May 23, 2010

Mari Belajar

Semalam saya membeli tombol pintu.

"Macam mana nak pasang"

Pembantu kedai itu menerangkan langkah-langkah memasang tombol pintu itu satu-persatu.

"Bukak ini dulu". 'Ini besi dua-dua kena tarik dulu, kemudian masuk dalam lubang di tengah-tengah". Bla Bla Bla.

Bahasa Melayunya agak pelat, tapi bukan orang Indonesia, mungkin warga Myanmar. Saya telah belajar sesuatu yang baru. Cara-cara memasang tombol pintu. Percuma.

Ia berlaku pada hari Jumaat lepas. Paginya saya ke Pos Betau di Kuala Lipis. Dari Pekan Lipis jalannya tidak rata dan berliku-liku. Melalui tiga empat simpang menghala ke Sg Koyan. Jika tidak biasa mungkin boleh sesat. Mujurlah waktu kembali ke Kuala Lumpur terus melencung ke Pekan Raub yang lebih pendek jaraknya.

Hampir jam 10.00 malam baru sampai di rumah. Isteri saya masih lagi menonton tv. Biasanya dia sudah lama memasuki kamar tidur.

"Pintu bilik tak boleh dibuka. Dah rosak". "Budak-budak dah cuba, tapi tak boleh jugak"

Wah, takkan nak tidur di ruang tamu pulak. Semua pakaian dan alatan mandi semua di dalam bilik. Malam itu dalam keletihan saya bertukang. Hanya menggunakan tukul besi dan pemutar sekeru, tombol pintu yang rosak itu pecah saya kerjakan. Jam 11.00 malam baru kerja-kerja itu selesai. Puas hati. Merosakkan tak perlu belajar. Kepandaian semulajadi. Ha ha ha.

14 comments:

zino said...

belajar membaiki dengan merosak kan dulu hehe

sha said...

kunci bilik yg rosak kena baiki cepat..nanti xda privacy..hehe

ikan emas said...

nasib PoKLi balik ari tuuu...

kalau tak berapa lama la pulak kena tisor kat ruang tamu !!!


keh keh keh

Pok Li said...

zino
Nak buek cam no. Darurat.

sha
Ha ha ha. Privacy.

ikan emas
Selalu tidur rumah. He he he.

al-lavendari said...

kalau ikut kata orang yang menjual memang senang. tapi bila nak buat sendiri tak semudah yang di ajar. akhirnya saya cari juga orang yang pandai buat. upahnya RM20. kalau saya buat juga, mungkin kena tukar pintu .. lagi mahal.

p/s: terima kasih kerana sudi jadi follower saya.

sahromnasrudin said...

trial & error..memang itu kunci kepada segala permasalahan..klu tak cuba, memang takkan tahu huhuhuh...

Abu Aiman said...

3 tombol pintu bilik kat rumah saya dah takde kunci, dihilangkan budak2 bujang yang menyewa dulu. Agaknya nanti dah 'terkunci' dan tak boleh bukak baru nak ganti kot... Ni dah belajar ngan pok li, tima kasih =)

sayangsayangibu said...

Salam Pok Li
enpakwe sya pun gitu, tangan tak seni
jadi tak pandai sangatlah
tp bila di sangat mahu buat, jadi juga sbb ada semangat nak buat.

Tp ada suatu hari tu, habis semua tombol dia buka, sbb pintu tak boleh nak buka
sya buat sekali je..huh sangat sonang cari pahat ketuk dengan pemukul
selosai
opss panjang nya komen ..;o

Pok Li said...

al-lavendari
Nasib tak ada masalah. Kalau tidak saya pun akan upah orang juga.

sahromnasrudin
Betul. Cuba dulu.

Abu Aiman
Sewa rumah memang menyakitkan kadang-kadang.

sayangsayang ibu
Kira dah pakar tu.

Tirana said...

hahaha..merosakkan senang aje Pok Li.

Pok Li said...

Tirana
Tombol sekarang cepat rosak. Nak kena beli yang mahal kot.

tunbegia said...

samalah kita, ehehe

DrSinga said...

sesekali tidur kat luar pun best jugak...
lapang...
:)

Pok Li said...

Dr Singa
Mungkin sesuai kalau merajuk. Ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails