Jul 27, 2011

Peminta Sedekah Tidak Boleh Memilih

Dua hari lepas saya ke Kedah. Malamnya saya minum-minum di tepi Stadium Darul Aman bersama-sama 'Z' kawan serumah di KL sewaktu bergelandangan di penghujung tahun 90an.


Ketika itu dia masih bujang dan saya pula hidup 'membujang'. Meminati seni teater. Daripada berjinak-jinak dengan dunia teater sehingga dia berjaya menulis beberapa skrip teater, berlakon dan mengarahkan teater.



Mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan. Beralih menjadi agen insuran. Kesukaran hidup di Kuala Lumpur menyebabkan ia pasrah untuk kembali semula ke Alor Star, bandar kelahirannya. Pulang untuk mencari rezeki yang lebih baik. Sekali gus mendirikan rumah tangga.



Sebelum meninggalkan KL, dia berkata "Belikan aku sepatu kulit, untuk hari perkahwinan aku". Balas saya, 'Nanti aku belikan kasut PVC sahaja, peminta sedekah tidak boleh memilih". Ha. Ha.Ha.



Saya tidak menghadiri perkahwinannya, cukuplah kasut kulit sebagai galang ganti. Kini kehidupannya nampak lebih berbaloi dari dahulu. Pengalamannya di KL mendewasakannya di Alor Star.



Gurauan saya itu masih lagi dia ingati. Serangkap pepatah Jepun yang dalam maknanya.

8 comments:

zino said...

lama tak nampak?

Tirana said...

Ye..peminta sedekah tidak boleh memilih. Apa orang bagi, terima dengan besar hati. Orang yang memberi pula, bagi dengan hati yang ikhlas.

Brahim Nyior said...

Peminta sedekah BOLEH memilih sasarannya, Pokli.

Kekadang saya serba salah dengan kehadiran beberapa orang kanak-kanak di stesen minyak, membawa beberapa peralatan yang saya anggap sebagai alat bantu: buku, kalendar, minyak atau krim sapuan atas jenama yayasan itu, rumah anak yatim ini, bla..bla..bla..

Tapi hakikatnya, anak-anak ini bagai ada sindiket tertentu mengawalnya. Saya cuba bertanya, tetapi dia agak takut untuk menjawab sambil memandang sekeliling.

Apabila banyak maklumat cuba dikorek, dia kemudiannya terus berlalu meninggalkan saya.

Saya anggap inipun bentuk mintak sedekah. Pengemis bergaya dan 'ada cara'.. Ikut bahasa polisnya, ada modus operandi..
:-)

Pok Li said...

zino
Sudah terlalu sibuk. Mahu aktif semula

Pok Li said...

Tirana
Mudahan- kita bersedekah dan memberi dengan ikhlas

Pok Li said...

Brahim Nyior
Betul. Banyak modus operandi yang sama terutama di lebuhraya sekarang.

Don Balon said...

Pokli..
kasar bunyinya..
dalam maknanya.. :)

en_me said...

vahhh terharunyer jumpa kawan lama kanns.. ehehe