Jul 3, 2010

Kehilangan

Hujung bulan Mei yang lalu seorang kenalan menghantar mesej dalam facebook saya. "H/phone hilang - mohon no baru".

Nampaknya nasib malang rakan tadi telah berjangkit kepada saya. Kehilangan telefon bimbit. Kebiasaannya saya meletakkan di pinggang. Hari tu saya letak di atas tempat duduk pemandu. Boleh jadi ketika keluar kereta ia terseret, jatuh dan ditemui oleh 'makhluk asing'.

Telefon bimbit itu tidaklah mahal. RM400+ pada tahun 2006. Itu pun selepas telefon 'doraemon' saya hilang dalam keadaan yang hampir sama. Bezanya saya letak telefon itu di atas bumbung kereta sebelum membuang pasir dari 'car mat'. Lepas itu terus sahaja memandu. Selepas memandu berkilometer jauhnya baru tersedar saya telah 'kehilangan' sesuatu.

Walaupun saya sudah membeli telefon bimbit yang baru dan lebih canggih. Tetap tidak selesa. Bukan sahaja terpaksa belajar ragamnya tetapi saya telah 'kehilangan' banyak nombor penting. Kenapalah yang terjumpa tu tak nak pulangkan balik. Saya bukan lagi mahu telepon itu tapi 'khazanah' yang ada dalamnya. Ada maklumat dan tarikh-tarikh penting yang saya tak simpan dalam mana-mana buku.

Pesan saya, kalau jumpa telepon, tak kira murah atau mahal, baru atau lama, hubungilah pemiliknya. Mana tahu ada 'sesuatu' yang tersimpan yang lebih mahal dari harga telefon itu.

12 comments:

al-lavendari said...

salam. memang trauma kalau kehilangan telefon. saya pernah dua kali mengalaminya. tambah2 telefon bimbit sekarang, macam2 maklumat boleh simpan.

ada gambar dan video kenangan, ada tarikh penting, ada nombor penting dsb.

kalau lah ada telefon yang kalau hilang, boleh balik sendiri pasti sayalah orang yang pertama membelinya.

Pok Li said...

al-lavendari

Betul saya trauma sekarang. :(

Tirana said...

Dulu2 masa tak ada hp, saya tulis semua ph no kawan-kawan dalam sebuah buku kecil tapi bila dah ada hp, semua no simpan dalam hp, dan tak pernah hafal pulak semua nombor tu. Kalau hilang hp, memang lost semua. Yang saya hafal nombor suami saya aje dan no rumah. Agaknya kena upload semua data dalam hp ke komputer dan simpan dalam HD in case hp hilang.

sha said...

Biarkan yg pergi tuh pergi..sob..sob..kita buka lembaran baru kay!!!..

Abu Aiman said...

takziah pok li... semoga cepat mesra dgn tepon baru.

memang kita kena hati2 & kalau boleh back-up maklumat/sms/gambar/video yg kita simpan dlm hp. Sekali hp hilang memang trauma...

Pok Li said...

Tirana
Saya selalu rekodkan telefon dalam komputer di tempat kerja. Tapi malangnya bila saya bertukar. Rekod tu selalunya tertinggal

sha
lembaran baru yang menyakitkan. Kena salin semula atau cari balik no daripada kawan-kawan.

Abu Aiman
Ambil masa nak sesuaikan dengan telefon baru ni. Mungkin kerana saya dah veteran kot.

F A R Y N said...

susah nak cari orang yg jujur kalau bab memulangkan barang2 mcm ni...

sayangsayangibu said...

salam pok li
betul tu,walau pun semurah mana telefon tu
ada yang mahal didalamnya
kalau rosak pun gahlit,inikan pulak hilang.

Pok Li said...

faryn
Memang susah nak jumpa. Tapi orang jujur tetap ada.

sayangsayang ibu
Kalau rosak itu kes naya le puan.

en_me said...

siannyerr pokli tewww.. uhuhu

Pok Li said...

en_me
Lagi kesian tak ada yang nak belikan. :)

sepatu futsal said...

Good story

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails