Aug 16, 2011

Sepanjang Perjalanan

Semalam, sepanjang perjalanan ke Seremban tidak banyak kelihatan rumah mengibarkan bendera. Kalau ada pun satu dua di kereta. Teringat saya pada tahun 1995 apabila sebuah syarikat pencetak bendera menawarkan hadiah lumayan, berebut-rebut kita memasang bendera di rumah dan di kereta.

Selepas bertahun-tahun kita merdeka, rasa patriotik itu luntur begitu sahaja. Kita jarang 'terusik' walaupun Jalur Gemilang negara dipijak dan dibakar. Bandingkan dengan rakyat yang memiliki Sang Saka Merah Putih. Mereka sanggup membeli kain, menjahit dan mengibarkan bendera setiap kali hari merdeka negara mereka tiba tanpa dipaksa.

Mungkin tahun ini kita lebih terleka kerana sibuk dengan juadah berbuka dan persiapan Hari Raya.

10 comments:

Tirana said...

rakyat malaysia buat sesuatu hanya bila ada ganjaran kot..

♥ manje ♥ said...

barangkali... tapi nak seribu daya kan...

selamat berpuasa... ~

mohamadkholid said...

yang penting, dalam hati tersemat setia...

Pok Li said...

Tirana
Kita sudah mula membentuk sikap yang mementingkan ganjaran.

Pok Li said...

manje
Salam Ramadhan. Semoga kita bersama kibarkan Jalur Gemilang

Pok Li said...

mohamadkholid
Sesekali kena serlahkan juga :)

ikan emas said...

selamat menyambut hari raya aidil fitri dan hari merdeka.

jedi said...

hari ni baru siap pasang bendera di opis...

Pok Li said...

ikan emas
Salam Merdeka dan Aidil Fitri

Pok Li said...

jedi
Merdeka Merdeka Merdeka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails