May 20, 2010

Tips Penjagaan Anak

"Encik boleh bagi petua ke macam mana nak jaga anak". Saya terkedu. Ának buah' saya baru berusia 31 tahun. Bapa muda. Mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Yang kecil baru berusia dua tahun.

"Apa masalahnya".
"Anak saya terlalu manja". "Kalau kena marah dia akan telefon datuknya di kampung". Wah hebat ini. Anak sulung lelaki, baru berusia lima tahun tapi sudah memiliki 'talian hayat'.

Anak saya sudah besar belaka. Hampir terlupa bagaimana saya 'menjaga' mereka semasa kecil. Lagi pun datuknya tidak pernah campur tangan. Saya tidak berani hendak beri pandangan. Kerana setiap keluarga ada cara tersendiri dan sesuai untuk keluarga mereka. Cuma saya katakan "Asasnya didiklah anak-anak mengikut landasan agama". Sebagaimana Saidina Ali r.a yang menitipkan tips penjagaan anak dalam ungkapan yang masyhur. "Ajaklah anak kamu bermain pada tujuh tahun pertama, displinkan anak kamu pada tujuh tahun kedua dan bersahabatlah pada anak usia tujuh tahun ketiga"

Saya telah melalui ketiga-tiga zaman tersebut. Anak saya yang sulung sudah berusia 23 tahun. Dia sering menjadi 'sahabat' saya jika tidak bersama isteri. Berbual-bual panjang sambil minum-minum kopi di Alamanda atau Presint 9. Mendengar cerita-cerita dari laman web yang dia baca. Bertukar-tukar fikiran serta cuba melihat dunia kini dari perspektif orang muda. Anak kelima pula sudah melepasi 18 tahun. Meriahnya setiap kali berkumpul kerana masing-masing ada cerita yang berbeza-beza.

Masa kecil dahulu Along sering mandi bersama-sama. Ketika tadika, setiap pagi saya terpaksa mendukungnya dari bilik tidur sehingga ke bilik air. Setiap tahun anak-anak yang terpaksa didukung bertambah. Ha ha ha.

Jika ada peluang saya sering bercerita. Cerita dongeng. Nama mereka akan menjadi watak-watak utama dalam cerita-cerita kembara saya. Ada yang menjadi gergasi. Ada yang menjadi raja, ada yang menjadi puteri. Saya adalah Tukang Karutnya.

Itu adalah secebis kenangan manis masa silam yang tidak akan kembali lagi. Kami hanya kekal muda dan mereka tetap comel dalam foto-foto yang kami 'tangkap'. Petang itu saya berpesan pada 'bapa muda' itu "Jangan marahkan anak, bermainlah dan berilah mereka nasihat'". Ïnsya Allah, dia tak akan telepon datuknya lagi".

10 comments:

Tirana said...

Ibubapa sepatutnya tidak terlalu mencampuri urusan rumahtangga anak-anak melainkan jika anak-anak meminta pendapat. Sekadar memberi nasihat dan teguran serta pandangan, saya rasa tidaklah salah tapi urusan yang yang melibatkan decision making biarlah mereka sendiri yang handle.

ikan emas said...

" zaman ayah dulu lain...
zaman kiter sekarang lain..."


...namun sebagaimana petua Saidina Ali ra tadi...ia masih dan tetap relevan !!

..suker dengar PokLi dgn anak-anak..

sahromnasrudin said...

zaman dah berubah dunia dah maju..bebudak sekarang advance dari semua segi terutama berpakaian..jgn terkejut anak perempuan pergi pasar mlm pakai singlet ketat kerana sewaktu kecik ibu dah pakaikan baju takde lengan untuknya

Abu Aiman said...

Pok Li, sok ada cucu boleh jadi tukang karut balik, hehe...

Kadang2 kita ajar anak lain, bila jumpa atuk nenek diajarnya lain pulak. Minta sesuatu dgn kita tak dapat, bila minta dgn atuk nenek dapat. Apo nak buek...

kasihibu said...

petua tu sya dengar di semanis kurma minggu lepas, sedang cuba buat yg terbaik..

Pok Li said...

Tirana
Sejarah itu sering berulang. Selalunya atok akan campur tangan apatah lagi kalau cucu sulong

ikan emas
Banyak yang dah lain. Bapa saya dulu rotan pakai seberkas rumput. Saya pula pakai talipinggang kain yang nipis tu.

sahronasrudin
apa nak buat, kalau dari rebung tak dilentur.... dah jadi buluh payah le

Abu Aiman
Memang le atuk nenek lebih sayang cucu. Kita pun mungkin nanti macam tu jugak.

sayang-sayangibu
Teruskan. Yang penting istiqamah

nohas said...

Ibubapa peru kreatif utk mencipta hubungan dgn anak2..tidak perlu mainan yg mahal2..

Pok Li said...

nohas
betul.Emak saya dulu membuat sebapang yang boleh meletup menggunakan pelepah pisang aje.

zino said...

bilo lah agak e cucu den boleh guna talian hayat bukan nak tunggu dio talipon .. atok yg nak talipon dio hehe

Pok Li said...

zino
Kesian Atok...