Nov 24, 2010

Manja


'Ának' ini telah diberi nama 'Manja' kerana asyik menggesel siapa sahaja yang berada berdekatan. Telah diberi rehat dan rawat. Ngiauannya sudah hilang. Saya fikir dalam sebulan lagi ia akan menjadi seekor kucing yang cantik. 'Calit' seekor lagi kucing kami kini sudah ada teman. Selama ini ia sunyi 'keseekoran'.

Cuma dua hari ini ia agak 'celungap' dan 'kelahap'. Maklum sahaja tanpa cukup makan manusia pun saya fikir akan bertukar jadi macam tu. Berebut-berebut makanan dan sanggup mati kerananya.

Walaupun di negara ini kes kurang makanan tidak ketara. Malah ramai yang gemuk dan terlebih makan setiap hari.

Masa saya kecil dahulu makanan tidaklah semewah sekarang. Untuk makan lauk ayam kena tunggu orang kampung buat kenduri doa selamat, kenduri tahlil atau hari raya. Dalam mangkuk lauk ayam itu pun ada dua ketul sahaja. Setiap 'jamba' ada lima orang. Ayam yang dua ketul tadi kena berkongsi. Kalau ada orang tua, kena hormat untuk mereka ambil dulu seperti kata pantun yang popular masa tu.

Mandi mo budak-budak
Air koroh di hulu
'Sejamba' mo budak-budak
Orang tuo dulu

Tapi kalau nasi dah penuh atas ayam tu siapa nak ambil he he he.

Nota:
Celungap - Rajin menyelongkar dan mencuri makanan
Jamba - hidangan dalam dulang yang mengandungi empat atau lima jenis lauk
mo - bersama
koroh - keruh

11 comments:

sahromnasrudin said...

salam..pok li..sungguh bermakna entri kali ini..perkataannya sendiri sudah hebat...ini yang buat saya belajar sesuatu dari blog pok li

Pok Li said...

sahromnasrudin
Bahasa negeri atau daerah ini boleh menambah kamus bahasa. Apa pun terima kasih lah.

ikan emas said...

salam,

nanti pokli ajar bahasa semai pulak ek....

Pok Li said...

Ikan emas
Boleh saja. Tunggu bila tiba masanya.

Anonymous said...

salam, naluri membela kucing ader juga di jiwa Pok Li walaupun mukanya nampak Garang, tapi hati tetap lembut bak sutera...(MAN)

Pok Li said...

Man
Garang tapi misai tak melenting.

bungacahaya said...

Lamo tak donga perkataan jamba. Skrg sumo dh buffet kan?

Pok Li said...

bungacahaya
Banyak bahasa yang dah hilang begitu sahaja

Abu Aiman said...

Salaam Pok Li, bagi makan binatang ni pun dapat pahala sedekah jugak kan...

Pok Li said...

Abu Aiman
Seorang pelacur dimasukan dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Masya Allah.

kasihibu said...

salam pokli
kalaulah enpakwe sya benarkan membela kucing, rasanya bilik belakang tu penuh dengan kucing