjungi oleh 1.5 juta orang dari lima benua di seluruh dunia. Blognya cukup popular dan entrinya sentiasa mendapat ‘hit’ yang tinggi. Dia bukan seorang bekas Perdana Menteri, tetapi hanya seorang nenek. Mereka tertarik kepada ceritanya, ulasan politik dan peristiwa semasa. Apatah lagi mengenai cerita-cerita kehidupan lampaunya yang menjadi misteri kepada generasi baru. Catatan di ‘kepala’ blognya – A Mis 95 Anos ( Blogger 95 Tahun) mengambarkan perasaannya dengan nukilan - Pada 23 Disember 2006, cucu saya memberi blog ini ketika usia saya 95 tahun ... dan hidupku berubah ... Sekarang saya boleh berkomunikasi dengan setiap orang.

Cuma saya hanya bertanya pada diri sendiri, sanggupkah saya terus menulis sehingga ke akhir hayat seperti nenek Maria itu…………….. Apa pun saya sudah kembali lagi untuk menulis ha ha ha.

17 comments:

Mak Su said...

all the best :D

nohas said...

Welcome back,

Menulis mengasah minda.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

selamat kembali...

=)

semoga sentiasa sihat....

jaga kesihatan ye pok li

Tirana said...

Akhirnya muncul juga Pok Li setelah sekian lama menyepi...

ikan emas said...

apa la PokLi buat selama bertapa ni yer?..


{selepas tua dan tua dan tua...maka nanti tentu ada yang tulis nama atas batu}

zino said...

teruskan menulis..

Daun Bidara said...

lama tak nampak

gondangmas said...

TAHNIAH POK LI...HARAP2 mARANG DLM kENANGAN sOKMO,SEMOGA pUTRAJAYA MENGAMITNYA pOK lI KITO NI..TAHNIAH3X

Pok Li said...

Mak su
Terima kasih.

Nohas
kadang-kadang ia sesuatu seni yang menggiankan.

Gadis Kampung Separa Bandar
Setiap hari makan ubat dah :)

Tirana
Muncul dan muncul lagi. Harap-harap tak tenggelam dah.

Ikan emas

Jeng.jeng.jeng. Itu episod yang seterus akan di siarkan.

zino
Terima kasih.

Daun Bidara
Pasal lama dah tak jumpa

Gondangmas
Terimakasih tuan. Berkat doa kawan-kawan. Betul ke putrajaya. Silap-silap ana ke Labuan pulak ha ha ha.

sha said...

Lagi Tua..Lagi Biso.. Pok Li..x gitu..

Selamat kembali berkarya..

Hamzah Abd Hamid said...

entri kali ini cukup relevan dengan entri saya yang waghih telah komen. kalau umur 95 boleh aktif lagi berblog .. umur 55 masih macam kanak2 lagi. tetiba saya rasa muda semula !

fahana_ann said...

hehehe..terus pok li. kongsi pengalam pok li dgn kami..hehe..

akuduniaku said...

salam to pokli

hehehe muncul ilang

hehehhe sesamer kiter try k! =)

doa semoga pok li sentiansa sihat! dan cukup masa berblog! hehehehe =)

sahromnasrudin said...

pok li..kita menulis sesuatu utk menymbang kpd pembangunan msykt..betul tak??

xiiinam said...

Salam.....teruskan berblog....

tunbegia said...

jangan sampai isteri pokli pula sibuk memblog, boleh tak berasap dapur,

salamm,

Pok Li said...

sha
Tak biso dah :)

Tuan Hamzah
Kita berblog tuan selagi umur dikandung hayat.

fahana ann
Pengalaman biasa-biasa aje. Apa-apa pun kita minum dulu.

akuduniaku
Hilang dan kembali dah jadi asam garam.

sahromnasruddin

Insya Allah kita bangunkan kisah-kisah yang membawa kesedaran kepada kehidupan.

xiinam
Terima kasih.

tunbegia
Makan kedai lah bang. Ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails