Jul 10, 2011

Cerita Dua DJ

Sudah dua bulan tidak menulis. Blog ini pun sudah jarang dilawati orang. Kalau asyik terpapar cerita itu aje siapa yang nak tengok. Betul kan.

Mungkin ia boleh dikaitkan dengan sebuah cerita klasik mengenai persaingan dua buah stesyen radio. Dj A memang populer habis. Seorang lagi DJ B yang mengikuti rapat tetapi tidak mampu untuk menyaingi kehebatan DJ A.

Pemilik radio DJ B telah menawarkan wang bersamaan RM1 juta untuk DJ A pindah sahaja ke Radio B. Tapi DJ A menolak tawaran tersebut.

Pemilik Radio B kata, " Kalau kau tak nak masuk radio aku pun tak apa, aku bagi je sejuta ni, kau berehatlah setahun".

Mungkin kerana lebih tertarik dengan tawaran kedua, DJ A ini telah menghilangkan diri selama setahun, bersantai dan menikmati duit percuma yang diperolehi.

Semasa ketiadaan DJ A, populariti DJ B telah meningkat dengan mendadak. Genap setahun berehat DJ A kembali semula bertugas. Namun popularitinya jatuh merudum. Ia sudah jauh ditinggalkan oleh DJ B.

Selain daripada helah perniagaan, moral cerita ini kalau nak popular kena tulis hari-hari le.

8 comments:

Tirana said...

Betul la Pok Li, kena tulis hari-hari. Saya pun beberapa bulan berhenti menulis sbb suami tak sihat so hilang semua kawan...hehehe tapi tak kisahlah..menulis untuk kepuasan diri sendiri.

Brahim Nyior said...

Salam Pokli, selamat kembali. Saya pun setuju,.. Yang penting luahan dan pandangan kita dapat disampaikan secara berhemah.

Brahim Nyior said...

Salam Pokli, selamat kembali. Saya pun setuju,.. Yang penting luahan dan pandangan kita dapat disampaikan secara berhemah.

Pok Li said...

Tirana
Oh, semoga suami sihat kembali

Brahim Nyior
Terima kasih Cikgu. Kita seangkatan :)

kasihibu said...

memang lama pok li tak menulis
harap selepas ni ada masa menulis di blog ni ye.

Pok Li said...

sayangsayang ibu
Insya Allah.

Don Balon said...

Selamat kembali PokLi..
Koi tetap setia bersama Pokli, pengalaman itu yanc sentiasa koi dahagakan..

Pok Li said...

Don Balon
Terima kasih kerana masih berkunjung.