Demam bola sepak sudah selesai. Sepanyol telah menang. Tahniah pada Don Balon penyokong kuat pasukan Spain itu. Pasukan Jerman yang saya harapkan sampai ke perlawanan akhir terkandas jua kepada pasukan yang sedang tersohor sekarang, Sepanyol.
Sekali lagi dunia terpana dengan kebolehan Paul- Sotong. Apa pun jangan terlalu terpengaruh dengan cerita ramal meramal ini kerana kita sebagai umat Islam tentu ada batasnya.
Saya tidak menonton perlawanan akhir itu. Lebih seronok tidur daripada berjaga. Belum pernah sekali pun saya 'bangun malam' untuk menonton perlawanan bola sepak. Boleh jadi saya sanggup berjaga, jika Malaysia yang berada di perlawanan akhir itu. Tapi bila ... ?. Boleh ke Sotong itu meramal :)
12 comments:
salam.
saya memang tak minat bola. ramalan saya tepat juga. saya ramalkan pasukan yang bernasib baik menang.
kalau malaysia masuk final pun belum tentu saya bangun kalau dia main pukul 2 pagi.
Dari dulu saya suka tenguk spain punya stail permainan..Strategi yg betul dan komitmen pemain yg konsisten menobatkan mereka menjadi juara..
itu la silapnya kita , pok li..patut kita letak bendera malaysia kat balang ketiga..pasti sokong tue pi kat cana hahahahahha
dua hari berturut-turut saya makan lauk sotong hari tu... hehe
baik2... jgn smpi terpercaya sgt dgn ramalan tu. kang jatuh tahap syirik pulak...
Piala dunia sekali ni saya tak beria tengok dan tak sokong mana-mana pasukan pun. Kalau Malaysia masuk piala dunia, mungkin ada semangat nak sokong negara sendiri tapi entah bila agaknya..
al-lavendari
Kita serupa. Tak minat bola. Tapi kalau Malaysia masuk final saya akan berjaga. Tapi tak mungkin kannn.
sha
Pasukan yang tidak ada masalah akan jadi pemenang. Begitu juga kita kalau hidup harmoni.
sahromnasrudin
mungkin jugak.... tapi bendera kita kat padang pun tak ada ha ha ha
Abu Aiman
Sedapnya sotong. Teringat saya selalu makan sotong bakar di Kota Lama
isabelle
Betul. Betul. Betul
Tirana
Rasanya menunggu kucing bertanduk
Salam.
Bukan pemain Malaysia ni tak layak. Boleh dikatakan mana-mana team di dunia mendapat latihan yang secukupnya. Masalahnya, team Malaysia ni takut-takut terutama bila berdepan dg lawan yang sudah gah. Sia-sia sajalah.
zara aluwi
Kita masih lagi rasa rendah diri
samo la den.. tak ado kojo nak berjago hehe
Terima kasih Pokli..
namun bukan Paul yang menyesatkan..
Paul itu tidak tahu apa2.. otaknya pun entah tiada entah ada..
Manusialah yang melakukan kerosakan..
Ingatlah..semua itu kebetulan belaka..dan dia tersilap juga sekali dua..
zino
samo lah kito
Don Balon
Manusia ini selalu terlupa, bahawa insan adalah semulia-mulia kejadian. Tetapi kerana ingin mengetahui masa depan ramai yang tersesat hingga percaya kepada khurafat yang menyesatkan
Post a Comment