Jul 4, 2010

Combat

Ketika kecil dahulu saya cukup meminati filem Combat yang dibintangi oleh Vic Morrow yang memegang watak Sarjan Saunders. Sebuah program tv yang mengisahkan Peperangan Dunia ke 2. Kisah peperangan antara tentera Amerika Syarikat dengan tentera Jerman. Setiap kali episod ini berakhir, kemenangan akan dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat. Tentera Jerman digambarkan sebagai pasukan yang sering kalah, taktik dan strategi peperangan mereka dangkal dan tidak setanding dengan kehebatan kumpulan elit pimpinan Sarjan Saunder atau pun Lt. Hanley.

Inilah gambaran-gambaran 'kemenangan' Amerika Syarikat yang selalu dicanai dengan pengolahan yang baik oleh industri filem negara mereka. Masyarakat dunia terus diresapi dengan kehebatan Amerika Syarikat melalui filem-filem perang mereka. Mereka telah mencipta 'kemenangan-kemenangan' yang tidak pernah wujud di Vietnam dalam siri 'Ramboo' yang mereka sebarkan ke seluruh dunia. Begitu hebat pengaruh media mereka bukan sahaja berjaya mengubah cara dan gaya hidup kita melalui pakaian, cara makan, cara berhibur tetapi juga cara kita berfikir. Kita bukan setakat menjilat jari tetapi juga telah 'menjilat' apa sahaja yang disodorkan oleh media mereka. Sehinggakan rancangan realiti tv Malaysia juga berlambak meniru rancangan tv Amerika Syarikat seperti Malaysia Idol yang disadur daripada program American Idol.

Walaupun Jerman digambarkan sebagai 'tentera bodoh' dalam filem Combat, mungkin juga kerana dendam dan propaganda Yahudi yang masih pedih dengan pembunuhan jutaan bangsa mereka ketika zaman Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler. Jerman akhirnya bangkit sebagai sebuah negara yang menguasai ilmu dan teknologi, ilmu kemanusiaan, sains dan sosial. Tidak terkecuali menempa nama dalam bidang olahraga dan sukan.

Ketika perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 sedang berlangsung sekarang, Jerman masih lagi unggul sehingga sekarang. Pasukan bola sepak Amerika Syarikat sudah lama angkat kaki. Tiba-tiba sahaja saya menjadi penyokong pasukan Jerman. Pasukan yang telah 'membelasah' pasukan Argentina 4-0. Hasrat Diego Maradona untuk lari berbogel tidak tercapai. Sebelum itu Jerman juga telah 'melanyak' England dengan 4-1. Jerman akan bertemu Sepanyol pula selepas ini. Pengamatan saya dari perlawanan bola yang melibatkan pasukan Jerman, sekali lagi saya yakin Jerman akan beraksi di perlawanan akhir. Saya tetap akan menanti perlawanan tersebut. Sekali lagi, tiba-tiba sahaja saya ghairah pula untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia ketika acara ini sudah berada di penghujungnya. Adakah Jerman akan berjaya dalam combatnya.

15 comments:

Tirana said...

Malaysia cuma boleh jadi "copycat", meniru macam2 dari US sampaikan yang tak elok pun habis ditiru... Kalau nak tiru pun, biarlah tiru yang baik-baik sebab kita pun ada identiti kita tersendiri.

Pok Li said...

Tu kadang-kadang malas tengok tv tu.

en_me said...

amerikana! amerikana! ahaha..

Pok Li said...

en_me
Ha ha ha.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

salam pok li,

German mungkin pasti menang..

=)

al-lavendari said...

sala. saya bukan suka bola apalagi hantu bola. tetapi tidak dapat mengelak dari terjebak dalam perbualan tentang bola. bahkan di surau pun cerita bola rancak dibualkan oleh jemaah selepas maghrib sementara menanti isyak.

saya kagum dengan teknologi jerman dalam bidang automotif. sebab itulah saya memandu kereta buatan jerman lepas satu satu.

Pok Li said...

al-lavendari
Saya kagum dengan pemain berpasukan Jerman. Adakah Jerman akan berjaya sebagai Juara Piala Dunia 2010. Kita sama-sama nantikan.

ikan emas said...

runtuhnya tembok berlin dibangunkan dengan semangat maju-maju-maju-

sahromnasrudin said...

the oranje akan bertemu germany di final nanti, pok li..saksikan kehebatannya ye...

Pok Li said...

ikan emas
Mereka mengambil peristiwa perpecahan itu sebagai pencetus kepada perpaduan untu semangat satu Jerman. Kita....

sahromnasrudin
mari kita tengok sama-sama...... Kat kedai mamak lagi best kot.

Don Balon said...

Eh eh Pokli..
Bola la pulak..

Saya penyokong Sepanyol selagi nyawa dikandung badan :)

sahromnasrudin said...

adakah jerman akan menemani belanda nanti..kita tungguuuuu

nohas said...

The heat is on..cuma tengok semi-finals & final shj..spoilsport..

Don Balon said...

Assalamualaikum Pokli..
Final nanti mohon EspaƱa pulok ye.. :)
Samo2 kito belasah team Geert Wilders!!

Terima kasih..

Pok Li said...

Don Balon
Tahniah. Kerana pasukan Sepanyol meneruskan ke perlawanan akhir. Ramalan saya sudah berkubur. Tapi saya bukan sotong :)

sahromnasrudin
Bukan Jerman tetapi Sepanyol

nohas
saya terlepas perlawanan Jerman- Sepanyol. Tak terjaga.

Don Balon
Saya mungkin tak berjaga dah. Apa pun saya akan tetap suka semangat sukan tu.