Saya tidak menyambutnya. Saya bertugas luar, di Kuala Pilah. Mungkin makan tengahari dengan hidangan istimewa daripada Dato' Hasan di Restoren Warisan, Terachi itu bolehlah saya anggap sebagai jamuan Hari Lahir. He he he.
Jika saya ini sebagai instiutusi tertentu, sudah tentu kedatangan ulangtahun ini akan disambut dengan meriah. Selalunya sambutan Ulangtahun ke 50 itu telah dirancang setahun lebih awal. Jika mampu mereka akan menjemput PM untuk merasmikan majlis ulangtahun tersebut. Lebih gah lagi kalau SPB Yang Di Pertuan Agong merasmikannya. Sepanjang tahun itu akan diadakan pelbagai lagi majlis. Begitulah sukarianya mereka merayakan sesuatu pada angka 50 itu. Angka yang dianggap sama mutunya dengan emas. Emas yang melambangkan kejayaan, kekayaan dan kematangan.
Cuma saya terfikir bahawa saya telah meninggalkan angka 40an itu selama-lamanya. Setapak demi setapak, jengkal demi sejengkal saya akan sampai juga ke angka 60 tahun. Insya Allah. Adakalanya saya teruja juga dengan gelaran warga emas itu tetapi dalam masa yang sama turut gentar bahawa garisan penamat itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.
13 comments:
Tahniah Pok Li! Happy belated birthday.. Mudah-mudahan Pok Li sentiasa mendapat rahmat dari Allah samada di dunia maupun di akhirat.
Salam pok li
selamat hari lahir yg ke-50
sya pun tak sabar nak melangkah ke usia emas, boleh bersara dgn aman dan menjalani hidup dengan lebih menghargai masa bersama keluarga.
Tirana
Terima kasih. Semoga makbul doanya.
sayang-sayang ibu
Cepatnye nak bersara. Betul tu, kerja sekarang semakin banyak tekanannya.Apa pun terima kasih.
selamat hari lahir, semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan...
wellcome to the club hehe
selamat harijadi pokli yg emas ittewww.. muger dipanjangkan usia n dimurahkan rejeki sentiasa.. aminn
semoga pokli dikurniakan kesihatan yang elok dan semakin murah rezeki ;)
Selamat Hari Lahir Pok Li! Semoga sentiasa sihat dan beroleh berkat hendaknya... amin.
en_me
Terima kasih juga. Gitewww
Zino
Terima kasih
Faryn
Semoga makbul doanya.
Abu Aiman
Amin. Amin. Amin
tahniah pok li..semoga panjang umur dan murah rezeki ya
PoKli,
salam..
tak terlewat nak wish !!
hapi besday..
moga sentiasa diberi kerahmatan, taufek hidayah, sihat tubuh badan,rezeki yang melimpah ruah,kekuatan mental dan emosi..
Pok Li, selamat ulangtahun kelahiran ke 50, moga dikurniakan kesihatan yang mantop :)
sahromnasrudin.
Insya Allah. Semoga begitulah hendaknya.
Ikan Emas
Semoga kuat tubuh badan boleh bekerja sehingga bersara dan lepas bersara.
Mak Su
Mantooop tu.
selamat hari lahir... although dah lama benar hari nya... ntah sempat ke tidak saya nak merasa berumur 50 :-) syukur dipanjang kan hayat utk lebih beribadat.
Post a Comment