Jun 29, 2010

Wang Mudah

Beberapa minggu lalu saya mengisi petrol di sebuah stesyen minyak Lebuhraya Plus Seremban Kuala Lumpur.
"Bang, minta tolong bang".
Seorang anak muda, umur lebih kurang 25 tahun bergegas dengan motorsikalnya di belakang kereta saya.
"Ya, nak tolong apa".
"Tolong bagi RM5.00 bang, wallet saya hilang, saya nak balik Cheras, nak isi minyak duit tak ada..bla...bla....bla...

"Tunggu sekejap saya habis isi minyak ya".
"Ok bang. Terima kasih bang".

Saya mengeluarkan dompet duit. Tak ada duit kecil. Hanya not RM1.00 itu pun ada RM3.00.
"Cukuplah kot, Cheras pun tak jauh.....
" Tak apa le bang, terima kasih bang"

Sebaik sahaja saya memasuki kereta. Budak muda itu terus sahaja meluncur laju keluar dari stesyen minyak. Saya terfikir, benarkah motorsikalnya tak ada minyak atau taktik untuk dapat duit secara mudah. Boleh jadi saya berprasangka.

10 comments:

Tirana said...

Zaman sekarang susah nak percayakan orang kan Pok Li? Sebab ramai sangat orang yang tidak jujur.

sahromnasrudin said...

selamat kemabli, pokli..nampaknya pokli dh jarang berblogging..sibuk ya...tahniah sudah kembali :-)

al-lavendari said...

salam. patutnya awak isikan minyak dalam tangki motor dia hari tu !

ikan emas said...

salam PokLi,


kira sedekah aje la tu..

Abu Aiman said...

hish, mcm2 taktik depa ni nak dapat duit senang. Sabor jelah...

Don Balon said...

Memang kulang assam itu bulak kuikui..

Tapi Pokli dan Tirana,
Bilangan orang jujur masih lebih ramai dari orang tak jujur, sebab itu dunia ini atau sekurang-kurangnya negara ini masih berfungsi, walau pemimpin "malfunctioned" kuikui

akuduniaku said...

salam Pok Li

mungkin pemuda itu namao p petronas spt dlm gambar...pilihan lain utk mengisi minyak agaknya~

sha said...

Dimana-manapun kita sentiasa di"uji"....

sayangsayangibu said...

Salam PokLi
Sya pernah terkena macamtu
seorang makcik baya baya mak sya jugak
datang minta duit rm 10 (siap bgtahu tu)
alasan baru sampai, beg duit hilang, rumah anak tak ada orang
sya pun bagilah dekat makcik tu, lepas tu 2-3 hari sya ketempat ada urusan, terjumpa lagi, dan alasan tetap sama, malas nak layan sya pergi gitu je
dlm hati kata
isshh manusia gini pun ado....

Pok Li said...

Tirana
Bagi yang selalu tertipu mereka sering akan curiga pada orang baru

sahromnasrudin
saya akan menulis bila betul-betul ada masa. Kadang-kadang ada masa topik pulak tak sesuai.

al-lavendri
Saya terfikir juga begitu. Tapi tak terfikir perkara kecil macam tu pun orang masih sanggup nak tipu.

ikan emas
Boleh kira ke macam tu, kalau hati was-was aje

Abu Aiman
Saya dah kerap berjumpa taktik yang pelbagai ni. Hilang dompet duit, minta belas ihsan kerana nak ubati penyakit kritikal. Beri pewangi, kemudian kata tak kisah le nak beri berapa sehingga yang jual tisu, jual pen. Tadah tangan di gerai-gerai makan dan ada yang sanggup kata ibu mati kerana nak dapat duit sedekah

Don Balon
Saya setuju ramai yang jujur. tapi kalau selalu sangat orang yang tak jujur ni kita pun makin kuat berperasangka.

akuduniaku
Tak mungkin. Dilebuhraya jarak untuk jumpa stesyen minyak sekurang-kurangnya 20 hingga 50 km. Ada risiko kalau nak cari petrol pilihan sendiri.

sha
Memang. Hidup ini satu ujian.

sayangsayang ibu
Macam-macam kan. Masa kat Terengganu dulu ada yang datang setiap bulan ke rumah kerana nak duit tambang bas buat rawatan ke KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails