Feb 13, 2011

Kapal Terbang

Dalam tempoh kurang 24 jam saya telah kembali semula ke Putrajaya dari Kota Bharu. Pada pagi Sabtu saya telah berlepas dari LCCT. Tengaharinya menikmati hidangan lazat di Restoren Nasi Ulam Kraftangan di Kota Bharu. Berbengkel semalaman di Renaissance dan sambung semula pada sesi pagi.


Kesuntukkan masa menyebabkan hidangan makan tengahari tidak sempat dijamah kerana terburu-buru ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Alhamdulillah masih ada rezeki dengan nasi briani dalam perut Air Asia. Enaknya........


Sebelah tempat duduk saya seorang ibu memangku anak perempuan comel. Usianya mungkin dua tahun. Mata bundarnya mengingatkan saya pada mata anak-anak saya semasa mereka kecil.. Kecil-kecil lagi dah naik kapal terbang. Bertuahnya. Saya tidak ada peluang seperti itu. Kalau ada pun naik kapal terbang 'fun fair'.


Pertama kali saya naik kapal terbang ketika umur saya 33 tahun. Ha ha ha.

10 comments:

Abu Aiman said...

salam pokli, lama sungguh tak bersiaran. Sibuk barangkali...

Pok Li said...

Abu Aiman.
Begitulah tuan. Sejak akhir-akhir ini saya sering ke hulu dan ke hilir.Mencuri sedikit masa untuk menulis.

Mak Su said...

sy dari lahir sampailah sekarang, ntah2 dah dekat nak mati dah, masih tak mampu2 naik kapaiterbang, hu hu hu, sedihlah pulok.....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

semoga pok li kembali cergas bersiaran ya..generasi sekarang semakin senang kan huhuhh

Pok Li said...

Mak Su
Betul ke. Oh saya masih bernasib baik.

Pok Li said...

sahromnasrudin
Memang semakin mudah. Tapi di KL ni saya 'susah' dengan kesesakkannya.

Anonymous said...

iya... disebelah saya pulak seorg pegawai kerajaan juga, tetapi terlupa untuk bertanya dr mana, maklum la, tekanan di tempat tinggi mendesingkan telinga...(MAN)

Anonymous said...

Pok LI, lepas nie ke Langkawi naik Air Asia lagi kah ? (MAN)

Anonymous said...

tapi kalau dikira balik, perjalanan yang mengambil masa 8 ke 10 jam nie, lebih murah kalau naik flight...(MAN)

Pok Li said...

Man
Suka meredah jalan bawah. Dah tak berapa berani masa landing tu..